Sunday, October 30, 2022

Cawangan ArRahnukita Pertama Kini Dibuka | Karnival Jualan dan Sambutan Ulangtahun 42 tahun KOPETRO

Hi Korang,

Ar Rahnu, dikenali jugak sebagai Ar Rahn, adalah pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar jangka pendek. Pembangunan Ar Rahnu kat Malaysia telah memberi perkhidmatan pajak gadai alternatif bagi peminjam yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.


Makan berlangsungnya perasmian cawangan pertama ArRahnukita yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai Sg Besi Kuala Lumpur. Ini merupakan cawangan ArRahnukita yang pertama dibuka dan ianya dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO).


Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan baharu yang diusahakan oleh KOPETRO ini adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Majlis yang cukup meriah ini turut dihadiri 200 pengunjung termasuklah peniaga-peniaga serta masyarakat setempat, wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga serta wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada sekitar kawasan Lembah Klang.

Perasmian ArRahnukita Cawangan Pertama

Istimewa buat Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita ada menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000.



Perkhidmatan ArRahnuKita juga dibuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa mehupun kewarganegaraan. Bahkan atas sambutan yang cukup memberangsanngkan sejak mula beroperasi, ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000. Ini terutama buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai segera dengan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

Sambutan Ulangtahun KOPETRO Yang ke 42

Bersempena dengan pelancaran cawangan pertama ArRahnukita turut diadakan sambutan KOPETRO yang ke 42 tahun. 




Satu pencapaian yang cukup megangumkan kerana 42 tahun KOPETRO ditubuhkan dan kini mengorak satu tapak lagi ke hadapan dengan membuka perniagaan ArRahnuKita.

Karnival Jualan

Turut diadakan Karnival Jualan bagi menyemarakkan lagi sambutan serta meraikan tetamu serta pelanggan yang hadir, Amtara aktiviti menarik yang menanti di Karnival Jualan ini termasuklah :-

· Ujian dan cucian emas secara PERCUMA

· Jualam produk-produk KOPETRO seperti LengQuas, minyak pelincir PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan dari KOPETRO Travel.







100 pengunjung pertama akan diberikan beg cenderahati dan 20 penggadai pada hari pembukaan turut dihadiahkan dengan barangan ArRahnuKita.

ArRahnuKita akan membuka 3 lagi cawangan pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam sebagai kawasan pilihan

Moga dengan penubuhan ArRahnukita ini dapat menjadi contoh kepada perkhidmatan pajak gadai yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang bukan sahaja dapat membantu mereka yang mengalami masalah kewangan bahkan mesra pelanggan.

Untuk info lanjut mengenai ArRahnukita boleh layari sosial media @ArRahnukita di Facebook ataupun Instagram. Boleh juga menghubungi di talian 03-90559839 untuk sebarang pertanyaan.


Friday, October 28, 2022

KAJIMA, Single Meer Nash Terbaru Ditujukan Khas Buat Kekasih

Hi Korang,

Mesti korang ingat filem anima jepun bila dengar KAJIMA ni kan!!!

Oh tidak yer… meh sini kak lily story-story kat korang hah.


Mendapat jolokan sebagai Oppa Malay dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYV) 2022, Meer Nash kini semakin dikenali dikalangan peminat muzik Malaysia. Baru berusia 27 tahun Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kini kembali dengan single terbarunya yang berjudul KAJIMA.


Single KAJIMA ini turut mendapat sentuhan daripada Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan ASHRAF NASIR.

Menurut penulis lagu Saranghae ini, lagu KAJIMA ini ditujukan khas buat kekasihnya yang menyebabkan belia sukar untuk 'move on' dan mengambil masa 2 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya itu.




Lagu yang mendapat suntikan elemen filem seram KNN, rap dan puisi kanak-kanak dan digabungkan dengan lenggok gaya tarian Korea bagai melepaskan kemarahan. Biarpun begitu lagu ini sebenarnya ada pengajaran tersendiri untuk kita tidak terus mengikut perasaan. Bahkan belajar bangkit untuk menjalani hidup yang lebih baik.

Oh ya! Lagu Kajima ini menampilkan MFMF selaku penerbit dan diterbitkan secara rasmi oleh Universal Music Malaysia. Boleh tonton di pautan atas.

Single KAJIMA ini boleh didengari dari semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Koox, KBox, Deezer dan Youtube Music dan ianya sudah dilancarkan sejak 9 September 2022 yang lepas.

 

Bagi muzik video lagu ini, sememangnya unik dan korang kena tonton sendiri di youtube. Dari sini kita nampak betapa bermaknanya lagu ini buat Meer Nash.

Korang kena dengar lagu KAJIMA nyanyian Meer Nash. Rentak dan melodi agak unik dan catchy.

Siapa sangka ianya mempunyai maksud tersirat yang begitu mendalam.


Check it out, sosial media Meer Nash di https://www.instagram.com/meernash/ 




Thursday, October 27, 2022

Jadikan Setiap Detik Diraikan Sebagai “Masa untuk Tony Roma’s”!

Hi Korang,

Citer makan-makan sedap lagikkk

Yeahhh I like!!


Tony Roma’s menjemput semua pelanggannya untuk meraikan setiap detik manis bersama yang tersayang dengan tawaran hidangan tulang rusuk istimewa, stik lembut dan makanan laut yang lazat. Restoran mesra keluarga itu berhasrat untuk menjadikan saat-saat istimewa – tidak kira besar atau kecil - Masa untuk Tony Roma's, tempat yang sempurna untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang asli, dalam meraikan detik manis bersama.

Tahun ini adalah titik penting buat Tony Roma's sempena ulang tahunnya yang ke-50. Pada 20 Januari 1972, bapa pengasas syarikat ini, Tony Roma membuka restoran utamanya di Miami Utara, Florida. Restoran itu dengan pantas menjadi salah satu restoran paling popular di Miami dengan pengikutnya tersendiri dalam pasaran.


Di Malaysia, Tony Roma’s telah membuka pintunya buat pertama kali pada tahun 2006 di Sunway Pyramid. Sejak itu, ia telah berjaya menawan hati pengunjung Malaysia dengan tawaran yang lazat dan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Kini, terdapat sembilan cawangan Tony Roma’s di seluruh negara.


“Kami inginkan Tony Roma’s supaya terus berada di minda pelanggan kami sebagai tempat untuk mereka menjamu selera dan meraikan detik-detik istimewa, tidak kira sempena ulang tahun dan hari lahir, mahupun untuk ‘kemenangan’ kecil dalam kehidupan seperti berpindah ke rumah baharu atau ‘kejayaan’ sempena genap seminggu berada di kolej! Kami berharap setiap detik istimewa dalam hidup anda akan menjadi Masa Untuk Tony Roma’s. Seronok rasanya membawa yang tersayang ke tempat yang sempurna untuk menikmati tulang rusuk legenda Tony Roma’s, hidangan yang lazat dan banyak lagi,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd.

MENU AKHIR TAHUN TONY ROMA’S

Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-50 dan demi menawarkan pelanggan lebih banyak pilihan hidangan yang menyelerakan, Tony Roma’s telah melancarkan menu istimewa akhir tahun yang lazat lagi menggiurkan. Menu perayaan ini dipilih oleh Duta Jenama dan Chef Selebritinya, Dato’ Fazley Yaakob, dan dengan kerjasama Coca-Cola. 


Daripada tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehinggalah minuman unik menyegarkan, menu akhir tahun ini akan menghidangkan rasa tersendiri ke meja santapan buat pengunjung – malah menu ini sendiri pun layak menjadi sebab yang istimewa untuk diraikan!

Menu akhir tahun Tony Roma’s membawa kelainan yang berbeza dengan menggandingkan minuman cola dengan tulang rusuknya yang pedas dan berperisa. 


Untuk Cola Sauce Australian Beef Ribs (RM RM93.90), pengunjung boleh menikmati tulang rusuk daging lembu lembut yang diperap dan direneh dalam cola untuk rasa yang bukan sahaja manis namun juga berperisa daging. Ini dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan, brokoli dan jagung. Ia juga dilengkapi dengan minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma.


Sementara itu, Oven Prepared Ribs (RM259.90) menawarkan sedikit kelainan daripada tulang rusuk Tony Roma’s yang terkenal, di mana kepingan rusuk daging lembu yang enak dilayur dengan mentega herba istimewa Tony Roma’s dan kemudian dimasak perlahan di dalam ketuhar sehingga daging cukup lembut sehingga boleh tertanggal dari tulang! Ia juga disediakan dengan hidangan sampingan jagung dan brokoli yang dipanggang, menjadikannya hidangan yang sesuai untuk dikongsi bersama. Hidangan lazat ini boleh didapati dari 21 November 2022 hingga 2 Januari 2023.

Chef Yaakob mempamerkan kreativiti masakannya dengan membawa kelainan unik kepada hidangan pembuka selera Onion Loaf yang terkenal di seluruh dunia. 


Menu akhir tahun Onion Loaf with Cola Dip (RM23) menampilkan bawang Sepanyol, digolek dalam tepung roti dan digoreng, dihidangkan dengan sos yang diadun dengan sos mayo BBQ yang digandingkan cola untuk rasa yang tersendiri. Semestinya, wajib cuba untuk sesuatu yang berbeza!


Untuk menyempurnakan hidangan ini, Coca-Cola Float (RM11.90) menjadi minuman hebat untuk menemani keenakan rasa ini – segelas minuman bergas yang dihidangkan dengan secedok ais krim vanilla. 


Manakala Frosted Coca-Cola (RM11.90) yang dihidangkan dalam gelas mug sejuk beku akan mengimbangi segala kenikmatan perisa, dalam setiap tegukan yang menyegarkan.

Memeriahkan lagi pilihan hidangan yang digemari ramai di Tony Roma’s, menu akhir tahun ini akan tersedia di semua cawangan Tony Roma’s dari 1 November 2022 hingga 2 Januari 2023, memberikan pelanggan lebih tarikan untuk datang berkunjung dan menikmati makanan yang lazat, sekaligus meraikan detik yang indah bersama yang tersayang.


Tony Roma’s Pavilion KL juga telah disahkan halal oleh JAKIM pada tahun ini. Cawangan lain kini berada dalam perancangan untuk menerima pensijilan halal secara berperingkat.

Ayuh raikan saat-saat manis di mana-mana restoran Tony Roma’s untuk mencuba menu akhir tahun baharu yang bakal mencuri hati anda! Penghantaran makanan juga disediakan di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood, serta boleh dibungkus untuk dibawa pulang tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my.


Check it out, social media Tony Roma's yer


#timefortr