Monday, September 5, 2011

Sepanjang Ogos 2011 - Bulan Penuh Rahmat


Hi Korang,

Bulan Ogos tahun nie merupakan bulan Ramadhan. Best kan. Sebab dapatlah kurus sket, ermm nan ado de kurus. Makin kembang adalah kan. Kerja-kerja blogging pun makin hebat jugak lah. Ada je event yang di panggil untuk join walaupun time puasa. Ermm meh lah baca nie



Event
Dapat pi L'Oreal eye cream launching kat Mid Valley. Jumpa dengan artis lagi. Best sungguh. Lepas tu sempat jugak pi Prudential Assurance Launch kat The Curve dan dapat jugak join seminar 'Milk a Deal' Affiliate.

Premiere Screening
Bulan ni kurang sket tengok wayang coz penat nak kuar bila dah malam2 kan. Tapi sempat jugak aku pi tengok Cowboys & Aliens dan The Smurf kat KLCC, Cars 2 kat Mid Valley. Ada jugak blogger belanja aku tengok wayang citer Zookeeper tau.

Buka Puasa
Erm tahun ni, jemputan buka puasa kureng sket. Banyak aku tolak coz aku dah plan buka puasa dengan orang lain. 3 tempat aku miss. Aku sempat buka puasa dengan DiGi kat The Bees, buka puasa dengan FooD FB kat Paya Serai, PJ Hilton. Dapat jugak buka puasa dengan Samsung kat Enak KL dan jugak sempat buka puasa dengan artis2 Universal Music. 

Skills
Sibuk mereview2 product yang diorg nie hantar, majoritinya bebarang make-up lah. Dapat jugak aku tau apa bahan yang ada dalam make-up ni kan. Sekarang ni tengah sibuk belajar amik2 gambo pakai DSLR secara close-up coz mr Big dah tak larat ikut aku pi event lagi. Letih katanya. So kenalah buat sendiri pas ni.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..

Comey kan budak 2orang nie

Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.

Hopefully bulan September lagi best lah hendaknya ek sebab burfday aku kan hehehehhe. Ingat tau, burfday aku... hehehhehe

Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

Email Yang Mengembirakan

Hi Korang,

Pepagi isnin ni elok aku citer yang sempoi2 je. Yelah semua orang baru je naik cuti raya kan mesti mood2 malas keje + monday blues kan. Citer yang berat2 kang, terus jem otak korang kan. hehehehhehehe

Tak de apa lah kan, cuma nak bagi tau aku dapat email yang cukup mengembirakan lah.


Hah, ko aku dapat Oreo supply untuk setahun. Oit banyak tu kan. 10 kotak tuh. Dah pi amik pun Jumaat lepas. Penat memikulnya guna troli.

Anyway, aku dah allocate sket untuk geng tali barut dan geng blogger yang lelain tau. So sesiapa yang bertuah tu, korang tunggu jelah. Nak buat contest, malas lah nanti jadi cam nie plak kan. 

Rezeki, mestilah kena share dengan orang2 yang tersayang cam korang kan.

P/S : nanti aku tunjuk gambo ek...

Sunday, September 4, 2011

Sunday Post : Rindu Nak Sarapan Kat Sini

Hi Korang,

Lepas2 raya nie, rasanya tekak aku mengidam nak makan memacam2 benda. Yelah sebulan tak makan benda2 favourite kan sebab puasa. So lepas raya ni kira cam nak balas dendam lah kan.

So ini adalah salah satu yang di idamkan


Breakfast kat Mc Donalds. Apa macam, besar kan selera aku nie. Last aku makan Mc D punya breakfast lebih kurang 2 bulan lebih cam tu lah. Rindu nak makan big breakfastnya especially pan cake kan.

So hopefully dapatlah lepak kat sini dalam 2-3 hari terdekat nie. Rasanya dah merembas air liur ni kan, bila tengok iklan Mc D kat tv tuh.

Anyway,

Happy Sunday Korang...