Saturday, July 19, 2014

Jom Hantar Kuih Raya Ke Projek Beramal Bersama PLANTA

Hi Korang,


Weekend-weekend ni mesti banyak buat kuih raya kan.

Apa kata, kalau korang ada masa lebih buat kuih raya ni banyak sket, bolehlah di dermakan hasil air tangan korang ni ke GIANT dan MYDIN yang terpilih di seluruh negara bagi projek Beramal Bersama PLANTA.


Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’ mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.


Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.


Semoga sasaran sebanyak 50,000 biskut akan tercapai. Bayangkan muka anak-anak yatim yang tersenyum menerima biskut kita tu nanti......perasaan indah yang tak dapat digambarkan....

Friday, July 18, 2014

Buka Puasa Di Vistana Hotel, Berdua Je

Hi Korang,

Abis dah projek review buffet ramadhan.

honestly dah abis wokeh

Tapi jemputan buka puasa luar tu senantiasa ada lah, sampai tolak-tolak dan pass kat blogger lain untuk diorang cover plak. Cukup-cukuplah aku menulis pasal buffet ramadhan 2014 ni ek.


Walaupun aku dah pernah buat review ramadhan buffet di Vistana Hotel ni kan, pihak hotel sudi mengajak sekali lagi aku ke sana untuk rasa suasana time buka puasa plak. Ingat ek masa review dan masa real buka puasa lain tau. 

So aku dengan Mr Big je lah, kebetulan hari isnin tu dia cuti jadi mengekor dia ikut aku pi buat kerja luar kan. Kira bekerja sambil berdating la ek

Sampai sana dalam kul 7.00pm cam tu, just nice. Bagi voucher then terus pi naik tingkat 3.

Memang line up buffet bukan main banyak, nampak cam sedap-sedap belaka. Malas nak tunggu beratur panjang, ambil jelah dulu apa yang nak makan.

satay daging, spagethi dan macaroni cheese

kuayteow dan meehoon, ermm lama tak makan

paru berlado, ayam tandori, sambal tempe, ayam kunyit, kepok dan nasi beriani

Lepas buka, bangun 2-3 kali ambil makanan then trus je ktorang balik. Malas nak lama-lama, datang pun untuk makan je kan.

sagu gula melaka

kuih muih platter

hehehehhehe

Once again, thank you Vistana for the invite. Lepas ni, nak datang lagi ke sini review bilik plak ye.




Pesawat MH17 Malaysia Airlines Terhempas Di Timur Ukraine

Hi Korang,

Bila dengar pasal berita kapal terbang MAS ni terhempas, aku cepat-cepat suruh Mr Big call cousin ktorang.
 
 
 
Call punya call nasib baik diorang angkat, rupanya diorang berdua tu off day baru sampai dari Australia. Ermm itulah nasib suami isteri flight attendance MAS ni. Lepas tu plak, yang si wife tu memang fly area-area situ kan.

Alhamdulillah selamat



Tapi nasib para penumpang MH17 tu plak, ermm takziah di ucapkan kepada ahli keluarga mereka. Tak dapat aku bayangkan betapa pilu sayu perasaan mereka saat ini.

Masih belum reda lagi dengan kejadian kehilangan MH370, Negara di kejutkan pula dengan terhempasnya pesawat MH17 di timur Ukraine,semalam. Aku baca banyak teori mengenai kejadian ini dan rasanya tak perlukan aku nak buat ulasan.

Kita tunggu je laporan terkini daripada berita di tv je..

So bermuhasabah dengan setiap kejadian dan perbanyakkan al-fatihah kepada #MH17
 
p/s : banyak plak jet pejuang lalu lalang terbang atas office aku ni, siap pusing-pusing lagi. ermm ni mesti training untuk national day nanti la tuh..