Saturday, March 12, 2022

Berhubung Secara PERCUMA Dengan PROMOSI KHAS YOODO DAN SAFI

Hi Korang,

Apabila anda keluar untuk membeli pencuci muka Safi, air micellar atau essences, perhatikan jalur merah salmon yang terdapat pada bungkusan untuk mendapatkan kad SIM Yoodo secara percuma dengan data kelajuan tinggi sebanyak 5GB! 


Promosi ini adalah kerjasama khas antara Yoodo – syarikat telekomunikasi boleh ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia – dan Safi, jenama penjagaan kulit Halal yang terkenal dan dipercayai di Malaysia.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi bahawa langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo. “Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal. Ia adalah satu kerjasama yang sukar ditolak dan situasi sama menang ini untuk kedua-dua jenama utama Malaysia.”

Tambah Tuck Mun, pengguna baharu Yoodo mempunyai faedah tambahan yang menanti sebaik sahaja mereka menerima kad SIM Yoodo. “Para pengguna yang mengaktifkan talian Yoodo akan menerima 5GB data berkelajuan tinggi dengan percuma. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yoodo untuk meningkatkan akses kepada ketersambungan di negara ini, untuk memastikan rakyat Malaysia kekal berhubung dengan orang yang tersayang tanpa mengira waktu.”

“Salah satu daripada etos jenama kami di Safi adalah untuk menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit berkualiti tinggi kepada para pengguna yang diilhamkan dari alam semula jadi dan sains yang disokong oleh Institut Penyelidikan Safi dengan teknologi berevolusi untuk memberikan wanita penjagaan kulit yang terbaik dan moden selaras dengan pegangan agama Islam,” kongsi wakil Safi. “Kami berbangga dapat berkolaborasi dengan Yoodo dan memberi ganjaran kepada para pelanggan untuk memperkasakan wanita untuk kekal yakin, sambil kekal berhubung dengan rakan-rakan dan juga keluarga.”



Para pelanggan yang membeli mana-mana produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dan ke atas dalam satu bil akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian.

Promosi istimewa daripada Yoodo dan Safi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 di semua cawangan Mydin dan sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.yoodo.com.my/safi/ atau laman Facebook Safi Malaysia.

* Percuma kad SIM Yoodo dengan setiap pembelian produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dalam satu bil


Friday, March 11, 2022

RAIKAN HARI WANITA SEDUNIA DI NEGERI SELANGOR PADA TAHUN 2022!

Hi Korang,

Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk dikunjungi! Anda boleh melihat sendiri keunikan Negeri ini, termasuk kepelbagaian budaya. Negeri Selangor juga merupakan sebuah negeri yang selamat dan bersih serta sesuai bagi kunjungan para wanita sama ada bagi aktiviti melancong atau bersiar - siar. 



Sempena Hari Wanita Sedunia, berikut merupakan 5 tempat yang boleh dikunjungi bersama insan tersayang atau rakan wanita anda di Negeri Selangor pada Hari Wanita Sedunia tahun ini!

1. Sarapan Pagi di Q BISTRO, SS15 Subang Jaya



Q BISTRO ialah restoran yang memenangi anugerah khusus dalam masakan menu Malaysia. Ia adalah restoran pertama di Malaysia yang menjamukan "Menu Kegemaran Malaysia" semuanya di bawah satu bumbung. Q Bistro menawarkan makanan seperti nasi lemak, roti canai, roti bakar, mini pau dan dim sum stim. Q Bistro ialah salah satu peneraju utama dalam perniagaan makanan dan minuman di Lembah Klang, dan cawangannya di SS15, Subang Jaya amat digemari oleh penduduk setempat.

Alamat : Lot No, 103, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

2. Kembangkan Kreativiti Anda Di Clay Expression Enterprise, Subang Jaya


Clay Expression adalah tempat untuk mengembangkan kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Tenaga pengajar disini melatih mereka yang ingin menjadikan pembuatan tembikar sebagai hobi, menjadi artis seramik, untuk memulakan kerjaya perguruan baharu atau untuk melegakan tekanan. Pembuatan tembikar adalah lebih daripada mengubah bola tanah liat menjadi sebuah bentuk objek yang diinginkan. Melalui proses pembelajaran, ia memerlukan anda untuk menyentuh dan merasa tanah liat yang sedang anda hasilkan tersebut. Sangat menarik, ia menenangkan fikiran dan mampu membantu menumpukan perhatian anda. Selain dari itu, ia juga mencabar keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri, serta meregangkan kemahiran dan imaginasi anda.

Alamat : 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.


3. Beli-belah Di Central i-City, Shah Alam




Pusat Beli-belah Central i-City di Negeri Selangor, ialah Pusat Beli-belah serantau antarabangsa yang pertama di Negara ini dan terletak di Seksyen 7, Shah Alam, iaitu 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Pusat Beli-belah ini adalah sebahagian daripada i-City, sebuah projek pembangunan yang dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pusat Beli-belah adalah salah satu contoh terbaik bagi menggambarkan gaya hidup serta unsur hiburan yang terdapdi Negeri Selangor.

Alamat : No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.


4. Bersiar-siar Di Taman Maya, Eco Ardence, Setia Alam



Taman Maya ialah taman hijau dalam bandar Eco Ardence serta menawarkan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung. Di tasik tersebut terdapat sebuah jambatan yang menghala ke pelantar berstruktur empat segi dan bermotifkan harmoni. Strukturnya menyala pada waktu petang dan malam, menghasilkan imej cermin yang indah di tasik. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal, fotografi dan melihat matahari terbenam. Terdapat juga banyak restoran dan kedai makan di Ardence Lab, yang terletak di sebelah tasik ini.

Alamat : 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.


5. Santai Malam Di Uptown Relax Faithful Nature / Santai, Setia Alam

Santai Setia Alam berkonsepkan pasar malam atau Uptown, terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan menawarkan pelbagai barangan yang berpatutan dan murah, serta makanan dan minuman terbaik yang lazat. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 pagi, ia menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda akhiri lawatan sehari anda ke Negeri Selangor!

Alamat : 27, Jalan Setia Trade, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi tempat pelancongan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022. Kunjungan ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang unik tidak seperti apa-apa yang anda pernah alami sebelum ini.

Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan yang utama di Malaysia, mengekalkan kedudukannya sebagai gabungan unik bandar moden dan kepelbagaian budaya dan warisan serta bersih dan selamat untuk dikunjungi bersama insan tersayang dan rakan wanita anda. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini rancang percutian anda dan Pusing Selangor Dulu!

Bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Wednesday, March 9, 2022

Buffet Ramadan 2022 ‘Destinasi Rasa’ Di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.

Kali ni kita ke Le Meridien Hotel Putrajaya bertemakan Destinasi Rasa.


Le Meridien Putrajaya menghidangkan pengalaman kulinari secara eksklusif di Latest Recipe bersama chef undangan istimewa iaitu Chef Naem.


Chef Naem adalah seorang chef muda, terkenal dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kulinari dan membuat penampilan dengan beberapa produksi dalam program masakan popular seperti Dapur Panas, Sembang Sahur serta peserta Hero Oven dan banyak lagi.








Pada tahun ini, bersama Le Meridien Chef Naem akan menghidangkan juadah istimewa dari air tangan beliau seperti Rendang Pucuk Ubi, Kari Kambing Bakar, Rendang Hijau Itik Salai dan Kulat Masak Lemak Belimbing. Beliau juga akan menghidangkan beberapa hidangan kegemaran sepanjang masa seperti Kuih Getas, Kuih Sopang dan beberapa lagi kuih tradisional yang jarang kita dapati.

Pasukan chef hotel juga turut bakal menyediakan beberapa ciptaan masakan tradisional yang popular seperti Kambing Percik, Udang Masak Ros, Rendang Kerbau, Asam Pedas Ikan Jenahak, Sup Ekor dan Kambing Panggang dengan pilihan rasa nasi wangi




Memeriahkan lagi bufet buka puasa nanti terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan lebih 100 hidangan masakan tempatan dan antarabangsa seperti Nyonya Curry Laksa, Lok-Lok dengan Kari dan Clear Soup, Sate dan BBQ gaya kaunter kampung. Jadi pastikan korang yang nak datang sediakan dengan keadaan perut yang kuat untuk makan berbuka puasa nanti dengan pelbagai pilihan makanan.











Gerai untuk bahagian pencuci mulut juga ada yang terdapat kek istimewa, aiskrim dan air pancut coklat dengan marshmallow dan buah-buahan segar menanti semua orang. Juga barisan gerai dengan makanan laut segar dan pelbagai pilihan yang masih mentah dan juga ada yang telah dimasak. Ini buat pecinta makanan laut memang akan pilih yang ini sahaja lah kan.










Terdapat lima stesen gerai masak secara langsung, menyediakan dan memasak hidangan istimewa harian. Seperti masakan Jepun yang mana terdiri daripada gulungan sushi, salmon dan tuna dalam bentuk salai dan sashimi juga disediakan.






Bufet Ramadan 'Destinasi Rasa' di sini akan bermula dari 2 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung sepanjang bulan puasa ini dan menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Istimewa sekarang ini juga korang buat tempahan tempat duduk sebelum 30 Mac 2022 untuk 'Early Birds' korang akan menikmati harga yang jauh lebih murah lagi iaitu RM148 bersih untuk seorang dewasa dan RM74 bersih untuk seorang kanak-kanak.

Manakala harga biasa bila tiba bulan Ramadan atau Walk-in nanti adalah RM188 bersih untuk seorang dewasa dan RM94 bersih untuk seorang kanak-kanak. Kanak-kanak adalah untuk mereka yang berumur 5-12 tahun.

Terdapat juga beberapa faedah seperti diskaun pilihan untuk pemegang debit atau kad kredit bank terpilih, manakala ahli Marriot Bonvoy boleh menikmati diskaun sebanyak 20%. Jika korang nak ruang VIP untuk berbuka puasa nanti, ruang makan peribadi boleh diaturkan untuk kumpulan 150 orang pengunjung dan ke atas.

Sebarang tempahan tempat duduk atau maklumat lanjut korang boleh menghubungi:

Tel : +603 8689 6888

E-mel : lmputrajaya@lemeridien.com


Jom kita ke :


Le Meridien Putrajaya Hotel
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
Sepang, 62502 Putrajaya

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Laman Web:

Facebook:


Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.