Sunday, February 12, 2023

Nikmati 80 Jenis Hidangan Sempena Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong

Hi Korang,

Semoga tahun ini kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnya. Tinggalkan segala memori yang berbekas di hati kita, keep on & moving forward dan teruslah mencipta kenangan kenangan yang indah untuk kita nikmati di hari yang mendatang. 


Dua tahun ini kita seolah olah sedang berlari dan tiba tiba dunia berhenti seketika ketika COVID-19 datang melanda ke seluruh dunia. Ramai diantara kita yang kehilangan insan insan tersayang,ikatan yang erat terlerai terputus saat jasad di letakan di liang lahad untuk bertemu dengan sang pencipta.


Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong

Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.


Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.






Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda WAJIB cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti :

- LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'

- SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar

- Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung

Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.



Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadan Puchong - Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :

Early Bird - Sehingga 25 Mac 2023 (Valid for online payment only)

Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

Harga Super Duper Special Untuk Early Bird (Sehingga 23 Mac 2023)

Dewasa (Seorang) - RM69 (Seorang) - Jika pembelian lebih 1 pax.
Dewasa (Seorang) - RM89 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM59 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59 (Seorang)

1 Meja (10 Pax) - RM690



Info Cabutan Bertuah

Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, anda berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi.

Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan

Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini (https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022) atau sila hubungi:

Zuraini - 0163111074

Liana - 016-4318434

Shaidatul - 0166700473

Kak Lin - 0166700752

Ayuh kite ker :


Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

Website

Facebook

Instagram

Tuesday, February 7, 2023

Astro Raikan Pembukaan Antara Experience Store Perdana Yang Terbesar

Hi Korang,

Astro meraikan pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini. Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro.

Euan Smith, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata: “Kami amat bergembira dengan pembukaan Astro Experience Store yang kedua di Kuala Lumpur. Kami telah membuka kedai pertama kami di Pulau Pinang dan berjaya menarik minat di kalangan ramai pelanggan. Kami berhasrat untuk menguatkan lagi pengalaman Astro di kalangan para pelanggan kami dan menunjukkan pelbagai tawaran terkini dan terbaik daripada Astro. Para pelanggan boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV kami, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’.”


Pembukaan secara besar-besaran ini dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat, penampilan maskot-maskot kesayangan, sesi bertemu peminat bersama para pelakon Projek: High Council serta banyak lagi aktiviti menarik. Para pelanggan berpeluang untuk membeli TV 4K atau komputer riba Levono hanya pada RM1 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro. Pada masa yang sama, para pelanggan Astro boleh menunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di kedai kami.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan yang mengasyikkan menerusi tawaran-tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO, di mana anda boleh strim siri drama terkini Projek: High Council, siri animasi televisyen Transformers: EarthSpark dan acara bersiaran secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris tanpa gangguan cuaca. Tambahan pula, anda tidak perlu risau mengenai siaran rancangan yang berulang kerana anda boleh mengakses pelbagai kandungan seperti adaptasi permainan video The Last of Us di HBO GO; drama polis tempatan Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar; thriller sains fiksyen Jung E menerusi Netflix; Ligue 1, La Liga dan Australia Open Tennis di beIN SPORTS CONNECT; drama TVB Treasure of Destiny melalui TVBAnywhere+; C-drama Unchained Love di iQIYI serta The Great British Bake Off di BBC Player.

Astro Experience Store berada di tingkat tiga, IOI City Mall dan menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba kesemua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’. Tambahan pula, para pelanggan boleh bertanya mengenai promosi terkini, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan banyak lagi. Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah:

        Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies.

        Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Friday, February 3, 2023

GUARDIAN Perkenal Karakter Bunny Digital Dan Lancar Promosi MIX AND MATCH Dengan Penjimatan 60% Untuk Pelanggan Buat Kali Pertama

Hi Korang,

Guardian hari ini melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya, yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata; “Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian.

“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran.

Promosi ini bermula pada 1 Februari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023, jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Guardian.




Sempat jugak hari tuh kak lily dan rakan-rakan lain membeli belah 'shopping spree' di outlet Guardian Sunway Piramid ini. Grab apa je berpatutan kan, sebab nak cepat hehehehe. Seriously betul-betul murah hah dengan adanya promosi Mix and Match ini.

Sempena dengan Tahun Arnab, Guardian turut memperkenalkan karakter digital, Guardian Bunny Twin baharu yang dikenali sebagai Pom Pom dan Bun Nee.


Teo berkata: “Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.

“Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik. “Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!”


Apa lagi haruslah bergambar dengan diorang yang comel ni kan hehehehhe


#guardianmy
#guardianmixNmatch