Friday, November 4, 2011

Nak Join Contest Gadget Impian

Hi Korang,

Siapa yang tak de Gadget Impian? Semua orang mesti ada punya lah. Even ayah aku tu duk sibuk tanya dah BB tu ape? Hah ko BB ok! aku pun tak payah BB dia dah tanya dah plak. Ini tak boleh jadi nie, haruslah aku berusaha mendapatkan gadget impian aku kan



Of courselah IPAD 2

Senang sket nak update blog kan. Kat memana pun boleh, dalam jamban pun boleh gak tau.

So justru itu, bro denaihati sedang mengadakan contest Gadget Impian ni. Aku haruslah tak lepaskan peluang kan, mesti lah join. Segala syarat2 ada kat entri ni. Klik tau. Kalau korang nak join pun boleh. Tarikh tutup pendaftaran contest Gadget Impian pada 11.59pm, 9/11/2011.

Contest Gadget Impian Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.net, eQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti dan Serverfreak.

Mehlah join ek..



Premiere Screening Of 'The Adventure Of Tin Tin (3D)'

Hi Korang,

Hari rabu tu ari, sempat jugaklah aku tengok citer 'The Adventure of Tin Tin kat GSC Mid Valley. Menang tiket free lagi dari Nuffnang. Alah entry yang aku buat pasal Boot Camp dengan Abg Ning. Hah baik baca, sangat kelakar lah.

pakai cermin mata dulu

Tajuknya je nampak cam berat but its actually citer animation. Dulu masa aku kecik2 suka sangat tengok citer ni, kartun favourite tuh.  Kisah manusia yang begitu rapat dengan anjingnya.


"Based on the internationally beloved and irrepressible characters created by HergĂ©, the story follows the unquenchably curious young reporter Tintin (Jamie Bell) and his fiercely loyal dog Snowy as they discover a model ship carrying an explosive secret. Drawn into a centuries-old mystery, Tintin finds himself in the sightlines of Ivan Ivanovitch Sakharine (Daniel Craig), a diabolical villain who believes Tintin has stolen a priceless treasure tied to dastardly pirate named Red Rackham. But with the help of his dog Snowy, the salty, cantankerous Captain Haddock (Andy Serkis) and the bumbling detectives Thompson & Thomson (Simon Pegg and Nick Frost), Tintin will travel half the world, outwitting and outrunning his enemies in a breathless chase to find the final resting place of The Unicorn, a shipwreck that may hold the key to vast fortune… and an ancient curse"



Bagi Aku:-

Jalan citer menarik sebab aku dah kenal watak Tin Tin ni sejak dari kecik lagi so tak de masalah sangat nak paham. Anjingnya Snowy tu memang bijak betul, sentiasa bersama tuan susah dan senang. Penggembaraannya cukup menakjubkan dan berakhir dengan tempat yang tidak di sangka2 lah. Yelah tengok 3D kan. Rasa segala mak neka pedang, pasir, pistol nampak cam hidup. Watak-watak dalam citer ni senang nak di fahami. Semuanya berakhir dengan happy ending. 

Bagi aku sesuai untuk di tonton sessi keluarga time-time cuti sekolah nie kan.

Mr Big kasi 4/5 untuk movie nie. 3D kan mestilah superb..


Menderma Amalan Kita

Hi Korang,

Hari-hari Jumaat ni, rasa cam malas plak nak citer pasal event. Naik letih di buatnya coz banyak gambar kene  editing.

Nak citer pasal Derma. Boleh? alah boleh aje. Aku yang nak citer bukan korang kan.



Kenapa amalan menderma ni mulia?

1- Kita kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan yang kita miliki samaada dari segi kewangan atau material atau dalam bentuk apa-apa sekalipun.

2- Menderma dengan ikhlas dan penuh rasa niat untuk membantu akan dibalas dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Malah, kemungkinan kita akan didoakan pula oleh orang yang menerima derma kita itu.

3- Menginsafi diri yang penuh dengan kemewahan sedangkan di luar sana masih banyak yang hidup serba kekurangan, mengajar kita erti menghargai apa yang kita miliki dan tidak sewenang-wenangnya mensia-siakan harta kita ke arah maksiat atau perbuatan yang tidak baik.

4- Orang-orang yang suka menderma bukan orang yang miskin, walau selalu menderma, hartanya seakan-akan bertambah banyak dan bukannya makin kurang, ini kerana rezeki datang kembali kepadanya secara melimpah ruah.

5- Seribu satu lagi keindahan dan kebaikan serta kebahagiaan yang kita bakal miliki dengan amalan menderma dengan penuh keikhlasan.


Bagi aku amalan menderma ini bagus di terapkan kat semua orang tapi mestilah kena ikhlas tak boleh lah rasa cam terpaksa plak kan. Pas tu yang mintak derma ni pun satu, kalau dah mintak derma tak yah nak tetapkan berape kena derma kan, itu yang membuatkan yang nak menderma fikir 2-3 kali sebelum nak menderma kan.

Aku, sekadar yang termampu jelah. Tapi kalau menderma dapat free gift lagi best kan.

Selamat menderma korang..