Monday, July 7, 2014

Buka Puasa di EVERLY Hotel, Putrajaya

Hi Korang,

Ingatkan lepas abis je projek buffet ramadhan 2014, tak de lagilah bab makan-makan sedap ni. 


Rupanya lagi melimpah ruah rezeki yang mendatang, banyak lagi restoran, hotel yang menjemput aku merasai hidangan ramadhan buffet mereka. Apalagi, janganlah lepaskan peluang.

Bak kata Mr Big rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.

tiru pose aku plak kan hehehhe

Jadinya Jumaat lepas, ktorang ke FUZE Restaurant di Everly Hotel Putrajaya atas undangan salah sorang lembaga pengarah di situ. Rasa bangga jap coz blog www.ciklilyputih.com yang picisan ni mendapat perhatian.




Just nice sampai dalam 6.40 petang cam tu, orang pun belum ramai lagi, sempat jugaklah aku snap beberapa keping gambar makanan untuk tatapan korang. Walaupun nampak secara fizikal restoran ni kecil tapi bila berjalan untuk meninjau makanan ermm rasa jauh jugak. 

Mehlah kita intai serba sedikit makanan yang disajikan di Everly Hotel Putrajaya ni ye.









Appetizernya yang simple dan ringan untuk dimakan sebelum ke hidangan utama.

















Hidangan utama yang sangat-sangat pelbagai jenis dan rasa. Boleh buat perut tak keruan hehehhehe
















Penutup yang menyenangkan, sedap plak sampai aku makan kek coklat ni berkali-kali.




Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Everly Putrajaya ni adalah

RM 98nett untuk dewasa
RM 49nett untuk kanak-kanak (6-12 tahun)

Untuk tempahan sila hubungi, 03-8892 2929 


Jom kita ke :-

THE EVERLY PUTRAJAYA
No.1 Jalan Alamanda 2, Precint 1, 
62000 Putrajaya Malaysia
Tel: (60)3 8892 2929 
Fax: (60)3 8892 2828






Lama gak ktorang lepak makan kat sini, sambil makan tuh tengok gelagat orang yang makan kat situ gak. Majoriti datang dengan family, siap ada celebrate birthday lagi tau.

Terima kasih pada Mr Rolf yang sudi ajak ktorang kemari, kalau tak tengok dari jauh jelah Everly Hotel Putrajaya ni dari Alamanda kan.




REVIEW | The Herba TRUDTOX, Penyelamat Di Bulan Puasa

Hi Korang,

Bulan puasa, of courselah semua orang akan makan banyak kan.

Bukan semua orang lah, aku je pun. Tapi kalau pi buffet Ramadhan confirm-confirmlah semua makanan nak rasa kan. So makan banyak jugak korang kan. Hehehehhe.. Nak tipu aku konon, pirahh

Dah makan banyak, tup-tup perut jadi senak plak, badan tak tentu rasa. Sudahnya terbaring depan tv dan tak pi terawih pun. Ntah-ntah maghrib ke mana isyak ke mana.

Itu aku lah,korang aku tak tau plak kan.

Penyudahnya biarkan perut tu lega sendiri, jawabnya sampai ke sahur lah. Dah tak makan sahur sebab takut perut senak bertambah sakit kan.

Ermm begitulah seterusnya kalau korang untuk amik mudah pasal makan banyak ni.


Nasib baik aku sepaket teh herba TRUDTOX ni.

La tak tau teh apa ni, mehlah aku citer sket mengenai teh herba TruDtox ni lah

TruDtox - Natural Herbal Cleansing

TruDtox ialah teh botanical organik dari Swiss yang berfungsi secara lembut untuk membersihkan dan menguatkan organ-organ nyahtoksik semulajadi dalam tubuh badan kita. Ia diperbuat 100% dari herba-herba organik yang ditanam dan turut berfungsi membantu kelancaran organ nyahtoksin.

TruDtox tidak mengandungi bahan laksatif (julap) yang tinggi, yang menyebabkan kebergantungan kepada usus.

Apa yang masuk ke dalam badan kita mesti dikeluarkan. Detoxing atau menyahtoksinkan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya memastikan sistem dalaman tubuh berjalan lancar dan menolak segala toksin merbahaya keluar dari tubuh kita.

Hah, dah paham sket kan. Ini ada sambungannya lagi


Tanda-tanda Tubuh Mengandungi Toksin

Makan berlebihan, perut buncit, sembelit, berat badan berlebihan, masalah gastrousus, alahan, masalah kulit, jerawat, kepenatan, kelesuan, emosi yang tidak stabil serta kesakitan.

TruDtox adalah rumusan khas yang diakui selamat, lembut dan boleh diambil secara kerap tanpa memudaratkan sistem kesihatan tubuh

TruDtox tidak mengandungi Senna dan diklasifikasikan sebagai bahan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membantu membersihkan tubuh dari toksin dan unsur-unsur pencemaran dari tubuh.

Menggalakkan fungsi organ nyahtoksin semulajadi dalam tubuh.

Hah memintak korang paham ye apa itu the herba TruDtox. Itulah nampak cam kecil je tapi khasiatnya terbaik ooo.


Cara pengambilan teh herba TruDtox ni

Cuba rendamkan bungkusan teh ini seketika kemudian minum cam biasa je. Rasanya tak delah pelik sangat, sama macam teh herba yang lain. Sedap but tak de gula lah.

Aku cuma amalkan seminggu 3 kali je, takut plak kalau minum hari-hari jadi mudarat plak. Lagipun aku bukan nak kurus pun hehehehhehe poyo punya ayat.


Kesan setelah 2 minggu mengamalkan teh herba TruDtox.

1. Proses perkumuhan sangat sangat bagus, minum dalam 1 jam gitu dan boleh proses untuk perkumuhan.

2. Badan cam rasa ringan especially tang perut tuh. Kempis wei So tak delah nampak perut buncit dan kembung kan

3. Memang tak kurus mana pun but rasanya banyak toksin keluar


Kalau korang pun ada masalah kuat makan takut perut senak macam aku gak, bolehlah beli TruDtox ni pada harga RM29.50 untuk 5 teabags dan RM88.50 untuk pack 15+2 teabags di farmasi yang berhampiran dengan korang.

Nak beli online pun boleh di Plincco, Lazada dan Rakuten.

Meh klik di www.trudtox.com untuk info lebih lanjut mengenai teh herba TruDtox ni.

Terus hilang masalah senak perut aku ni

Sunday, July 6, 2014

SPOTLIGHT KINI DI MALAYSIA!

Hi Korang,

Bagi mereka yang sukakan home deco dan jahitan kan. Ada berita baik untuk korang semua tau sempena hari raya yang akan tiba nanti.


Kedai rantaian mega antarabangsa iaitu Spotlight bakal tiba ke Malaysia! Ya, ia sememangnya benar, syarikat termashyur milik Australia itu akan membuka kedai sulungnya di Malaysia bertempat di Pusat Beli-Belah Ampang Point pada 12 Julai 2014 10am. 

Spotlight cukup sinonim dengan tawaran pilihan luas fabrik, keperluan kraf, parti dan produk hiasan rumah di beberapa negara termasuk Australia, New Zealand dan Asia, dikenali dengan pengenalan harga terbaik dan pelbagai tawaran menakjubkan.


Pembukaan kedai itu menandakan permulaan kepada rancangan meluaskan lagi tambahan gedung di Malaysia pada masa akan datang dan menjanjikan pengalaman membeli-belah unik, berinspirasi dan mudah seperti yang belum pernah disaksikan selama ini!

Spotlight, buat masa ini sudah memiliki sebanyak 117 gedung di Australia, New Zealand dan Asia, akan dibina di atas keluasan gedung peruncitan lebih 2,400 meter persegi dan menempatkan lebih daripada 150,000 produk dalam enam kategori – yang mana kebanyakan daripadanya belum pernah dilihat dan ditawarkan di Malaysia. Spotlight akan menampilkan pilihan luas barangan berkualiti tinggi yang bernilai bermula daripada kelengkapan rumah, Manchester (peralatan tempat tidur), hiasan rumah, fabrik pakaian dan fesyen, sehinggalah kepada keperluan penting bagi kraf, hobi dan parti. 


“Ini ialah gedung pertama di Malaysia yang rancak mendapat tempat dan kami yakin ia akan menjadi sebuah hab kreatif bagi hiasan rumah, rekaan fesyen, parti-parti dan hobi berkaitan kraf. Tiada ada tempat sepertinya di Malaysia dan kami yakin pasaran di sini akan menikmati pengalaman membeli-belah yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata Pengurus Besar Pemasaran Spotlight, JonoGelfand.

Selari dengan majlis pelancaran tidak lama lagi, Spotlight Malaysia akan menawarkan sesiapa yang bertuah peluang untuk mengunjung ke Gold Coast, Australia selama lima hari. Untuk meraih peluang keemasan ini, kunjungi laman web Spotlight Malaysia dari sekarang sehingga 31st Julai 2014 dan nyatakan sebab anda ingin kunjungi Australia. Sesiapa yang mengunjungi laman web Spotlight juga layak mendaftar sebagai ahli VIP dan menikmati tawaran eksklusif serta memperoleh informasi mengenai jualan besar-besaran sempena pembukaan gedung berkenaan.
 

Komited untuk menggaji pekerja tempatan di rangkaian gedung luar negaranya, kemunculan gedung Spotlight dijangka membuka peluang kerjaya menarik kepada penduduk tempatan. “Kami akan membuka lebih banyak kedai dalam tempoh 18 bulan di Malaysia, dan kami berharap pengurus stor Spotlight adalah dipilih daripada kelompok kakitangan pertama yang kami upah dan latih. Ia termasuk jawatan peringkat pengurusan dan Spotlight sedang mencari dan melantik sehingga 200 orang ahli pasukan di Malaysia dalam tempoh 24 bulan akan datang,” Jono bertambah. Sesiapa yang berminat dialu-alukan mengemukakan resume mereka pada laman www.spotlight.com.my


Memandangkan kebanyakan produk yang diperagakan di Spotlight adalah eksklusif di Malaysia, kakitangan utama gedung akan menjalani latihan di Singapura untuk memastikan mereka mendapat pendedahan pengetahuan produk secara ekstensif, bagi membolehkan mereka menawarkan servis pelanggan terbaik kepada para pembeli.

“Pembangunan staf ialah elemen penting dalam aktiviti perniagaan Spotlight dan syarikat kami komited untuk membekalkan latihan ekstensif kepada semua kakitangan berkaitan aspek pengetahuan produk bernilai dan khidmat nasihat,” jelas Jono. 


Kunjungilah Ampang Point pada 12 Julai pukul 10 pagi untuk pembukaan rasmi stor Spotlight. Terdapat pelbagai hadiah menarik seperti gift kad dan barangan istimewa dari Spotlight akan diberikan kepada pengunjung. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati persembahan silap mata yang memukau hati, aksi badut yang lucu, sesi kraf dan aktiviti conteng muka (face paiting). Tiada tempat lain yang setanding Spotlight untuk seisi keluarga mennghabiskan hujung minggu ini.


Gedung sulung Spotlight terletak di Tingkat 2 Pusat Beli-Belah Ampang Point, Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

Korang yang kaki menjahit dan deko-deko ni baiklah cuba ke sini nanti kan, mana tau ade rezeki korang menang trip ke Gold Coast Australia tu kan hehehhehe