Thursday, September 5, 2024

Alami malam persembahan penuh bertenaga di "Boogie Wonderland" bersama Earth, Wind & Fire Experience.

Hi Korang,

Bersiaplah untuk malam yang dipenuhi dengan persembahan bertenaga di Earth, Wind & Fire Experience, yang akan diadakan secara langsung di Kuala Lumpur pada bulan November ini. Menampilkan band Al McKay's Allstars, yang diilhamkan oleh artis rakaman, pemenang 6 kali Anugerah Grammy dan gitaris legenda Earth, Wind & Fire, Al McKay.


Sebagai satu-satunya perhentian di Asia Tenggara, konsert penuh secara langsung ini akan diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 12 November 2024, menampilkan Al McKay Allstars, satu-satunya kumpulan yang mampu menyampaikan keaslian dan keunikan asal Earth Wind & Fire.

Dibawakan dengan penuh kebanggaan oleh Milestone Entertainment – Earth, Wind & Fire Experience oleh Al McKay, barisan Big Band 13 anggota untuk mempersembahkan rangkaian lagu-lagu hit daripada kumpulan tersebut dalam kunci muzik asal dan rasa autentik. Nantikan untuk mendengar lagu-lagu seperti 'September', 'Boogie Wonderland', 'Let’s Groove', dan banyak lagi dalam persembahan yang yang memukau dan penuh semangat.


Kumpulan ini terdiri daripada barisan vokalis dinamik, pemain gitar berbakat, serta ritma yang mantap, termasuk bass, drum dan alat perkusi. Selain itu, kumpulan ini turut menampilkan pemain papan kekunci dan bahagian brass dengan trompet, saksofon, dan trombon, menghasilkan bunyi ikonik yang memukau penonton di seluruh dunia.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, Earth, Wind & Fire Experience telah mencetuskan fenomena di peringkat global, mengadakan persembahan di lebih 30 negara yang meliputi Amerika Selatan, Eropah, Afrika & Asia. Dengan pelbagai persembahan yang laris dijual di seluruh dunia, mereka telah memukau pentas festival terbesar, menyampaikan persembahan yang tidak dapat dilupakan di seluruh dunia. Ini adalah satu pengalaman yang pasti tidak boleh dilepaskan!

Tiket diskaun sehingga 25% eksklusif bagi Pemegang Kad Maybank.


Tarikh: Selasa, 12 November 2024

Masa: 8.30PM

Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com.

Dapatkan tiket anda dari RM99 ke atas dengan pembelian melalui Buy Now Pay Later, Atome. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Monday, September 2, 2024

Mahardika : Spider x Ella x Masdo - Meriahkan Malam Hari Merdeka Di Pulau Pinang

Hi Korang,

Konsert dengan nama Mahardika membawakan bersama kumpulan legenda Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini, Masdo yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.


Dan meriahnya ia telah dihadiri oleh seramai 5000 penonton yang datang ke Spice Arena Pulau Pinang bukan sahaja untuk menyokong perjalanan anak-anak seni tempatan tetapi juga mewarnakan malam Merdeka bersama.

Mahardika : 
Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.


Tidak lengkap sambutan ambang Merdeka tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan. Hiburan yang dipersembahkan bukan kosong malah telah mempamerkan semangat kemerdekaan anak-anak seni yang telah merasai pelbagai cabaran dan kenangan manis bergelar anak seni.

Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group telah membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara menerusi sebuah konsert yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang.

Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.

“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika,” ujar Don.

Menyifatkan Spider, Ella serta Masdo sangat bertepatan untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzik masing-masing.


Konsert di malam Merdeka tersebut bermula kemunculan dengan teriakan peminat buat Masdo yang muncul dengan 10 buah lagu antaranya Obe x Janji Manis, Teruna & Dara, Bunga, Berduka-lara, Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.

Muncul dalam suit hitam putih, kemunculan Mawi, Ali, Putu Ceri dengan ditambah kemeriahan pemuzik undangan iaitu Chakam dan Eja membuatkan Spice Arena panas dengan aksi-aksi dan nyanyian bersahaja mereka.


Ella muncul dalam busana hitam putih berlabuci membuatkan semua peminat menyanyi bersama membawakan lagu Permata biru, Dua Insan Bercinta dan Gemilang. Tidak habis di situ, Ella kemudian masuk ke tengah-tengah kawasan konsert dan menyanyikan lagu Standing In The Eyes di pentas tengah dengan diiringan semua penonton yang hadir. Semarak kemerdekaan dirasakan malam itu dengan dendangan antem wajib malam Merdeka tersebut.

SPIDER muncul sebagai penutup acara MAHARDIKA dengan membawakan sekitar 11 buah lagu. Antaranya lagu-lagu wajib seperti Bila Nak Saksi, Lauk Cukup Masin, Mungkinkah Terjadi, Relaku Pujuk dan Aladin.


Cukup bertenaga, kemunculan Spider menjadi penutup paling bersemangat untuk malam Merdeka yang dibawakan oleh pihak The Dons Group pada 30 Ogos lalu.

SENARAI LAGU- LAGU

MASDO
Overture
1. La Obe x Janji Manis
2. Teruna & Dara
3. MFLTT
4. Bunga
5. Berduka-lara
6. Kecundang
7. Inilah JalanNya
8. MPRNR
9. Dinda
10. Bercanda Di Malam Indah

ELLA
Permata biru
Dua Insan Bercinta
Gemilang
Standing In the Eyes

SPIDER
1. Rasakan Resapkan
2. Laukku Cukup Masin
3. Kacap Terlabik
4. Bila Nak Saksi
5. Cinta Dewa Dewi
6. Kasih Latifah
7. Mungkinkah Terjadi
8. Telinga Ke Tulang
9. Mabok
10. Relaku Pujuk
11. Aladin





INFORMASI

ACARA: MAHARDIKA : SPIDER X ELLA X MASDO
ARTIS: SPIDER, ELLA, MASDO
LOKASI: SPICE ARENA PENANG, PULAU PINANG
TARIKH: 30 OGOS 2024
PENGANJUR: THE DONS GROUP

Tuesday, August 27, 2024

guardian Semarakkan Hari Kebangsaan dengan Kempen #LoveforLocal

Hi Korang,

Pada Hari Kebangsaan ini, guardian menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan kempen #LoveForLocal, yang menampilkan jenama kecantikan terbaik Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, guardian mengangkat 30 jenama tempatan terbaik, demi memudahkan rakyat Malaysia untuk meneroka, menemui, justeru menyokong produk kecantikan tempatan.


Dengan memberi tumpuan kepada jenama-jenama ini, guardian bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan kreativiti usahawan Malaysia tetapi turut menggalakkan hubungan yang lebih kukuh dengan kekayaan warisan budaya yang diwakili oleh produk-produk ini.



Sama ada anda ingin mencuba sesuatu yang baru atau menunjukkan sokongan terhadap bakat tempatan, kempen #LoveforLocal guardian menyediakan peluang yang sempurna untuk berbuat demikian di samping menghargai semangat perpaduan dan berbangga dengan tawaran unik negara kita.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran di guardian Malaysia, berkata, “Kami teruja untuk menyokong sepenuhnya jenama kecantikan tempatan ini dengan menarik pelanggan baru melalui peningkatan rangkaian pengedaran dan keterlihatan mereka di lebih 600 stor serta platform dalam talian kami. Ini akan membantu mereka mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadikan produk kecantikan tempatan berkualiti lebih mudah diakses daripada sebelumnya.”

Perintis kecantikan tempatan telah pun menyaksikan manfaatnya.

Adibah Mazlan, pengasas The Raw, berkongsi, “Kerjasama dengan guardian telah banyak memperluaskan rangkaian kami, membolehkan kami mempamerkan produk penjagaan kulit bertaraf farmaseutikal kepada khalayak yang lebih luas.”

Chryseis Tan, pengasas Lumi, menambah, “Di Lumi, kami berpegang kepada prinsip kecantikan berseri, tanpa kekejaman untuk semua orang. Sokongan guardian bermakna penyelesaian penjagaan kulit botani kami kini tersedia di seluruh negara, membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai kejelitaan mereka.”

Sarah Shah Nor, pengasas Cuura, turut teruja: “Terima kasih kepada guardian, penjagaan kulit semulajadi dan diperakui halal Cuura kini boleh dinikmati oleh lebih ramai pelanggan, menyediakan penyelesaian lembut namun berkesan untuk kulit sensitif.”

Sue Aini, pengasas Mango Flamingo, menegaskan, “Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kulit yang muda dan yakin. Sokongan guardian menjadikan produk berkualiti kami lebih mudah diakses oleh segenap lapisan pengguna.”


Keempat-empat jenama luar biasa ini akan mempamerkan produk terbaik mereka di acara guardian #IYKYK Beauty Atrium, yang diadakan dari 27 Ogos hingga 1 September di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Acara ini memuatkan aktiviti mesra keluarga, diskaun menarik, dan pertandingan tarian yang menggabungkan K-pop dan gaya Malaysia pada 31 Ogos, jam 12 tengah hari.

Nikmati diskaun sehingga 20% untuk semua produk kecantikan #LoveforLocal dan diskaun sehingga 50% untuk barangan penjagaan kulit dan penjagaan diri sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, dapatkan mask kecantikan percuma dengan setiap pembelian dua produk, dan nikmati tawaran yang sama untuk aksesori kecantikan selagi stok masih ada.

“Manfaatkan kempen Hari Kebangsaan #LoveforLocal untuk tawaran terbaik dan temui jenama kecantikan terbaik Malaysia di stor kami, dalam talian, atau di acara atrium kami,” jelas Anna mengakhiri.


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY

#guardianMy
#guardianMalaysia
#LoveforLocal