Sunday, February 16, 2025

“Aid Palestine with Dates” – Inisiatif Amal

Hi Korang,

Euro-Atlantic Sdn Bhd, pengimport dan pengedar utama buah-buahan, sayur-sayuran dan barangan runcit gourmet telah melancarkan inisiatif amal untuk membantu warga Palestin yang tinggal di Malaysia.

“Al-Talia” (a dew from heaven) Palestinian Medjool dates from Jericho   

Inisiatif ini dengan sokongan peruncit Malaysia, tertumpu kepada penjualan kurma Medjool premium dari Jericho di Palestin.



Dikenali sebagai buah ‘kurma berlian’, dibezakan dengan saiz besar dan aroma karamel yang manis, jualannya tepat pada masanya dengan menghampiri bulan Ramadan. Buah kurma Palestin ini sesuai dengan jenama "Al-Talia" yang diterjemahkan dengan indah kepada "embun dari syurga". Inisiatif amal ini merupakan bantuan kepada masalah warga Palestin yang tinggal di negara ini, yang terdiri daripada pelarian dan pelajar.

(from left) Palestine Embassy Cultural Officer Mr Raed Alzawbi,  SFAM Chairperson Pn Nur Azreen, Euro-Atlantic Managing Director Ms Ebby Loo and Euro-Atlantic Executive Director Mr Eric Goh

Cek sebanyak RM50,000 disampaikan kepada Pn Nor Azreen Jamaluddin, Pengerusi Alumni Keluarga SSEAYP Malaysia (SFAM) oleh Puan Ebby Loo, Pengarah Urusan Kumpulan Euro-Atlantic.

SFAM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang disahkan oleh Kedutaan Palestin di Malaysia. Ini memastikan bahawa sumbangan itu digunakan secara berkesan dan bertanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dalam masyarakat Palestin.

Pada sesi tersebut, Encik Raed Alzawbi, Pegawai Kebudayaan Kedutaan Palestin di Malaysia, turut hadir bersama menyaksikan penyerahan replika cek kepada SFAM.

(from left) SFAM Secretary-General En Qamar Arif, Palestine Embassy Cultural Officer Mr Raed Alzawbi,  SFAM Chairperson Pn Nur Azreen, Euro-Atlantic Managing Director Ms Ebby Loo and Euro-Atlantic Executive Director Mr Eric Goh.   

Malaysia telah lama menyokong perjuangan Palestin dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin di Malaysia dan Gaza. Walaupun kerajaan Malaysia baru-baru ini bersetuju untuk menampung yuran pelajar Palestin di universiti awam, mereka serta pelarian Palestin di sini memerlukan bantuan kewangan untuk perbelanjaan seharian mereka.

Ogos lalu sekumpulan rakyat Palestin tiba di Malaysia melalui usaha bersama antara kerajaan Mesir dan Malaysia untuk menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang dialami semasa konflik Gaza.

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, kerajaan bercadang untuk menubuhkan Hab Kemanusiaan Malaysia di Mesir.


Inisiatif "Aid Palestine with Dates" Euro-Atlantic adalah usaha sederhana ke arah membantu warga Palestin menghadapi kekurangan yang tinggal di Malaysia.





#euroatlantic
#firstpickfresh

Saturday, February 15, 2025

Hidangan Menambat Hati dari Seoul: Mi Sedaap Menyajikan Keenakan & Kepedasan Rasa yang Membuka Selera

Hi Korang,

Pencinta mi, siap sedia! 
Mi Sedaap ingin membawa keriangan Korea kepada ANDA!


Korean Spicy Chicken Ramen kini KEMBALI—lebih mengancam dan menyelerakan! Dengan wajah baharu, anda pasti akan jatuh cinta pada pandangan pertama. Diadun dengan bahan-bahan premium serta kelazatan rasa autentik Korea. Bukan itu saja, Mi Sedaap kini sedang hangat dengan iklan TV komersil yang dinamik—pastinya memikat mata yang memandang dan membuka selera untuk mencubanya!

Bukan sekadar berwajah baharu, malah kualitinya juga turut dipertingkatkan. 

Pek baharu Mi Sedaap adalah bukti komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan, manakala mi itu sendiri dicipta untuk kesempurnaan. Ia diperbuat daripada tepung gandum premium dari Australia dan Kanada bagi menghasilkan tekstur yang lebih tebal dan kenyal—untuk menyerap kepedasan sos pekat dengan sempurna. Gabungan cili segar dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi, menghasilkan rasa mi yang asli yang mantap di samping memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tahap kepedasan yang mereka gemari.

Samada anda sukakan rasa pedas-pedas manja atau pedas ‘giler’ (yang sangat kuat), Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen menjanjikan kelazatan dan kepuasan dalam setiap suapan.


Ng Hock Guan, Pengurus di Malaysia berkata, “Rangkaian Mi Sedaap Korean Spicy Chicken sememangnya mempunyai keaslian dari segi rasa dan kini rakyat Malaysia boleh menikmatinya. Pengaruh budaya Korea yang sedang melanda negara ini – seperti K-Drama, K-pop malah makanan Korea – memberi kami kesedaran tentang wujudnya jalinan antara rakyat Malaysia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Korea. Produk ini adalah cara kami meraikan rakyat Malaysia dengan memberikan rasa autentik Korea, yang diadun mengikut kesesuaian citarasa tempatan penduduk ASIA.”

Menurut beliau lagi, “Kami bukan sekadar menyajikan mi; kami membawa sebahagian daripada Korea ke dalam setiap rumah. Pelancaran ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, dengan menggunakan bahan-bahan premium bagi memenuhi standard global. Di Mi Sedaap, kami menyasarkan untuk memberi makna baru kepada mi segera dengan mengubahnya menjadi sajian menarik yang mampu memikat peminat setia makanan Korea yang juga penggemar tegar mi.”

Wajah Baharu yang Segar


Untuk lebih menghangatkan suasana, Ahn Hyo Seop—aktor tampan yang juga merupakan bintang terkenal K-Drama, serta menjadi pujaan di serata dunia—tampil sebagai duta rasmi Mi Sedaap! Mempunyai daya tarikannya yang mempersona, beliau kelihatan begitu menikmati keenakan rasa pedas Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen di dalam iklan TV terbaharunya.


Di dalam iklan tersebut, Ahn Hyo Seop kelihatan begitu berselera dalam setiap suapannya, dan nampak sangat teruja ketika beliau menyatakan: mi ni ‘betul-betul rasa Korea!’. Bersedialah untuk bersama-sama Ahn Hyo Seop merasai pengalaman sebenar menikmati keaslian rasa Korea yang menambat hati.

1 Juta Mi Cawan Percuma: Janji Hebat untuk 1 Malaysia!


Rasa yang memikat mempunyai kuasa untuk menyatukan ramai orang—mencipta detik bermakna, serta dapat menjalinkan ikatan yang mesra. Dan inilah sebenarnya misi Mi Sedaap: berkongsi keenakan rasa autentik Korea ke seluruh pelusuk Malaysia.




Bagi meraikan pelancaran ini, Mi Sedaap berhasrat untuk mengagihkan 1 Juta Mi Cawan Percuma, untuk memastikan rakyat bertuah Malaysia dapat merasai kelazatan Mi Sedaap, yang tak mudah untuk dilupakan. Samada anda pencinta K-Drama, peminat setia makanan Korea, ataupun seseorang yang menghargai semangkuk mi yang sedap, inilah peluang keemasan untuk anda menikmati rasanya yang berbeza.


Dan kini—Mi Sedaap kini boleh dinikmati di jalanan! Terdapat trak dan mesin layan diri yang akan menyediakan mi cawan percuma untuk memudahkan sesiapa yang ingin merasainya. Bermula dengan 10 mesin layan diri di Lembah Kelang, terdapat juga rancangan untuk menambah 20 buah lagi lokasi sehingga hujung tahun. Baik di universiti, mahupun di pejabat, citarasa Korea kini semakin dekat dengan anda!

Tawaran Istimewa untuk Peminat


Mulai sekarang, pembeli boleh mendapatkan pek promosi eksklusif 5+1 di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara. Kumpulkan stok sekarang tanpa perlu mengeringkan poket anda!



Acara ini bermula dengan pelancaran gilang-gemilang selama enam hari di Sunway Pyramid (LG, Orange Concourse) dari 11 Februari hingga 16 Februari. Bersedialah untuk menyertai permainan berinteraktif, merebut hadiah eksklusif, dan turut serta dalam cabaran mencuba tahap kepedasan bagi menentukan samada anda sukakan pedas atau gemarkan kepedasan yang sederhana sahaja.

Paling istimewa, pelancaran ini bagaikan sambutan meraikan perpaduan, kelazatan rasa, dan kepercayaan bahawa detik bermakna perlu dikongsi bersama. Nantikan berita terkini, acara dan kejutan yang manis dengan mengikuti Mi Sedaap di laman Facebook, Instagram dan TikTok!






Wednesday, February 12, 2025

Pelaburan RM3 Juta: SVG Worldwide SS25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Hi Korang,

Detik Bersejarah untuk Fesyen Malaysia

8 Februari bakal menjadi detik bersejarah dalam industrifesyen Malaysia apabila SVG Worldwide melancarkanpertunjukan fesyen ‘solo’ pertamanya—Musim Bunga/Panas2025 di The Yard, Sentul Depot. Muhammad Ashraf Bin Khairul Anuar, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar berusia 25 tahun, mencipta fenomena dalam dunia ‘streetwear’ dengan mengadakan acara yang mentakrif semulabatasan fesyen dan penceritaan.


Diberi judul "The Journey", koleksi ini menggambarkanevolusi artistiknya, melambangkan tahun-tahun penuh berkembang, bereksperimentasi, dan ketekunan. Lebih daripada sekadar pameran fesyen, acara ini menandakan peralihan jenama ke era baharu—menegaskan identiti sertakebebasan kreatifnya.

Walaupun Ashraf pernah menganjurkan pertunjukan fesyen sebelum ini, acara kali ini adalah yang terbesar dan paling ambisi. Dengan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan, ia bakal mencatat rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan ‘solo’ terbesar di Malaysia. Pelaburan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk produksi, pemasaran, dan rekabentuk, menjadikan pertunjukan ini satu pencapaian luar biasa dalam dunia fesyen tempatan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat fesyen, satu ‘Pop-up store’ di Starhill dari 9 hingga 16 Februari akan menawarkan akses eksklusif kepada koleksi edisi terhad. Selain itu, pertunjukan ini juga akan disiarkan secara langsunguntu disaksikan untuk tontonan umum.

_________________________________________________________

Ashraf Anuar: Dari RM50 ke Legasi Fesyen Beliau

Dari permulaan yang sederhana sehingga menjadi penerajupertunjukan fesyen ‘Streetwear’ terbesar di Malaysia, perjalanan Ashraf Anuar dalam industri ini dibentuk oleh ketekunan dan daya usaha. Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual pakaian terpakai, menghabiskan masa berjam-jam memilih pakaian unik.

Dengan hanya RM50 di tangan, beliau mengambil risiko mencetak edisi pertama kemeja-T, yang habis terjual dalam beberapa hari. Detik ini menjadi titik tolak kepada lahirnya jenama SVG Worldwide. Dengan usaha gigih dan strategi penjenamaan yang kukuh, jenama ini kini berkembang menjadi syarikat bernilai jutaan ringgit. Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta, bukan sahaja sebagai jenama yang berjaya secara komersial tetapi juga sebagai ikon budaya fesyen jalanan.


Falsafah rekabentuk Ashraf berpusat pada gabungan‘Streetwear’ dan penceritaan. Setiap koleksi direka dengan teliti untuk menyampaikan naratif unik, menggabungkan elemen grafik yang rumit, ilusi tiga dimensi, dan tekstur ber-eksperimentasi. Ketekunan dalam inovasi dan konsep mendalam ini telah menjadikan SVG Worldwide jenama yang mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

_________________________________________________________

Fesyen sebagai Medium Perbincangan Tamadun dan Budaya

Selain ‘Aesthetic’, Ashraf Anuar melihat fesyen sebagai platform yang berkuasa untuk perbincangan budaya dan kesedaran sosial. Pertunjukan akan menampilkan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir, sebagai penghormatan kepada Palestin, mencerminkan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan melalui seni.

Penekanan terhadap mesej bermakna ini menunjukkan usaha Ashraf dalam menggabungkan fesyen dengan isu-isu global, menjadikan jenamanya lebih dari sekadar jenama.


Eksperimentasi ini terdahulu oleh beliau telah membuktikan pendekatannya yang berani dan inovatif. Dari mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas Sepang International Circuit hingga mencipta format pertunjukan fesyen yang unggul, beliau terus mencabar norma industri. Gabungan budaya motorsport, estetika kontemporari, dan fesyen mewah menjadikannya salah seorang pemikir kreatif paling dinamik di Malaysia.

_________________________________________________________

Masa Depan SVG Worldwide

Melalui "The Journey", Ashraf Anuar bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai pempengaruh dalam industri fesyen Malaysia, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu bagi jenama fesyen ‘Streetwear’.

Dengan menganjurkan pertunjukan fesyen terbesar ini, menampilkan 100 peragawan dan peragawati dengan pelaburan RM3 juta, Ashraf membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menyaingi kuasa besar fesyen antarabangsa.

Pencapaian ini dijangka memberi inspirasi kepada pereka lain untuk menganjurkan pertunjukan fesyen berskala mega, sekaligus mengangkat industri fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa. SVG Worldwide bukan lagi sekadar jenama fesyen—ia adalah satu gerakan yang didorong oleh keaslian, inovasi, dan visi artistik yang tidak berkompromi.


Dengan menggabungkan ‘streetwear’ dan fesyen tertinggi, mencabar batas kreativiti melalui persembahan runway yang tidak konvensional, serta mengekalkan naratif sosial dan budaya yang kuat, SVG Worldwide muncul sebagai kuasa perintis dalam industri ini.

Ketika dunia fesyen menantikan perkembangan seterusnya, satu perkara pasti ini baru permulaan kepada transformasi global fesyen ‘streetwear’ oleh Ashraf Anuar.

Official venue: The Yard, Sentul Depot.