Hi Korang,
Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.
Kali ni kita ke Corus Hotel Kuala Lumpur
Santapan Warisan 2022 merupakan tema buffet ramadhan Corus Hotel Kuala Lumpur untuk tahun ini. Kepelbagaian menu tradisi ditawarkan sepanjang bulan puasa tahun 2022.
Menjelang bulan Ramadhan yang mulia, Corus hotel Kuala Lumpur menyediakan hidangan bufet makan malam yang menyelerakan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan di Dondang Sayang Coffeehouse. Sebuah restoran makan kasual, tempat yang sesuai untuk menjamu selera dan menikmati pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.
Hidangan Melayu tradisional yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat. Korang akan gembira dengan hidangan bufet makan malam yang menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Ada sesuatu untuk semua orang, menjadikan Hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Antara hidangan yang pastinya menjadi tarikan adalah Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda. Hidangan istimewa, yang berasal dari Negeri Sembilan, kuahnya yang pedas dan berlemak ini sememangnya menyemarakkan selera.
Tidak lupa dengan Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan, pelbagai hidangan dari Melaka akan meliurkan selera apabila melihat hidangan yang tersedia.
Lebih 200 jenis hidangan ditawarkan kepada pengunjung dan semuanya memang menarik!
Kambing Panggang sememangnya antara 'highlight' dalam kebanyakan buffet ramadhan. Dan kambing panggang di sini memang sedap bukan sahaja disebabkan daging dipanggang memang berjus. Tetapi didatangkan dengan 2 sos istimewa iaitu sos pudina dan sos lada hitam.
Untuk bubur lambuk ini kak lily siap tambah 2 mangkuk tau! Cukup rasa dengan rempah ratus serta bahan-bahan lain.
Disediakan juga minuman panas dan sejuk. Jadi tetamu boleh membuat pilihan air kegemaran mereka. Kak Lily juga sempat merasai semangkuk ABC mengikut pilihan sendiri, memang sedap weiii
Corus Hotel Kuala Lumpur ialah sebuah hotel eksklusif yang terletak secara strategik di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Menawarkan pertemuan utama dan destinasi ideal, serta destinasi pelancongan/riadah yang popular, Hotel Corus terletak di sepanjang Jalan Ampang, di sepanjang "Embassy Row" eksklusif di perhubungan 'Golden Triangle' Kuala Lumpur, merangkumi perniagaan utama bandar ini , daerah kewangan dan hiburan.
Hotel ini hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT KLCC bawah tanah dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia dan pusat beli-belah utama di bandar ini, Suria KLCC. Sambungan ke Singapura dan Pulau Pinang melalui transit Aeroline Coach terletak di Corus Hotel juga.
Terdapat 2 restoran makanan di Corus Hotel iaitu Dondang Sayang Coffeehouse dan Restoran Ming Palace.
Harga:
RM108.00nett (dewasa)
RM70.00nett (kanak-kanak)
Lokasi:
Dondang Sayang Coffee House “Santapan Warisan”
Masa:
6.30pm-10pm
Tarikh:
5 April - 30 April 2022
Untuk kanak-kanak bawah 5 tahun adalah PERCUMA, tiada caj dikenakan. Tempahan untuk 10 pax ke atas (dibayar penuh) akan diberi 1 pax tambahan secara PERCUMA. Kiranya 10 + 1
Oh ya! Corus Hotel juga membuka tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb pada harga hanya RM68nett seekor. Tersedia untuk dibawa pulang, ayam panggang ini boleh dinikmati 4 orang dan didatangkan bersama salad Corus. Jom dapatkan Ayam Bakar Mentega Garlic Herb untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah.
Untuk pertanyaan menjamu selera, di Corus hotel Kuala Lumpur, sila hubungi 03- 2161 8888 atau e-mel fnb@corushotel-kl.com
Untuk pembelian voucher berbuka boleh hubungi :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website:
Facebook :
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau