Hi Korang,
Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan.
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:
“Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
“Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi. Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.
“Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat. Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran,” tambah Teo.
“Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.
Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.
“Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.
“Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, yang mana butirannya akan diumumkan kemudian. Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” jelas Teo.
Guardian Fun Run akan diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang. Terdapat empat kategori Larian tahun ini:
Kategori 1 3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)
Kategori 2 3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 3 5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 4 5KM Larian Maya
Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.
Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.