Tuesday, March 26, 2024

Kediaman Tepi Tasik ‘BAYU SUTERA’ Bercirikan SMART HOME Di SEREMBAN

Hi Korang,

Seperti sedia maklum perumahan di Bandar Sri Sendayan merupakan sebuah perbandaran premium yang terletak di Lingkaran Lembah Klang Besar di Seremban Barat.


Yang terbaru adalah perumahan Izara @ Bayu Sutera yang mana ianya adalah berstatus hartanah milik bebas yang berkeluasan saiz lot 20’ x 70’ (lot tengah) dan binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan). Rumah Teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dan bercirikan pagar keselamatan tinggi serta pos pengawal.


Mempunyai ruang tamu yang serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik air yang berciri mewah.


Yang penting setiap rumah di perumahan Izara @ Bayu Sutera dilengkapi dengan ciri rumah pintar seperti ciri kunci digital, modul pencahayaan, blaster IR penyaman udara dan kawalan suara.

Harga bermula daripada RM553,xxx


Kemudahan tersendiri di dalam perumahan Izara, Bayu Sutera adalah seperti taman tasik seluas 3 ekar dengan kemudahan seperti laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain lagi dan para penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan pelbagai lagi.


Pelbagai jenis kemudahan lain yang di sediakan di dalam kawasan kejiranan ini seperti sekitar seperti berikut :

d’Tempat Country Club


Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma di kelab ini. Di antara kemudahan lain yang terdapat di kelab ini adalah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe

Matrix Global Schools

Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing. 


Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

X-Park



Merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat latihan golf

Sendayan Merchant Square

Terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti dan didatangkan dengan tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan


Untuk perhatian korang yang fasa sebelumnya di mana ia dijual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat adalah bukti bahawa produknya diterima dengan baik.

Dan kini juga pihak Matrix Concept menawarkan promosi ‘Gempak Raya Bonanza’ yang mana pemilik rumah untuk membeli rumah dalam tempoh kempen berhak mendapat rebat tambahan RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000


Ingin dapatkan info lanjut mengenai Bayu Sutera ini boleh layari ke http://izara2.bayusutera.com atau hubungi Matrix Concepts 1-800-88-2688

Boleh klik ke sosial media seperti berikut:

Instagram @matrix_concepts

Facebook @matrixconceptshomes

#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan 
#LakeSideResidences #SmartHome 
#GempakRayaBonanza #BSSDevelopment

Monday, March 25, 2024

Alami Keriangan Raya Bersama Dengan Guardian

Hi Korang,

Hari Raya ini, rasai kenyamanan kebersamaan keluarga dengan sokongan guardian.


"Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan. guardian sentiasa berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah,” kata Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.


Berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, Priscilla menambah “Seperti tajuk kempen Raya kami, guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya.”

“Guardian ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat,” tegas Priscilla.




Bersempena dengan kempen ‘Raya Untuk Semua’ guardian, sebuah video muzik Raya telah dilancarkan di Youtube. Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama sepeti Hari Raya. Menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut, watak-watak utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi. Lagu rancak dengan irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April.

Video tersebut memaparkan bagaimana guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.




Oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media, pempengaruh dan tetamu pada majlis pelancaran itu telah dijemput untuk mengambil hadiah Raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.


Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ telah diagihkan sebagai hadiah kepada para tetamu yang hadir. Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Hari Wanita Sedunia guardian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak autism dengan penuh keanggunan.

Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua.

Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti:

· Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.

· Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan Kelengkapan Mandian Bayi.

· Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.

· Sampul Duit Raya guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.

· Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.



Priscilla menyimpulkan:

“Kami sangat teruja untuk menyambut Raya bersama anda dan keluarga, malah dengan semua orang. Sentiasa ingat, guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, keperluan, umur atau jantina anda, guardian Ialah jenama yang pasti memenuhi semua keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan seisi keluarga. Kami sentiasa disini untuk anda.”


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY

#guardianMYApp
#guardianMy

Sunday, March 24, 2024

LARRIE PERKENAL KOLEKSI TERBARU HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Hi Korang,

Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024. Untuk koleksi kali ini, Larrie membawakan konsep elegan, moden dan santai dengan menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu. 


Semua warna versatil ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri akan datang. Koleksi ini merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza. 


Terdiri daripada tema formal hingga untuk tampil lebih santai, koleksi yang pelbagai ini sesuai untuk digayakan pada sepanjang musim perayaan ini. Menariknya lagi, pelanggan akan menerima beg tote Larrie secara percuma dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie.

Larrie For Him


Untuk koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. 


Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan elegan apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya, manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai.


Larrie For Her



Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta mereka yang cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk mereka. Menariknya, Larrie menampilkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. 


Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara. Harga bermula dari RM49.00 hingga RM 179.00. 

Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, log masuk ke http://www.facebook.com/larrie78 atau layari www.larrieshoes.com.