Friday, October 20, 2017

BBQ Buffet Dinner Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Makan-makan dan makan lagi. 


Kali ni akak lily nak citer pasal BBQ Dinner yang sempat akak lily pi hari tuh di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Di sebabkan BBQ kan sesuai waktu malam so jemputan semua lepas kerja gituh so bolehlah santai-santai makan ek


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan BBQ buffet makan malam yang menawarkan korang dengan pelbagai jenis menu makanan ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut termasuklah dengan hidangan panas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 6.30 petang hingga 10.30malam.

Selain daripada menu BBQ terdapat juga pelbagai jenis makanan lain sepertia pembuka selera, pemanis mulut dan lain-lain lagi. 





Di antara hidangan pembuka selera adalah seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato and basil salad rice salad, dressing and condiments dan banyak lagi.




Untuk hidangan seafood on ice pula terdapat half shell NZ green mussels, crab, oysters, prawn and black mussels. 







Bagi Grill section meat and seafood terdapat pilihan hidangan seperti malaysian hot plate chicken satay with condiments, chicken yakitori skewer, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grilled seasonal squid, marinated fish fillet wrapped with banana leaf dan lain-lain lagi. 



Untuk pemanis mulut, terdapat coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple dan caramel tart, mixes berry financiers dan lain lain lagi.

Bersungguh-sungguh kitaorang makan sebab tak terkejar-kejar masa so dapatlah merasa semua hidangan, nasib baik perut tak meletup ek hehehhee. Overall hidangan not bad rasanya mengikut citarasa kak lily.


Harga bagi BBQ Buffet Dinner ini adalah

RM 78.00+ (dewasa)

RM 39.00+ (kanak-kanak) 4 – 11 years old

All prices are subjected only to 6% of GST.


Jom kita ke :

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.



Tel : 03-5511 8811

Ermm jumaat hari ni, meh kita ke sini nak tak??








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 19, 2017

SASSY - Kedai Online Gift Dan Lifestyle Malaysia Yang Bakal Merobek Poket Korang hehehhe

Hi Korang,


Masa kak lily muda-muda dulu ewah sekarang ni tak muda ke!! 


Hah muda remaja jugak tapi remaja purba satu ketika dulu hehehhe, kak lily memang minat benda-benda yang comel dan cute miut ni tak kiralah apa juga pun janji memikat hati terutamanya pinggan mangkuk, cutleries, even alat tulis pun tau. Kekadang tuh, terbeli bagai nak rak tapi tak guna pun simpan je buat koleksi.

Until sekarang perangai ni terbawak-bawak tau!

Rasa cam nak makan plak, lemon kan hahahhaha

Tak kira apa jua barang, even hello kitty pun akak lily ada simpan lagi koleksi ye 

Hari tuh bila surfing nak cari stationary office ni, akak lily terbukak satu website ni yang nama SASSY ni. Rupanya SASSY ni jenama alatulis dan hadiah-hadiah comel yang bercitarasa tinggi dan mengikut trendy terkini.

Yelah alatulis tulis biasanya warna-warna kelam dan gelap je kan so di SASSY ni alatulisnya trendy, berwarna-warni dan cantik-cantik belaka. Produk-produk keluaran SASSY bukan sahaja harganya berpatutan dan praktikal tetapi juga bergaya dan unik terutamanya direka dengan gaya ala-ala feminine.

Ini Lemon Series, ya ampun comey bebenau kan

Produk SASSY ni dilancarkan dalam pelbagai jenis dalam siri koleksi. Berwarna-warni dan berani dalam reka bentuk, produk mereka akan diilhamkan mengikut trend fesyen terkini koleksi bermusim.

Di antaranya adalah :

*Lemon series*

*Neon collection*

*Tropical Collection*

*Black and White Collection*

Ada pouch dari lemon series ni, cantik tak???

Setiap koleksi alatulis di pilih berdasarkan kepentingan bagi SASSY itu sendiri. Yelah SASSY ni kan ala-ala perempuan sofistikated so kenalah mengikut citarasa beliau. 

Eh haruslah kak lily rasa bangga bila memiliki koleksi dari SASSY ni, so bila bebudak kat office ni tanya-tanya terus je kak lily show off dengan diaorang ni. 


Secara jujurnya daripada kualiti produk yang kak lily perhatikan, harganya memang berpatutan dan berpadanan. Yelah kan kualiti mestilah sama dengan harga so barulah orang semua nak beli. 

Kat mana nak dapatkan koleksi-koleksi alat tulis pejabat menarik dari SASSY ni?

Korang boleh singgah di mana-mana MPH outlet yang berhampiran korang seperti:-

-Midvalley
-Nu Sentral 
-1Utama 
-Subang Parade 
-Bangsar Village 
-Quill City Mall 
-Setia City Mall 
-Gurney Plaza 
-Mahkota Parade 
-Melawati Mall (coming soon) 
-Johor Bahru City Centre 
-The Spring, Kuching 
-Vivacity Mall 
-Aeromall, Senai 
-D’Pulze, Cyberjaya 
-Alamanda, Putrajaya 
-MyTown, IKEA Cheras 
-Raffles City (Singapore) 
-Parkway Parade (Singapore)

Kalau di Departmental Store, korang boleh check it out di:-

• Sogo KL 
• Parkson
• Robinsons

planner untuk tahun depan, yeahh

Kalau korang tak de masa nak ke lokasi Sassy tuh, eh jangan bimbang korang boleh check it out di website http://www.sassy.com.my dan diaorang boleh terus hantarkan depan pintu rumah korang tau. Yesza, I like it kalau ada service online macam ni. 

Eleh, mesti korang kan kan kan….

Of courselah kak lily akan bagi voucher code ye, ek haruslah kena kongsi kepada kengkawan-kengkawan kan. So korang boleh gunakan voucher code : CIKLILY30 untuk mendapat 30% diskaun masa korang klik button checkout tu ye. Tapi kena cepat sebelum 31hb Oktober 2017.

Janga lupa tau korang singgah ke website SASSY yang merupakan website online stationery store Malaysia ni ye, kalau bukan untuk diri sendiri belikan yang tersayang pun ok aper…









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, October 17, 2017

Crab Factory @ SS2 Petaling Jaya, Makan Ketam Guna Tangan Je

Hi Korang,


Kalau ada orang makan ketam atau apa seafood guna sudu dan garfu memang hebat la ek, kagum benau dah kak lily rasa ni hehehehhe merepek jelah kan


Kepada geng-geng kaki makan dan sewaktu dengannya kak lily nak kongsikan satu tempat makan best di kawasan SS2 Petaling Jaya ni. Itulah tempat tuh memang sibuk dan jem je tapi ada banyak sungguh kedai makan yang best-best situh ek dan salah satunya adalah Crab Factory.

Ya ampun siapa yang tak suka dengan ketam kan, yum yum yumm even orang yang ada penyakit gout pun mesti nak rasa sket kalau di offer makan ek. 



Kalau nak tau Crab Factory ni menawarkan hidangan makanan laut segar yang daripada dalam dan luar negeri. Pendek kata segala jenis seafood ada termasuk pelbagai jenis ketam, maklumlah nama pun Crab Factory so haruslah banyak jenis ketam. 

Menu di Crab Factory ni kemain banyak sampai nka citer pun takut tak abis so akak lily citer apa yang kak lily makan ek, yang lelain tuh nanti kak lily letak menu je kat bawah ek


Set Menu Seafood Sedap Crab Factory


Untuk set menu seafood ini terdiri dari 3 pakej iaitu:

Crab Lover Shiok (2 – 3 pax) berharga RM149.70/set [49.90/pax]

Crab Lover Party (4 – 5 pax) berharga RM299.50/set [59.90/pax]

Crab Lover Giler (7 – 9 pax) berharga RM539.10/set [59.90/pax]

Crab Lover Giler
Geng Giler #1 dengan Sos Signature Southern Bang di tambah Topping Cheesey
Geng Giler #2 dengan Sos Salted Egg

Bagi kak lily cam ni lagi senang nak order kan, crystal clear. Senang nak paham, berapa harga, berapa orang makan kan hehehhe



Kat sini, makanan semua di hidangkan di atas meja, di lambak cam tuh je tapi beralaslah meja tuh takkan takde alas plak. Di siapkan apron plastik sekali supaya tak kena baju kita ek, nak guna glove plastik pun boleh tak haruslah pakai tangan baru asyik masyuk.



Crab Lover Giler
Geng Giler #1 dengan Sos Signature Southern Bang di tambah Topping Cheesey

Di dalam set ni ada 2 Meat Crab XL, King Whit Prawn, Squid Mussels, Hamaguri Clams, Corn dan Broccoli. Pedas –pedas jugak sebab kak lily bukan kaki pedas tapi lagi pedas lagi sedap sebenarnya.


Crab Lover Giler
Geng Giler #2 dengan Sos Salted Egg

Set ni pula ada 2 Meat Crab XL, Mini Lobster, Freshwater Prawn, Jumbo Sweet Prawn dan Corn. Set tambahan lain korang dapat juga adalah Fried Chicken Wing, Fried Mantao, Fried Squid Tentacles dan Shallot Rice. Yang ni tak pedas at all, sedap berlemak hehehe

Jaga-jaga tau jangan salah pilih sebab kalau salah pilih terkena set yang pedas menangis ooo itu bagi yang kaki tak makan pedas la kan

Shell On dengan Sos Garlic Butter

Korang juga boleh pilih hidangan Ala Carte yang kita ikut timbang. Disebabkan hari tu ramai, so ktorang tambah set Shell On bersama dengan kuah Garlic Butter jadi untuk tak pedas. Satu lagi set Ala Carte yang kitaroang ambil Freshwater Prawn dengan sos Jamba Jamba dan Cheesey Topping atasnya. Yang ini memang sangat pedas gila tak sesuai untuk kanak-kanak orang dewasa pun ada yang tak tahan pedasnya.

Freshwater Prawn dengan Sos Jamba Jamba tambah Topping Cheesey

Fried Squid Tentacles

Fried Chicken Wing

Fried Mantao

Pilihan minuman pula tak de yang fancy-fancy pun cuma ada Ribena Soda, Orange Mojito, Honey Lemon, Ice Lemon Tea dan soft drink. Okla kang nanti tak tau yang mana satu nak rasa kan, so makan je ketam tuh ek




Ermm ok kan makan di Crab Factory ni, bagi kak lily harganya bersesuaian dengan bahan yang dipersembahkan. Lagipun semua orang tau yang makanan laut ni mana ada yang murah, even beli kan pasar pun harga ketam sekilo dah dekat RM40 ek. Ok lah kalua ambil set menu ni sebab kita dah boleh budget 

Dah tuh apa lagi nak fikir, jom kita ke:

Crab Factory – SS2, PJ
21, Jalan SS2/64, 
47300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: 03- 7865 5850


(Landmarks : Sebaris dengan Restoran Pelita dan sebelah farmasi Guardian)

Waktu Operasi:

Selasa-Khamis: 11.30am – 10.30pm
Jumaat-Ahad: 12pm – 11pm
Isnin: TUTUP






Untuk info lanjut mengenai menu dan cara tempahan, korang boleh check it out di

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 

Moh kita ke Crab Factory SS2 ye untuk nikmati hidangan ketam yang enak lagi menyegarkan.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com