Monday, March 28, 2022

Produk AGRO Kanada, Sebenarnya Kita Gunakan Secara Harian Tanpa Mengetahuinya.

Hi Korang,

Memang selalu kita tekankan gunalah barangan buatan tempatan tapi hakikatnya terdapat pelbagai bahan mentah yang di import dari luar dan di jadikan produk keluaran tempatan. Ini memang tidak boleh di nafikan dan salah satu negara pengimport bahan-bahan mentah ini adalah dari Kanada.

Ermm ramai yang tak percaya kann??


Even kak lily pun hah, sebenarnya kak lily kenal Kanada pun dari drama Korea hahahaha

Kalau korang tengok drama Korea Goblin tuh, ermm memang cantik bethol pemandangan di Kanada ni, gunung ganang, tasik dan lautan sangat-sangat cantik. Terus pasang impian nak ke sana hah.

So berbalik kepada citer mengenai Kanada ini, Kanada merupakan negara terbesar di hemisfera barat berukuran 3,854,083 batu persegi (9,984,670 kilometer persegi). Untuk info, Kanada juga merupakan negara ketiga terbesar di dunia dengan kepadatan penduduk seramai 37.5 juta.



Apa yang lebih menarik negara Canada menawarkan pasaran agro dinamik yang disokong oleh ekonomi yang inovatif dan komuniti perniagaan yang mesra.

Selain itu negara ini juga terkenal di dunia kerana keupayaannya dalam pelbagai sektor dan mempunyai 14 perjanjian perdagangan bersama dengan 49 negara. Ternyata Kanada menawarkan persekitaran yang ideal dan terbaik untuk perniagaan dan pelaburan.

Beberapa Sumber Agro Terbaik Dari Kanada





Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri seminar mengenai produk Agro dari Kanada anjuran High Commission of Canada, barulah kak lily dapat tau mengenai produk-produk keluaran dari Kanada yang kita gunakan di dalam kehidupan harian kita

Sangat-sangat berinfomatif segala informasi yang di berikan daripada setiap speaker yang hadir terutamanya dari EncikThomas Abols, First Secretary and Trade Commissioner High Commission of Canada di Malaysia

Mari kak lily kongsikan dengan korang yer

Soya


Kacang soya merupakan tanaman ladang ketiga terbesar di Kanada. Selain daripada kualiti kacang soyanya yang terbaik (mengandungi sumber protein yang tinggi). Tidak hairanlah kacang soya dari Kanada sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari syarikat besar dari seluruh negara.

Canola


Sebagai negara yang asalnya memperkenalkan canola ke pasaran dunia pada tahun 1960-an, Kanada adalah peneraju dunia dalam pengeluaran dan eksport produk canola.

Ditanam, dituai dan diproses mengikut piawaian tertinggi, canola Kanada menawarkan kualiti dan pemakanan yang terbaik. Dan Canolein merupakan produk baharu yang menarik dan bebas paten menggabungkan minyak sawit dan Canola.

Bijirin dan Gandum


Setiap tahun, Kanada menghasilkan lebih daripada:
32 juta tan gandum
8 juta tan barli
3 juta tan oat

Penyelidikan pertanian di Kanada mempunyai cara tradisi yang telah diguna pakai untuk tempoh yang agak lama. Dan kini telah diperkenalkan dengan teknologi baru yang dapat menambah baik ciri pemprosesan bagi tujuan memenuhi pasaran.

Ginseng

Macam tak percaya kan,ginseng tumbuh di Kanada!!


Panax Quinquefolious Ginseng (aka Ginseng Amerika Utara atau NAG) berasal dari Kanada dan merupakan salah satu dagangan tertua dari Kanada. Ginseng ini ditemui pada awal 1700-an berhampiran Montreal oleh Paderi Jesuit dan telah telah menjadi sumber perdagangan bernilai selama 300 tahun. Industri ginseng di Kanada bukan sahaja tanaman eksport hortikultur yang ditanam dalam kawasan yang luas dan terbesar. Bahkan ginseng merupakan tanaman yang sangat bernilai dalam warisan dan sejarah Kanada.

Makanan laut


Dibatasi oleh lautan di tiga penjuru - Pasifik, Artik dan Atlantik - merupakan sistem tasik air tawar terbesar di dunia, Kanada menawarkan kepelbagaian dan kualiti terbaik makanan laut.

Perairan Kanada yang bersih dan sejuk mengandungi lebih daripada 160 spesies ikan dan kerang, dan Kanada telah mengeksport produk makanan laut segar, beku, salai dan dalam tin ke setiap sudut dunia.

Tradisi memancing dikalangan masyarakat Kanada telah bermula lebih daripada 4 abad lamanya dan kini masih diteruskan juga.

Jenama Terkenal Menggunakan Sumber dari Kanada













Perkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan Kanada (TCS)

The Canadian Trade Commissioner Service (TCS) / Perkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan Kanada ialah organisasi kerajaan yang telah memudahkan perdagangan dengan Kanada sejak tahun 1895. Memiliki rangkaian pejabat di lebih 160 bandar di seluruh Kanada dan di serata dunia, memberi kemudahan akses kepada syarikat Kanada dan antarabangsa yang ingin menjalankan perniagaan.

Dengan adanya pengetahuan mendalam tentang pasaran global serta informasi sektor industri Kanada, TCS boleh membantu dari segi perolehan strategik, pelaburan, inovasi atau pada institusi yang berminat untuk rakan kongsi pendidikan di Kanada.

Secara ringkas TCS menawarkan :-

Pembelian Dari Negara Kanada

TCS juga boleh membantu memperkenalkan organisasi yang paling sesuai yang dapat memenuhi keperluan pelabur atau syarikat yang berminat dengan produk, perkhidmatan dan teknologi tinggi dari Kanada.

Melabur di Kanada

Peluang untuk membuka perniagaan dan membuat pelaburan di Kanada pasti akan memperolehi pelbagai manfaat daripada ekonomi yang stabil dengan kos perniagaan yang kompetitif, persekitaran yang selamat dan inklusif serta tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran.

Pelaburan secara profesional akan membantu perancangan strategik sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat berinovatif. Dan Kanada ialah peneraju dunia dalam sains dan teknologi dengan keupayaan yang kukuh merentasi pelbagai sektor.

Apa yang penting TCS dapat menghubungkan dengan rakan kongsi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbaik di Kanada.



Sedap jugak menu makanan keluaran produk dari Canada ni ekkk


Peluang usahasama bidang pendidikan di Kanada

Kanada mempunyai beberapa kemudahan penyelidikan dan institusi akademik terkemuka dunia.TCS boleh menghubungkan institusi dengan universiti serta kolej yang terbaik, biasiswa dan rakan kongsi R&D yang berpotensi serta penyedia perkhidmatan pendidikan dan latihan.

Banyak rupanya produk agro yang hebat-hebat dari Kanada.

Dari segi kualiti dan penawaran kuantiti memang terbaik. Tidak hairanlah sehingga kini produk agro dari Kanada sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa dari seluruh dunia

Untuk dapatkan info lanjut mengenai perdagangan Agro dari Kanada, korang boleh hubungi High Commission of Canada seperti berikut :

High Commission of Canada
17th Floor, Menara Tan & Tan
207, Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2718-3333

Facsimile: (03) 2718-3399

E-mail: my.commerce@international.gc.ca



Saturday, March 26, 2022

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend

 Hi Everyone,

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend:

  1. It’s Japanese Week on ShopeeFood With Up To  50% Discounts

Until 31 March, you can satisfy all of your Japanese food cravings from a variety of merchants in Klang Valley and Johor Bahru without worrying too much about emptying your wallet. Why? Simply because ShopeeFood is offering an amazing SUPER DEALS voucher to help you enjoy up to 50% OFF from 3pm - 5pm with FREE DELIVERIES.


  1. Stack your vouchers for EVEN  MORE DEALS!

Use the Super Deals RM12.50 off with minimum spend of RM25 and RM7.50 off with minimum spend of RM15 vouchers and stack it with a free delivery voucher when you order your favourite dishes with ShopeeFood to get more discounts.


  1. Be A Smart Shopper - Get The 10 Sen Savings Pass

For Klang Valley bargain hunters, this is definitely a deal you don’t want to miss. With every Savings Pass,  users are able to get 25x Food Discount vouchers and 25x Free deliveries that can be used when ordering with ShopeeFood. So be a smart shopper and save almost RM194 with  Savings Pass from ShopeeFood



  1. It’s A Great Time To Be a NEW USER to ShopeeFood.

Sign-up and get rewarded. Every new user sign-up to ShopeeFood will be entitled to receive RM7 off with a minimum spend of RM0 and RM3 Free Delivery  in the month of March. March doesn’t get better than this!



  1. Need we say more - ShopeeFood is easily available on your Shopee app.

Available from 6 am - 12 am you can now order with ShopeeFood by clicking on the ShopeeFood icon available on the home page. Get rewarded when you spend time on Shopee. Ensure that you activate and pay with ShopeePay to earn Shopee Coins! 



So, what are you waiting for? 


Time to share this news to your friends and start ordering now! To keep up with ShopeeFood’s latest updates be sure Instagramto clicInstagramk follow on ShopeeFood MY's Instagram.

Friday, March 25, 2022

Buffet Ramadan 2022 Best Western Hotel i-City Shah Alam

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.

Kali ni kita ke Best Western Hotel i-City Shah Alam


Seriously rakyat Malaysia memang pencinta makanan. Apatah lagi ketika di bulan puasa, selera pasti akan menjadi luar biasa. Dari hidangan tradisi warisan lama sehingga masakan viral terkini ada ditawarkan di Best Western i-City Hotel Shah Alam.

Lebih seronok jika dapat berbuka bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Dengan pelbagai pilihan menu tidak sukar sebenarnya untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung buffet ramadhan di sini.

Lokasi tempat berbuka adalah di tingkat 5 Best Western Hotel i-City Shah Alam. Sangat cantik! Terutama di bahagian kawasan terbuka kita akan dapat lihat pelbagai bangunan tinggi dan lampu warna-warni yang begitu indah di depan mata.

Hidangan Utama Yang Begitu Menyelerakan


Antara hidangan utama yang perlu dicuba adalah seperti Ayam Percik Kelantan, Ayam Penyet, Rendang Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Udang Goreng Kunyit, Ketam Kari, Sotong Sambal Hijau, Kambing Varuval, Ketam Lemak Cili Api, Tempe Goreng Berempah dan Kari Udang.

8 Gerai Yang Menawarkan Masakan Panas-Panas

Selain itu akan ada 8 gerai yang menghidangkan masakan dan minuman panas-panas. Antara masakan yang kita boleh dapatkan dari gerai seperti Sup Daging, Mee Tongek, Oden bersama Tomyam atau sup Kimchi, Mee Bandung, Laksa Sawawak, Kambing Panggang, Kebab Daging, Mee Jawa, Laksa, Mee Bandung, Mee Soup Daging, Kambing Asam Pedas dan pelbagai lagi.


Seharusnya mestilah pekena kambing bakar kan. Tapi yang lagi istimewa daging bakar kat sini kita boleh nikmati dengan sos lada hitam istimewa dari chef Best Western Hotel.


Kak lily sangat syorkan untuk korang mencuba sendiri sate terutama sate ayam memang sangat lembut dagingnya. Dan buffet ramadhan kali ini turut ditawarkan satar!



Ada Oden yer. 
Jarang sebenarnya buffet ramadhan yang menawarkan oden. Tapi oden di sini memang sedap terutama sup odennya yang memang sangat 'kick' dari segi imbangan pedas dan masamnya.


Pelbagai sup. Ada juga gulai kawah dan kari kepala ikan.


Teh tarik mamak yang serius sedap!!!

Pencuci Mulut Yang Sukar Dilepaskan

Penutup segala hidangan perlulah merasai sendiri pencuci mulut di sini. Antaranya seperti Ais Batu Campur, kuih-muih melayu, Chocolate Fountain, ais krim, biskut lama, kek, buah-buahan dan puding roti.


Kuih muih tradisi dan moden yang memenuhi citarasa semua peringkat umur.

Buah-buahan potong dengan ulaman serta salad. Sambal belacan di Best Western i-City Hotel Shah Alam memang sedap


Ada rezeki boleh makan shell out di sini.

Ada sudut untuk kita dapatkan biskut-biskut klasik. Cantik sudut ini, memang dipenuhi barangan antik seperti gambar barangan lama, basikal tua dan pelbagai lagi.

TOP SPENDER Berpeluang Memenangi Hadiah

Sepanjang bulan ramadhan, Best Western i-City Shah Alam juga menawarkan voucher penginapan 2 hari 1 malam samada di Best Western i-City Shah Alam hotel ataupun di 8 Kia Peng Suites Kuala Lumpur. Untuk melayakkan penyertaan, anda hanya perlu berbelanja sekurangnya RM 500 nett. Pemenang akan diumumkan diantara jam 8.45 pm – 9.15 pm (sekiranya ada pemenang).

Terdapat juga tawaran harga 'early bird' yang mana ditawarkan pada harga RM96 sahaja, harga asal adalah RM120 nett (setiap dewasa). Kanak-kanak dan warga emas RM96 nett. Voucher 'early bird' ditawarkan dari hari ini sehingga 1 April 2022.

UNtuk tempahan dan pembelian boleh hubungi +603 5521 9000 atau email enquiry@bestwestern-icity.my. Untuk tempahan berkumpulan boleh hubungi sales@bestwestern-icity.my

Jom kita ke :



Best Western i-City Shah Alam
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

#buffetramadan2022
#buffetramadaninshahalam
#ramadanpreview