Tuesday, September 26, 2017

AGEHAN Express Meals Di Borak-Borak, Grand Bluewave Hotel Shah Alam.

Hi Korang,


Meh citer pasal makanan jepun lagi ek

Di sebabkan akak lily suka benar dengan makanan jepun ni so akak liy berkesempatan ke Grand Bluewave Hotel Shah Alam untuk Agehan Express Meals review.



Seronoklah tengahari tuh, makan-makan ala jepun ek hehhehe

Promosi Agehan Express Meals dari sekarang hingga November 2017 ianya menawarkan bento yang menarik seperti Gyu Shogayaki, Yaki Udon dan Onigiri yang hanya berharga RM25.00 + satu kotak. Gyu Shogayaki disediakan dengan pan fried beef dengan sos khas, fresh garden salad dengan japanese fish cake dan dressing, japanese white rice, potato dan chuka kurage. 




Bagi Yaki Udon, ia dihidangkan dengan pan fried udon with seafood, vinegered fish, giant sushi roll, deep fried bean curd with sauce dan chuka kurage. Akhirnya adalah Onigiri, ia dihidangkan dengan deep fried chicken, salmon with fish flake triangle rice, chilled soya beancurd, potato with sliced salmon dan chuka kurage.


Selain itu, pihak hotel juga mempunyai pelbagai makanan seperti Edamame (boiled green bean) dengan hanya RM14.00 +, California Maki (half nori, sushi rice, avocado, tobiko, lettuce, kyuri, kani stick, mayonise) hanya RM29 .00+, Oyako Don with Miso Soup (chicken with scrambled egg on rice) hanya dengan RM26.00 +, Tsukimi Udon (thick floor noodles in soup with egg) hanya RM22.00 +, Tanuki Udon (thick floor noodles in soup with tempura fritters) hanya RM18.00 + dan Tori Teriyaki with Goham Set (sliced chicken with teriyaki sauce, rice, and miso soup) hanya RM29.00 +. 

Ala carte juga tersedia di mana pilihan seperti Teppanyaki meat or seafood, Tempura Ebi or Yasai Tempura dan Teriyaki Saba or Gindara.


Jom kita ke 



Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext. 2615








Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Monday, September 25, 2017

Tips Pengguna Kepada Pengguna, Jangan Sampai Tertipu Ye

Hi Korang,

Kali ni kak lily nak kongsikan beberapa tips untuk korang para pengguna di luar sana. 

Maklumlah kita kalau tak de ilmu dan hak-hak mengenai pengguna ni dah tentu confirm-confirm kita kena tipu. Bila dah dapat kena tipu barulah menyesal kan.

Hah itulah kan!

Ok kak lily nak kongsikan tips membeli belah kepada korang para pengguna semuanya

Yelah makin hari harga barang makin naik seharusnya kita berbelanja dengan lebih bijak dan kreatif lagi untuk meningkatkan ekonomi perbelanjaan keluarga kita.

Di antaranya adalah:-

1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

2)Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus dan jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

3)Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

4)Utamakan Barangan Buatan Malaysia dan berubahlah kepada produk tempatan

5)Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga. Kena tengok dulu betul ke tidak kan

Cukuplah tu kan, nanti kak lily tambah lagi ek

Bagaimana pulak tiba-tiba korang dapat tau yang barangan di pasaraya korang membeli belah harga barangannya kemain mahal kan. Apa yang korang patut buat, takkan nak pi mengamuk dengan pisau depan pasaraya tuh kan. Kang korang kena tangkap plak.

So kak lily kongsikan lagi apa yang patut korang buat, ermm kak lily dapat info ni dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau


3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN dan butiran aduan; ” dan hantar ke 15888 atau

4) Lapor / pergi ke pejabat-pejabat cawangan KPDNKK yang terdekat.

Jadi tak payahlah korang jadi tarzan bagai ek! Ikut saluran yang betul, kan senang. Buat senyap-senyap je so siapa pun tak tau, tup-tup pasaraya yang korang report tuh dah dikenakan tindakan ek.

Friends of KPDNKK


Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat.

Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas. Pendaftaran adalah PERCUMA tau. Yang penting korang boleh dapat diskaun masa membeli belah nanti.

Tunggu apa lagi, cepat cepat daftar di  Friends of KPDNKK


Selesai sahaja daftar, korang akan diberikan kad seperti di bawah ni. Haa boleh lah bawa ke mana mana kad ni ke mana mana. Terutamanya bila korang berbelanja di Pasaraya Mydin. Potongan harga menarik menanti nanti. Haa jimat lagi kan? Tak susah pun nak daftar.



Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (Loyalty Card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai:

    - Kad Diskaun
    - Kad Loyalti
    - Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK
  
Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini..Moga kita mampu jadi pengguna yang bijak dan membantu ahli keluarga, rakan rakan dan masyarakat lain supaya dapat bertindak bijak juga.

Website KPDNKK: www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/

 
Website Friends of KPDNKK: www.fok_sp.1pengguna.com/sp/

Japanese Food Fiesta Di Dorsett Hotels dan Resorts Malaysia

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan makanan jepun kan!!! 

Akak lily confirmlah suka yang amat sebab makanannya unik dan payah nak dapat kalau yang authentic punya tau. So bila ada kesempatan untuk merasai makanan jepun asli ni haruslah tidak dilepaskan. 


Minggu lepas, kami ke Dorsett Kuala Lumpur bagi promosi 'Japanese Food Fiesta' bersama Chef Shigeaki Ota dari Agora Hospitalities Japan. Wow chef yang diterbangkan dari Jepun ni, haruslah kak lily bangga ek. 

Kami dihidangkan beberapa hidangan jepun hasil dari air tangan Chef Ota-san sendiri tau yang berbentuk hidangan Bento Box. 

Tempura Set RM55 nett 

2 assorted appetizers, tempura, savoury steamed egg custard, miso soup, steamed rice and Yuzu ice-cream 

Sushi Set RM78 nett 

Sesame tofu, simmered shrimps with vegetables, soy-griller JApanes Spanish mackerel (yuan-style), 3 assorted Nigiri-sushi, 1 pickled-gourd roll, sweet pickled ginger, savoury steamed egg custard, miso soup, sorbet or ice-cream. 

Beef Sukiyaki Set RM88 nett 

2 assorted appetizers, tuna, suid, sweet shrips, sliced beef sirloin, Chinese cabbage, Japanese leek, tofu, shiitake mushrooms, steamed rice. 

Shokado Bento RM108 nett 

Sesame tofu, boiled spinach with seasoning, Japanese-style omelette, simmered sweet potatoes, fry-simmered taro, soy-grilled Japanese spanich mackerel, 2 assorted fresh fishes, simmered shrimps, grilled beef with miso, Tempura, clear soup with minced fishball, steamed rice and sorbet or ice-cream 

Sashimi Set RM128 nett 

2 assorted appetizers, tuna, sea bream, squid, sweet shrimps, amberjack, scallops, salmon, savoury steamed egg custard, miso soup, steamed rice and Yuzu ice-cream. 

Menarikkan semuanya...

Sementara itu, Chef Ota-San akan berada di seluruh rangkaian Dorsett hotel sepanjang bulan September dan Oktober 2017 iaitu dari 

4 to 16 September 2017 - Dorsett Grand Subang 

14 to 23 September 2017 – Dorsett Putrajaya 

23 to 30 September 2017 - Dorsett Kuala Lumpur 

28 September to 8 October 2017 - Dorsett Grand Labuan 

kemain senyum lagi Chef Ota-san

Chef Ota-san menyertai Hotel Agora Osaka Moriguchi sebagai Senior Chef of Koyomi (Restoran Jepun). Sepanjang perjalanan masakannya, Chef Ota-san telah menganjurkan pelbagai acara masakan seperti Koyomi-Kai, Jisake-Kai (pihak demi kepentingan tempatan) dan menikmati reputasi yang kuat sebagai tukang masak berkemahiran tinggi di dalam industri masakan ini. Beliau juga merupakan seorang chef yang istimewa yang diberi peluang untuk berkhidmat kepada Mahkota Putera Jepun dan mempunyai penampilan TV juga. 


Untuk info lanjut mengenai promosi makan-makan di Dorsett ni korang boleh check it out di:-









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com