Friday, July 21, 2023

Pemilihan INSOLE Yang Bersesuaian Bagus Untuk Kesihatan Kaki

Hi Korang,

Seriously kasut memang jadi kegemaran kak lily untuk di beli setiap bulan, bukan kerana cantik tapi keselesaan yang kak lily cari.


LARRIE, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka.






Seperti sedia maklum, pemakaian kasut yang selesa adalah penting untuk penjagaan kaki pada jangka masa yang panjang. Secara umumnya, antara kebaikan pemakaian insole yang bersesuai dengan kaki kita adalah seperti mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan kita serta menyelaraskan semula kaki anda jika overpronate (roll in) atau supinate (roll out).

Melihat kepada berapa pentingnya insole kasut kepada pengguna, LARRIE telah mengeluarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki mahupun wanita.


Menurut Lenson Chong, selaku Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd berkata "Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fashion, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka. Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan"

Dr Alstoon memberikan penerangan mengenai penyakit-penyakit kaki masa kini

Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yan selesa dan berterusan. 

Rebound Foam Foodbed untuk lelaki ini juga dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa. Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokomg pemakaian sepanjang hari, LARRIE Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan. Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.

Untuk para wanita pula, LARRIE mereka LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles. Selain ianya anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free-size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut size kaki sendiri dengan mudah. 


Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki kita. Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.



Kedua-kedua LARRIE insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik LARRIE atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00

Untuk info lanjut, boleh check it out sosial media Larrie Shoes :



Wednesday, July 19, 2023

KYUT SKIN - Merevolusikan Penjagaan Kulit Dengan Penyelesaian Inovatif Berdasarkan Di Sebalik Stik Pelindung Matahari Pertama Malaysia

Hi Korang,

Kita sebagai wanita tidak lari daripada rutin penjagaan kulit muka, tidak kira berapa lapisan produk yang di sapukan di muka tetap tidak sama kesannya tanpa krim pelindung matahari.


Dalam dunia di mana rutin penjagaan kulit semakin kompleks dan memakan masa, Kyut Skin muncul sebagai nafas segar dengan rangkaian produk inovatif yang mengutamakan kemudahan tanpa mengorbankan keberkesanan. Diasaskan bersama oleh pasangan adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah (NINICOMEI) artikel ini menceritakan lebih lanjut mengenai inspirasi mereka, proses formulasi produk yang unik, dan visi mereka untuk masa hadapan.


Kisah di sebalik penubuhan Kyut Skin ini bertitik tolak daripada pengalaman peribadi dan keinginan untuk mencipta penyelesaian bagi masalah yang sering terjadi dalam proses penjagaan kulit. Minat mendalam Fathin dan Nini dalam industri penjagaan kulit dan melancong membuka mata mereka terhadap pelbagai amalan penjagaan kulit di seluruh dunia. Bagaimanapun, masalah kulit yang dilalui oleh keluarga mereka sendiri telah menjadi pencetus kepada idea untuk membangunkan produk utama Kyut Skin, stick pelindung matahari yang mudah digunakan.


Pada tahun 2019, ibu kepada dua beradik tersebut mengambil bahagian dalam misi sukarelawan ke Pakistan tetapi mendapati agak sukar untuk mengaplikasikan semula pelindung matahari ketika perjalanan yang sibuk. Akibatnya, kulit mukanya mengalami kesan selaran matahari yang teruk sejurus pulang ke Malaysia. Situasi yang dialami ibu mereka itu telah mengilhamkan Fathin dan Nini untuk mencipta produk yang mudah, senang untuk digunakan, dan berkesan bagi menyelesaikan masalah penjagaan kulit buat orang yang sentiasa sibuk. Justeru, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah tetapi inovatif bagi keperluan penjagaan kulit harian.

Antara perkara yang membezakan Kyut Skin daripada jenama tempatan lain adalah pendekatan teliti mereka terhadap formulasi produk. Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam formulasi penjagaan kulit sebelum ini, para pengasas Kyut Skin ini telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran. Mereka bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih, bagi memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi.


Perjalanan Kyut Skin bermula dengan pembangunan stick pelindung matahari mereka, proses yang mengambil masa kira-kira dua tahun dimana telah ditangguhkan oleh pandemik yang melanda seluruh dunia. Namun, pencipta- penciptanya kekal teguh dalam usaha mereka untuk mencapai kesempurnaan dan enggan mengeluarkan produk sehingga mereka berpuas hati sepenuhnya dengan formulasi yang terbaik buat produk mereka. Komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan yang teliti telah dijalankan untuk semua produk mereka, dalam memastikan setiap ciptaan Kyut Skin memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut.

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kyut Skin dipilih dengan teliti untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit. Sebagai contoh, stick pelindung matahari mengandungi Minyak Jojoba yang membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah jangkitan bakteria serta pembentukan jerawat. Minyak Biji Bunga Matahari, kaya dengan Asid Linoleik, juga merupakan bahan utama yang mengurangkan kehilangan air kulit. Minyak Rosehip, yang kaya dengan Vitamin A dan E, merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan keradangan, dan melawan jerawat.

Salah satu aspek yang paling mengagumkan dalam perjalanan Kyut Skin adalah komitmen mereka terhadap ketelusan dan ujian yang ketat. Sebelum melancarkan produk mereka, jenama ini menjalankan ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi, dan ujian kestabilan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk mereka.



Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023. 

Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, ini telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, mengurangkan jerawat, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.




Melihat ke hadapan, Kyut Skin ingin membina kepercayaan orang ramai terhadap jenama berkenaan dan mampu mencapai kejayaan yang konsisten, serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang tetap relevan dan menanam keyakinan dalam pengguna mereka. Jenama Kyut Skin kini aktif memperluaskan rangkaian produknya, dengan beberapa formulasi sedang dalam pembangunan, di mana mereka menjanjikan manfaat dan kemudahan yang lebih banyak kepada peminat penjagaan kulit.

Dalam mempromosikan produk mereka, Kyut Skin mengambil pendekatan pemasaran strategik yang melibatkan media sosial dan kerjasama dengan pempengaruh media sosial. Produk ini mensasarkan golongan lelaki dan wanita bandar yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan pantas. Objektif Kyut Skin adalah untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan mudah digunakan oleh golongan sasar berkenaan, walaupun ketika bercuti atau melancong.

Seperti mana-mana perniagaan lain, Kyut Skin juga menghadapi cabaran semasa peringkat pembangunan dan pemasaran. Dalam usaha untuk memperkenalkan jenama dan produk penjagaan kulit yang baru dan unik kepada pasaran Malaysia, memerlukan masa dan komitmen untuk mendidik pengguna tentang kegunaan dan manfaat produk mereka. Untuk mengatasi cabaran ini, Kyut Skin menggunakan strategi pemasaran kreatif dan luar biasa untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk pemahaman pelanggan-pelanggan potensinya.


Bagi para usahawan yang ingin memasuki industri penjagaan kulit, para pengasas Kyut Skin ini menawarkan nasihat yang berharga. Mereka menekankan kepentingan mendapatkan pengetahuan, bersikap terbuka untuk belajar dan beradaptasi, serta melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit inovatif. Dengan memberikan keutamaan kepada elemen-elemen ini, usahawan dapat mencipta penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan memberikan transformasi yang nyata kepada keperluan pengguna mereka.

Ketelusan dan kepercayaan pengguna adalah aspek penting bagi Kyut Skin. Jenama ini berusaha mencapainya dengan mempertontonkan makmal pengeluaran dan penyelidikan mereka, menyediakan kandungan pendidikan, dan menjaga komunikasi terbuka dengan pengguna mereka. Dengan membina tahap kepercayaan ini, Kyut Skin bertujuan untuk mencipta pangkalan pelanggan yang setia dan percaya kepada komitmen jenama ini terhadap kecemerlangan.


Selain daripada produk penjagaan kulit mereka, Fathin dan Fathini turut berkongsi beberapa petua penting untuk memastikan penjagaan kulit yang berkesan. Mereka menekankan kepentingan menjaga hidrasi, mendapatkan cukup tidur, dan mengelakkan stres, dengan pesanan bahawa penjagaan kulit berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan.

Para pengasas produk Kyut Skin ini menggalakkan orang ramai untuk turut serta bersama mereka perjalanan perjalanan ini. Kyut Skin membuka peluang kepada lelaki dan wanita yang berminat untuk menyertai permulaan mereka (program penjual semula) jenama itu, yang menawarkan peluang untuk memulakan kerjaya keusahawanan.

Komitmen jenama tersebut terhadap inovasi, penggunaan yang mudah, dan keberkesanan telah memperkenalkan nama Kyut Skin dalam pasaran produk penjagaan kulit. Dalam usaha mereka untuk memperluaskan rangkaian produk dan memenangi kepercayaan pengguna, jenama peneraju ini berusaha merevolusikan pendekatan kita terhadap penjagaan kulit, dengan lebih banyak produk yang berinovasi di masa hadapan.


Untuk info lanjut mengenai Kyut Skin, meh check out di sosial media berikut :

Official Website : https://www.kyutskin.com/



Sunday, July 16, 2023

ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023 Himpun Kereta & Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

Hi Korang,

Weekend lepas memang best betol hah..


Sebab kak lily berkesempatan ke ART Day 2023 di Sepang International Circuit



Sebuah acara sukan automotif, ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U-Supercars, menampilkan Utama Motors sebagai penaja utama, telah dihadiri lebih 5 ribu pengunjung yang memenuhi kawasan pit bagi menyaksikan dengan dekat himpunan pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi.



ART Day 2023 telah dibuka dengan majlis pelancaran Kelab U-Supercars dan Kelab PEKEMA Auto, yang disaksikan para jemputan khas, barisan media elektronik dan media cetak, pempengaruh (influencer), blogger dan peserta-peserta perarakan kereta dan motor berkuasa tinggi di Kelab Paddock Selatan, Litar Antarabangsa Sepang.




Majlis pelancaran telah menyaksikan Pengarah Urusan Utama Motors, yang juga merupakan penaung Kelab U-Supercars, Dato Marof Khan Mohamed Idris dan Dato’ Haji Mohamed Nazari Noordin, selaku Pemangku Presiden, Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), memotong reben sebagai simbolik rasminya penubuhan kedua-dua kelab automotif tersebut.

Dalam ucapannya, Dato’ Marof Khan memberitahu tujuan utama penubuhan Kelab U-Supercars adalah untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki dalam industri automotif, melalui program sosial dan riadah yang berfaedah kepada masyarakat, selain menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Kelab U-Supercars melalui aktiviti seperti konvoi, pameran kereta dan sebagainya.

Dato’ Marof Khan menzahirkan penghargaan kerana penubuhan Kelab U-Supercars milik Utama Motors itu telah mendapat sokongan daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), sekaligus diberi penghormatan untuk merasmikan kelab tersebut dengan PEKEMA Auto Club.

Menurut Datuk Haji Mohamed Nazari Noordin, pelancaran PEKEMA Auto Club adalah penjenamaan semula daripada kelab yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMA Riders Club, dengan tujuan untuk memperluaskan keahlian kelab bukan sahaja kepada motosikal malah kepada kereta. Dalam usaha untuk menggalakan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan masyarakat, Datuk Haji Mohamed Nazari berharap dengan penubuhan PEKEMA Auto Club, dapat memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli kelab tentang teknologi kenderaan elektrik.

“Perhimpunan seperti ART Day 2023 ini menjadi landasan untuk mengukuhkan ukhwah, perpaduan dan keharmonian di kalangan ahli-ahli komuniti kelab automotif. Semoga lebih banyak program sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada peminat-peminat kereta berkongsi minat dan bertukar pendapat di samping merasai pengalaman memandu dalam suasana trak bertaraf antarabangsa yang lebih selamat berbanding di jalan raya,” ujar Datuk Haji Mohamed Nazari.



ART Day 2023 telah diiktiraf Malaysia Book of Records kerana telah berjaya menganjurkan perarakan secara serentak yang terdiri daripada 650 buah kereta berkuasa tinggi dan kereta sport serta 312 motor Harley Davidson yang hadir daripada seluruh negara termasuklah negara jiran, Singapura. Sokongan daripada kelab-kelab automotif seperti Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club dan Majlis Belia Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut menjadi sebuah perhimpunan automotif kebangsaan yang terbesar. Turut sama berkongsi pengalaman menyertai perarakan terbesar itu adalah beberapa orang selebriti tanah air, antaranya Dato AC Mizal, Roy Azman dan Shamsul Ghau-Ghau.






ART Day 2023 telah berjaya mendapat sokongan pemain-pemain industri automotif tempatan antaranya SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, KOPETRO Retail dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi. Selain Utama Motors, turut tampil sebagai penaja adalah Aeon Big, Liberty Insurance, EZCare Warranty, Smart Warranty, APEG Warranty, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services.

Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, pengunjung-pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan tanpa henti selama 4 jam oleh Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz yang dihoskan oleh penghibur Hilmi Gimik dan Acad Raja Lawak.

Untuk melihat gambar-gambar dan video-video sekitar kemeriahan ART Day 2023, ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_