Monday, June 17, 2024

Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Bapa, GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre.

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira “Marvel” iaitu, “Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut “Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.


Pihak pengurusan GINTELL, duta GINTELL, Dato' Seri Master Chris Leong, pihak pengurusan 1 Utama Shopping Centre, dan ahli media adalah antara tetamu yang hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan pengenalan ringkas kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL kepada semua tetamu yang hadir.

Antara soroton yang utama adalah perkongsian testimoni oleh Dato’ Seri Master Chris Leong, dan pelancaran rasmi kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL oleh Dato’ Seri Master Chris Leong bersama Pengarah Pengurusan Kumpulan GINTELL, Dato’ Goh Cheh Yak.


Bagi menandakan pengakhiran majlis, beberapa peminat dan pengunjung dijemput naik ke atas pentas untuk sesi “mini game” iaitu “catwalk” dan menunjukkan pose tandatangan watak wira Marvel “Spider-Man”. 10 pelanggan bertuah GINTELL juga dipilih sebagai pemenang untuk “Bone Setting Therapy” – demonstrasi langsung oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong secara percuma. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya dan media & tetamu dijemput ke tempat jamuan.

Kunjungilah “roadshow” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre yang berlangsung dari 12 Jun 2024 – 23 Jun 2024, 10 pagi – 10 malam. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat hanya pada hujung minggu iaitu seni lukisan pasir, penyesuaian rantai kunci dan lain-lain. Antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Promosi kerusi urut sah untuk masa terhad sahaja bermula serendah RM2,988 sempena Hari Bapa.


Latar Belakang GINTELL

GINTELL merupakan satu jenama antarabangsa yang diasaskan oleh usahawan Malaysia sejak tahun 1996. GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD mempunyai lebih

100 cawangan bilik pameran yang dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama

GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka yang selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” serta misi iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.


Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL dikuasai dengan Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional) dimana urutannya seolah meniru aksi sentuhan manusia. Roda Urut HD ini mempunyai 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu. Ia membolehkan urutan tisu secara mendalam yang membantu pengguna mengurangkan tekanan badan seolah pengguna berada di pusat urutan profesional meski mereka berada di rumah.

Fungsi Terapi Haba Lutut yang ada pada kerusi urut “Spider-Man” GINTELL meliputi tambahan 30% liputan di mana ia boleh mengurut kedua-dua betis dan lutut pada masa yang sama. Terapi haba dan refleksologi kaki secara keseluruhannya mampu membantu meregangkan kekejangan sendi, melancarkan pengedaran darah dalam badan serta menghilangkan sakit otot. Program ini amat berfaedah kepada warga emas kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit kaki mereka.

Untuk memulakan program urutan, pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon atau gajet pintar mereka iaitu dengan penggunaan sambungan “Bluetooth” terus ke aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari “Google Play Store” dan “App Store”.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara melalui fungsi Kawalan Suara AI untuk mengawal kerusi urut. Dengan program AI Vi Memori pula, pengguna hanya perlu memilih program urutan kegemaran mereka dan menyimpannya ke slot AI Vi Memori untuk akses mudah pada bila-bila masa. Fungsi ini amat berfaedah untuk pengguna yang kurang pengetahuan tentang penggunaan teknikal terutamanya warga emas.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada kerusi urut Spider-Man GINTELL adalah 12 program automatik, 10 teknik urutan, mod “Zero Gravity”, trek SV, urutan boleh laras (kelebaran untuk belakang), sambungan urutan kaki boleh laras, dan pembesar suara “Bluetooth.”

Sempena Hari Bapa, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk kerusi urut bermula serendah RM2,988. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut! Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60167500998 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat untuk rasai sendiri kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL.

Your All Time Health Companion


Saturday, June 15, 2024

Miliki Rumah di Bayu Sutera, Anda Berpeluang UntukTunaikan Umrah Bersama Tersayang

Hi Korang,

Pernah ke korang dengar mengenai perumahan Bayu Sutera di Sendayan?

 

Kalau belum mari kak lily perkenalkan serba sedikit mengenainya. 

 


Perumahan Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini, yang mana berkeluasan 216 ekar & fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021 danianya mencapai penjualan pantas adalah bukti penerimaan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah dari Matrix Concepts ini 

 

Bagi tawaran kediaman siri terbaru ini, memperkenalkan 2 fasa terbaharu di Bayu Sutera yang sedang dibangunkan iaitu Izara II dan juga Elonia III.  Kediaman tepi tasik dengan keunikan landskap yang aestetik menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. 



Bagi fasa kediaman Izara II dan Elonia III kedua-duanya menawarkan rumah teres dua tingkat jenis hartanah milik bebas dengan keluasan 20’ x 70’ binaan  2,315 kaki persegi. Rumah kediaman yang cukup selesa ini menawarkan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Untuk Izara II ini hanya ditawarkan 171 unit kediaman. Manakala  Elonia III hanya esklusif 38 unit sahaja.  

 


Di antara aspek yang di perkenalkan seperti ruang tamu serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik mandi en suite. Smart Homes Features bagi Izara II & Elonia III juga di sediakan seperti digital lockset, lighting module, aircond IR Blaster dan voice control. Kejiranan ini dilengkapi dengan taman penduduknya sendiri & ia adalah enklaf yang selamat bagi memastikan ketenanganfikiran untuk semua penduduk. Komuniti ini mempunyai pos pengawal & pagar perimeter di dalam pembangunan.

 

Pakej Umrah Eksklusif Percuma

 

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki rumah di Bayu Sutera ini, terdapat kempen unik yang memberi peluang para bakalpemilik rumah memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera untuk menunaikan umrah. Selain daripada memiliki rumah dalam komuniti sedemikian menawarkan keselesaan dan kestabilan, umrah juga dapat memberikan ganjaran dan keberkatanrohani yang besar. 



Kempen ini bermula dari 20 Mei 2024 hingga ke 20 Ogos 2024dan kawasan perumahan yang terlibat adalah Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) bagi Unit Bumi sahaja. Pakej umrahpercuma ini adalah untuk dua orang yang disediakan dengansetiap pembelian rumah.

 

Pakej umrah ini termasuklah seperti :

Baucar Tunai Umrah RM16,000 untuk 2 orang

11 hari 10 malam di Arab Saudi

Tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan hidanganpenuh

Lawatan ke tapak penting seperti Muzium Al Wahyu di Makkah

 

Oh ya Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam, dan bimbinganMutawif yang berpengalaman semua di sediakan sekali di dalam pakej umrah ini. Butiran terma dan syarat selanjutnya boleh dirujuk pada Agensi Pelancongan yang dilantik iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

 

Ciri-Ciri Komuniti Bayu Sutera

 

Di antara ciri-ciri Komuniti Bayu Sutera adalah kawasan enklafselamat dengan pagar keselamatan tinggi dan pos pengawalberperimeter di dalam kawasan perumahan. Taman rekrasi untukpara penduduk, laluan berjoging, taman permainan, gelanggangbadminton, laluan refleksologi dan banyak lagi.

 

Dan baru-baru ini juga Matrix Concept telah pun memenangi Anugerah StarProperty bagi Anugerah Cornerstone – Pembangunan Landed Terbaik (Kecemerlangan) 2024

 

Antara Kemudahan Lain di Bayu Sutera

 

Bayu Biz adalah pembangunan hab komersial terkini di Bayu Sutera. Terletak secara strategik di antara jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan kejiranan sekitarnya, Bayu Bizbersedia untuk menjadi hab pusat perniagaan, membeli-belah dan aktiviti sosial dalam komuniti.

 


Begitu juga sekiranya ingin melakukan aktiviti yang lain boleh terjah ke d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Dataran Pernigaan Sendayan




Memiliki rumah di kawasan matang antara kelebihannya ia mempunyai kemudahan lengkap serta infrastruktur seperti jaringan internet dan jaringan lebuhraya jauh lebih sempurna, Bahkan kawasan matang mempunyai komuniti yang lebih baikkerana kawasan tersebut telah menjadi lokasi kehidupanberkeluarga dan golongan kelas pekerja. 


Sememangnya sangat disyorkan bagi pelaburan hartanah, adalahlebih baik untuk kita lebih menumpukan fokus kepada hartanah di kawasan matang kerana telah sedia ada permintaan dari pelbagaigolongan seperti kelas pekerja dan berkeluarga.

 

Tawaran Jualan dan Promosi Menarik dari Matrix

 

Matrix Concepts Holdings Berhad sentiasa menawarkan pakejjualan terbaik berserta kempen yang cukup menarik. Untuk membeli rumah di Bayu Sutera, bayaran pendahuluan yang dikenakan cukup rendah dan berpatutan.

 


Manakala yuran guaman di atas duti SPA dan pinjaman diberikansecara percuma. Bukan itu sahaja, setiap pembeli rumah di Bayu Sutera secara automatiknya menjadi ahli kelab d’Tempat Country Club. Tiada fee atau yuran dikenakan kerana ianya percuma dan pembeli boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakandi rumah kelab ini. 


Ayuh Semua….

 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rumah di fasa terbaruBayu Sutera iaitu Izara II dan Elonia III. Satu peluang yang cukupunik menggabungkan pemilikan rumah dengan perjalanan rohaniUmrah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen yang sedangberlangsung boleh layari: https://umrahbersama.bayusutera.com/4

 

Instagram @matrix_concepts

Facebook @matrixconceptshomes

#BayuSutera #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving#UmrahPackage

Monday, June 10, 2024

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Penggemar jamuan manis kini boleh bergembira! Cinnabon, jenama yang ikonik dengan roti gulung kayu manis dan juga minuman yang menyegarkan badan kini kembali ke Malaysia.

The world-famous Cinnabon is now available in Malaysia under a new franchisee, AC Hesed Group. Pictured is the Roll-on-the-Go, made from the gooey centre of the classic Cinnabon, for a quick pick-me-up while you’re on the move.

Bermula dengan bakeri di The Exchange TRX di Kuala Lumpur, Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.

(From left to right) Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group, delivering her speech at the grand opening alongside Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International, and Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group. 

“Tarikan Cinnabon adalah ‘cinta dan ajaib’“, kata Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group. “Kami teruja untuk berkongsi bersama rakyat Malaysia roti gulung kayu manis terbaik di dunia. Dibakar segar setiap hari, ianya digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang pasti memikat jiwa. Roti gulung kami sesuai untuk setiap waktu, ataupun pada ketika anda menginginkan sesuatu yang manis untuk mencuit hati.”

Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang exklusisif untuk Cinnabon. 

Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan setiap roti gulung kesedapan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk menangkap hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat, membenarkan setiap rakyat Malaysia mencari citirasa unik mereka sendiri.

Di bakeri baharu ini, para tetamu boleh menikmati aroma roti gulung yang baru dibakar dan juga aroma Makara® Cinnamon, di samping juga hidangan lain yang menambat hati, termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls® yang terkenal di dunia, lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini hadir dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga rasa boleh dinikmati oleh pelanggan: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon. Bagi mereka yang rasa satu tidak mencukupi, mereka juga boleh membawa pulang CinnaPacks. Setiap CinnaPack didatangi sama ada dengan dua Cinnabon Classic ataupun Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak.

Cinnabon’s original-sized offerings are made with the exclusively-sourced Makara cinnamon for a perfect bite every time. 

Mereka yang menginginkan kelainan boleh menjamah Roll-on-the-Go (yang diperbuat daripada bahagian tengah Cinnabon Classic) bersama dengan pelbagai minuman, termasuklah kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah ataupun minuman Chillattas®.

Sebagai sambutan pembukaan, Cinnabon Malaysia akan menawarkan tiga promosi eksklusif dari 6 sehingga 14 Jun 2024 yang memberi ganjaran kepada peminat-peminat Cinnabon untuk menikmati hidangan kegemaran mereka:

Menangi bekalan Cinnabon untuk setahun!

Cinnabon akan menawarkan seorang pelanggan bertuah untuk memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon untuk setahun. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah bekalan Cinnabon untuk 6-bulan dan 3-bulan. Penyertaan adalah mudah – pelanggan hanya perlu membuat mana-mana pembelian di Cinnabon dari 6 sehingga 14 Jun 2024, imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan, dan memuat-naik gambar resit mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak, dan akan diumumkan di laman-laman sosial CInnabon Malaysia.

Kembali untuk lebih banyak Cinnabon

Dengan setiap pembelian nly 14 Jun 2024, pelanggan akan menerima sebuah baucar untuk menebus Classic Minibon secara percuma apabila mereka melawat Cinnabon sekali lagi.

Hadiah dengan setiap pembelian

Cinnabon’s delicious offerings include the Minibon in three flavours: Classic, Caramel Pecanbon, and Chocobon.

100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 sehingga 14 Jun 2024 akan menerima Classic Minibon secara percuma dengan setiap pembelian. Pelanggan-pelanggan seterusnya akan menerima sebuah pek pelekat terhad dan eksklusif yangmenampilkan gambaran Cinnabon yang berbeza. Pek pelekat ini telah direka-bentuk dengan seorang artis dari Asia Tenggara, yang menunjukkan dedikasi Cinnabon terhadap seni dan komuniti tempatan, dan dicipta untuk memupuk semangat kekitaan dan komuniti antara Cinnabon dan peminat mereka.

Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group; Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International; Christina Chaw, Co-Founder of AC Hesed Group; Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group, posing with AC Hesed Group's Cinnabon Team at the grand opening of Cinnabon’s new outlet at The Exchange TRX.

Cinnabon’s first outlet at The Exchange TRX, captured during its official relaunch under AC Hesed Group. 

Lawati kedai baharu di The Exchange TRX semasa waktu operasinya dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, atau ketahui lebih lanjut di laman Instagram Cinnabon @cinnabon.my atau halaman Facebook mereka, Cinnabon Malaysia.

Akhir sekali, AC Hesed Group juga teruja untuk mengumumkan pembukaan cawangan kedua Cinnabon Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya pada hujung bulan ini.