Wednesday, January 12, 2022

UIAM BANGUNKAN APLIKASI E-SCROLL - PENGESAHAN IJAZAH KE-2

Hi Korang,

Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Platform aplikasi E-Skrol anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mana ianya menggunakan teknologi blockchain yang akan digunakan oleh para graduan UIAM dan majlis ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi



Aplikasi ini dibangunkan oleh IIUM Advanced Technologies Sdn. Bhd. (IAT), iaitu salah sebuah anak syarikat UIAM yang pakar dalam pembangunan teknologi. E-Skrol ini dibangunkan bagi mengatasi masalah ijazah palsu yang mana aplikasi ini memudahkan proses pengesahan ijazah yang sebelum ini dilakukan secara manual.

Ia dibangunkan berdasarkan teknologi blockchain, platform ini menyimpan, mengesah dan memaparkan maklumat ijazah yang boleh dicapai melalui aplikasi web di seluruh dunia secara pantas, telus tanpa sebarang gangguan.

November 2018 yang lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menubuhkan sebuah konsortium yang terdiri daripada universiti-universiti awam yang diketuai oleh UIAM melalui IAT bekerja sama dengan pembangun perisian blok rantai NEM, telah berjaya melancarkan aplikasi e-skrol pertama di Malaysia pada September 2019.


Untuk aplikasi yang kedua ini, banyak penambahbaikan yang telah dijalankan dan ianya berbeza dengan aplikasi yang terdahul. Platform E-Skrol ini dibangunkan sepenuhnya oleh IAT menggunakan blok rantaian Ethereum.

Projek ini akan dibiayai dengan geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Geran penyelidikan tersebut membolehkan penyelidik, inovator dan usahawan menguji produk dan perkhidmatan, dan seterusnya membawa produk ke pasaran.



Platform ini akan dipasarkan ke seluruh universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membolehkan graduan-graduan mereka mencapai maklumat ijazah mereka dengan pantas dan efisien.

Dalam perancangan di masa hadapan, aplikasi ini dirancang untuk diperluaskan bagi pengesahan akreditasi sijil Diploma, SPM, STPM dan Tahfiz di seluruh negara.

Selain itu sistem e-skrol ini seterusnya akan dibangunkan di platform Hyperledger dan ditambah dengan pelbagai fungsi seperti paparan transkrip akademik, pentauliahan mikro (microcredential) dan tokenisasi.

Selain dari itu, aplikasi ini juga akan menjadi satu aplikasi yang mampu berkomunikasi dengan pelbagai jenis platform rantaian blok. Ini bagi mencapai matlamat untuk bergerak ke arah platform blok rantaian bersekutu (Federated Blockchain).

Hadir sama pada majlis ini ialah Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan Universiti dan wakil dari Kementerian.

Tuesday, January 11, 2022

Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Yee Sang Dan Fatt Choy Feast Di Hotel Marriott Putrajaya

Hi Korang,

Tak lama lagi dalam kurang sebulan kita akan sambut pula Tahun Baharu Cina.

Cepat betul kalendar tahun 2022 ini yer, pejam celik pejam celik dah nak raya cina dah kan.


Restoran Cina Summer Palace, Hotel Marriott Putrajaya menyambut tahun baharu dengan hidangan istimewa daripada Chef Eksekutif James Chai Chuan Suing. Chef James dibesarkan dikelilingi oleh chef berbakat ibu bapanya yang penyayang yang berasal dari latar belakang yang sederhana. 


Mahir dengan masakan Hakka dan Teow Chew, Chef James meneruskan usaha menimba pengalaman dengan meneroka dari satu dapur Cina ke dapur lain dan telah memberi inspirasi untuk mencipta bahan tafsiran moden seperti kaviar, truffle dan foie gras kepada masakan tradisional Cina yang kini dikenali. sebagai masakan Cina moden.

Kali ini mereka membawakan "Fatt Choy Feast" istimewa Tahun Baru Cina dan Prosperity Yee Sang sepanjang musim perayaan. Makanan untuk tahun baru ini bermula dari 1 Januari hingga 15 Februari 2022. Korang boleh berkumpul bersama keluarga, rakan, rakan kongsi perniagaan atau rakan-rakan di syarikat korang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka selama setahun penuh untuk bersama-sama untuk menyokong dan bekerja keras untuk mengekalkan perhubungan dan kejayaan.


FATT CHOY FEAST



Fatt Choy Feast kali ini terdiri daripada tiga menu yang disediakan khas oleh Chef James; Golden Set, Diamond Set dan Jade Set untuk satu meja yang boleh muat dalam 10 orang. Setiap menu melambangkan intipati kesucian, kemakmuran, kebersamaan dan yang paling penting perpaduan. Tidak kira sama ada acara itu adalah untuk penutupan tahun atau pembukaan Tahun Baru Cina, yang paling penting ia adalah perayaan kerana semua orang berkumpul bersama.


Braised Assorted Mixes Dried Seafood, Fish Maw, Bamboo Pith in Superior Chicken Broth

Steamed Dragon Tiger Grouper with Chili Pickles Sauce

Steamed Baked Hong Kong Farm Chicken with Minced Ginger Sauce

Wok Fried Fresh Water Prawn with Salted Egg York

Braised Dried Oyster, Sea Cucumber, Sea Moss with Brown Sauce

Wok Fried Jasmine Rice with Diced Chicken Salted Egg

Chilled Lemon Sea Coconut with Lotus Seed

Deep Fried Rice Cracker Gold Cake with Purple Potato


Tiga set yang boleh dipilih mengikut selera korang dengan harga adalah seperti di bawah:

✅ Golden Set pada harga RM 2888 setiap meja untuk 10 orang

✅ Diamond Set pada harga RM 1988 setiap meja untuk 10 orang

✅ Jade Set pada harga RM 1788 setiap meja untuk 10 orang


Manakala Set Prosperity Yee Sang boleh didapati juga bermula dari 1 Januari hingga 15 Februari 2022 dijual dari harga RM 78 bersih dan terdapat dalam 2 saiz separuh bahagian atau bahagian penuh. Setiap set didatangkan dalam pembungkusan cantik yang boleh dibawa pulang atau dihantar kepada keluarga, rakan atau rakan kongsi perniagaan.



Macam yang ktorang makan ini adalah set “Abalone” Ear Fungus Yee Sang With Crispy Salmon Skin and Mixed Pickles dan sauce istimewa. Jarang-jarang dapat makan Yee Sang ni hanya setahun sekali sahaja dan juga ia hanya ada diraikan oleh kaum China di Malaysia sahaja tau.

Kak lily amat sukakannya kerana dalam satu hidangan Yee Sang semua ada lengkap dan juga sihat.

Cara nak makan??

Mudah bangatt!!





Kena gaul keseluruhannya. Semakin tinggi korang angkat, semakin tinggi hajat korang di tunaikan maka niatlah perkara baik-baik kemungkinan termakbul segala hajat untuk tahun baru ini.

Itu menurut kepercayaan orang Cina yang meraikan tahun baru.


Juga mereka akan mengadakan persembahan khas Lion Dance pada 8 Februari 2022 (Selasa) di lobby hotel bermula pada pukul 1.45pm. Semua tetamu dijemput hadir memeriahkan majlis persembahan tersebut. Kalau korang rasa nak bawa keluarga atau rakan-rakan untuk cuba juga set makanan Chinese ini boleh datang sini dengan buat tempahan awal.



Tel : +6038949 8888 samb.1333

WhatsApp : +60115685 5608 / +60115685 6380

Email : kulpg.fnb@marriott.com


Jom kita ke:

Putrajaya Marriott Hotel
IOI Resort City
Sepang Utara, 
62502 Malaysia

Phone: +60 3 89498888
Fax: +60 3 89498999
Sales: 603-8949 8888 ext 1332

Sunday, January 9, 2022

Lokasi Kedai Makan Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Selangor

Hi Korang,

Tahukah korang?


Menu nasi daun pisang ini sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British dahulu. Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat.

Di sini, pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lokasi di sekitar Negeri Selangor bagi anda mendapatkan sajian nasi daun pisang yang enak dan lazat!

1) Yap Kee Banana Leaf, Klang


Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang. Ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap!

2) Kanna Curry House, Petaling Jaya


Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House! Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi!

3) Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya


Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Ianya turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi!

4) Laxmi’z Kitchen, Rawang


Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam? Jika ya, di sini lah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang!

5) Acha Curry House, Petaling Jaya


Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini!

6) Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan


Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu thosai yang juga terkenal di restoran ini.

7) Macha & Co, The Curve


Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat. Resepi yang digunakan adalah resipi turun-temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat!

Pasti hidangan nasi daun pisang ini membuat anda terliur, bukan? 

Tunggu apa lagi? 

Ajak kawan-kawan atau keluarga anda untuk Pusing Selangor Dulu” bagi menikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas.

Ketahuilah bahawa nasi daun pisang ini adalah antara hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa!

Namun, adalah diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.