Saturday, February 6, 2021

NESTLÉ LACTOGROW® Aktif - A Growing-up Milk Formulated To Help Children Achieve More Growth With More Calcium*

Hi Everyone,

Recently I attended a virtual Facebook Live Launch of NESTLÉ LACTOGROW® Aktif

What is NESTLÉ LACTOGROW® Aktif?

Here's the details for you


Nestlé today unveiled its specially formulated growing up milk – NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, during a live virtual event, providing Malaysian parents with a tailored nutrition option to help their children achieve optimum growth at each stage. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif will replace NESTLÉ LACTOKID® through the coming months.



NESTLÉ LACTOKID® first launched in November 2014, providing a formulated milk powder with high calcium for children to help them stay nourished and support their growth throughout their developing years. Now, with an all-new look under NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, this formulated milk powder provides the same goodness in nutritional values as before. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif is formulated for children 1 to 6 years old and contains higher calcium compared to other key brands** in the market, as well as DHA and 18 important vitamins and minerals to support the optimal growth of a child.

The live launch event saw several fun interactive sessions that helped viewers understand more about child growth while a virtual discussion took place to debunk height myths in children to help parents understand the importance of calcium, vitamin D and other important nutrients for the growth of their little ones.

Juan Aranols, Chief Executive Officer of Nestlé (Malaysia) Berhad said: “We want to help children reach their full potential and this requires addressing stunting, as 1 out of 5 children is not getting enough nutrition to ensure their full physical and intellectual development***. We want to share learnings on the importance of nutrition and the role of nutrients like calcium in children’s development, as well as how NESTLÉ LACTOGROW® Aktif can help support a child’s optimal growth."

Jasmin Estacio, Business Manager of NESTLÉ Nutrition Malaysia said: “A healthy development during early childhood equates to better physical health and positive well-being for the next few years of a child’s life and beyond. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif would like to support parents with a product that complements their everyday efforts to provide the best for their children during this important stage in life. We hope to continue supporting parents to learn more about the importance of nutrition, especially calcium, to support their child’s growth!”



The abundance of information available today might make parents feel overwhelmed of the right way to help their children grow. There are also many myths on increasing a child’s height commonly shared amongst Malaysian parents, such as playing basketball and hanging from monkey bars, which makes the challenge even greater to ensure their children are on track to achieve growth milestones for their age.

One more info that I would like to share is : here is the tips on how to choose formula milk wisely 

To help parents tackle this issue, Nestlé invited Professor Dr. Norimah binti A. Karim, Professor in Nutrition, Department of Nutrition and Dietetics at International Medical University to share her thoughts about “Debunking Growth Myths Among Children” during the virtual event. The discussion revolved around the rising issues affecting growth amongst children, with Professor Norimah weighing in on debunking popular growth myths and shared ways parents can ensure their children take in adequate nutrition daily to achieve optimum growth during their formative years.

“When raising children, parents need to understand that a balanced diet is important to ensure that they can develop to their fullest potential. The prevalence of stunting in children is primarily due to malnourishment — a lack of balanced nutrition in their everyday diet. Amongst various nutrients, insufficient calcium intake is one of the major issues faced by Malaysian children, and this plays an important role in determining their overall growth,” said Professor Dr. Norimah.

Based on a survey done from 9 to 22 June 2020, involving 186 mothers who have previously used NESTLÉ LACTOKID®, 98% would recommend the milk brand to their friends and family. Besides being formulated with high calcium, vitamin D, protein and DHA to support growth and development, NESTLÉ LACTOGROW® Aktif also has no added sucrose, making it a better option for young children.

NESTLÉ LACTOGROW® Aktif comes in 900g packets for two age groups, namely NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 1-3 and NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 4-6, and is currently available in stores nationwide. 



To rewatch the virtual event and discussion, do visit 

For more information, please visit


Friday, February 5, 2021

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Hi Korang,

Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Ninā.

Apabila air banjir surut, mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.


Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.

MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus, kolera, demam kepialu dan Hepatitis A.

“Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera. Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat [AH1] penting untuk mematuhi SOP. Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian.


"Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir, dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak," kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao. "Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting."

Data Mangsa Banjir Tahun 2021

Daerah terjejas

7

Mangsa terjejas

41,358

Jumlah Keluarga

11,290

Pusat Pemindahan

376

Maut

9

Dana diperlukan

RM2 million

Jumlah terkumpul

RM 528,191.44



Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www .instagram.com/cloroxmalaysia/




Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/





 [AH1]baik adalah sangat










Thursday, February 4, 2021

WANY HASRITA – CINTA KHAYALAN

Hi Korang,

2021 adalah tahun KEBAHAGIAAN buat saya – kata penyanyi wanita yang pernah meraih Anugerah Bintang Paling Popular – ABPBH. NURSHAZWANY BINTI HASBULLAH – Atau lebih manis di gelar WANY HASRITA 29 tahun yang dilahirkan pada tanggal 24 Disember 1992 merupakan pemegang ijazah dalam bidang sains perubatan (Bachelor In Medical Science) dari Management And Science University (MSU).


Memulakan kerjaya di dalam bidang nyanyian sejak tahun 2016, nama Wany Hasrita sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dan Wany selayaknya di gelar sebagai salah seorang IKON ARTIS WANITA berdasarkan pencapaian dan imej bersih yang sering ditampilkan tanpa sebarang kontroversi yang melampau.

Mungkin ramai yang terlepas pandang, kemunculan Wany Hasrita di dalam industri hiburan dimulakan dengan single duet Memori Berkasih dalam Bahasa melayu dan korea yang dinyanyikan bersama penyanyi berasal dari korea – Kim Dong Gyun.


Setelah single ini baru lah Wany muncul dengan single solo pertama beliau Menahan Rindu yang berjaya menempatkan nama beliau ketahap sekarang.

“Wany memang takkan lupa lagu Menahan Rindu kerana lagu ini telah merubah kehidupan Wany, dan lagu ini benar – benar berhantu. sampai ke hari ini walau kemana -mana Wany buat persembahan, penonton akan minta Wany nyanyi lagu ni walaupun ada lagu lain yang popular. Dan kerana lagu ini Wany berada di pentas AJL 32”

Setelah popular secara solo, Wany terus meledak dengan lagu duet Di Sana Cinta Di sini Rindu duet bersama Tajul Ariff.

“lagu duet ini juga merupakan antara kenangan manis di awal kemunculan Wany dipersada seni, ramai yang cakap Wany dan tajul seolah olah mengimbau Kembali zaman sewaktu Allahyarham Achik masih ada dan popular, dan Wany sangat terharu dan bersyukur kerana lagu duet itu mendapat sambutan yang juga luar biasa”


Hampir 6 tahun Wany Wany bergerlar anak seni semenjak 2016

“Begitu cepat masa berjalan, Wany tak sangka rupanya Wany telah merakamkan 18 buah lagu termasuk lagu raya dan lagu duet serta sebuah lagu istimewa ciptaan Allahyarham Pak Ngah – Ewah Ewah. Wany sangat teruja apabila FMC realisasikan impian Wany untuk merakamkan lagu irama Malaysia. Wany sangat suka nyayikan lagu – lagu tradisional kerana lagu lagu sebegini dapat menguatkan jati diri kita sebagai bangsa melayu”

Walaupun telah meraih bebebrapa anugerah yang besar, namun Wany Hasrita tetap membumi dan tidak sesekali mendongak ke langit.

“saya ada lah saya, biarpun setinggi mana pun saya terbang, In Sya Allah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan kan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri. Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu. Sebelum saya menjadi penyanyi, Wany pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah Wany tengok wajah ibu tenang je dan selalu bagi Wany kekuatan. Dan dari situ lah Wany berazam Wany takkan sia siakan peluang apabila di tawarkan oleh FMC Music. Alhamulillah Wany sangat berterima kasih kepada FMC Music kerana percaya bakat Wany walaupun Ketika itu Wany bukan siapa siapa dan tidak dikenali”

“Tahun ini Wany dah tak nak fikir yang sedih sedih, Wany nak terus kan langkah dan takdir yang ALLAH aturkan ini untuk Wany terus kecapi dan kejar kebahagiaan bersama ibu dan insan insan yang Wany sayang. Dah taknak fikir yang negetif dan Wany nak terus berjaya” kata Wany sambal tersenyum manis .

Bercakap tentang perkembangan terkini kerjaya Wany Hasrita. Wany akan melancarkan single solo terbaru berjudul CINTA KHAYALAN ciptaan Farouk Razak dan Amelia AF bermula jam 8 malam esok (05hb Februari 2021) di semua platform digital dan muzik video di saluran youtube FMC MUSIC.

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 4 kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini -amelia dan farouk. Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. Bayangkan struggle nya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi” – Wany Hasrita

Wany hasrita datang jumpa saya dan minta FMC carikan lagu yang kuat dan berbeza dari lagu sebelumnya. Wany minta saya cari lagu yang ada vibe OST dan susah untuk beliau nyanyikan. Dan saya hubungi Amelia untuk buat demo lagu untuk Wany, dan tak sangka hasil nya luar biasa. – kata pengarah urusan FMC Music – CF.Ho


“lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat happy kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan.dan saya rasa saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa dan nyanyi lagu yang biasa saya nyanyikan. Jujur saya kata kan saya in love dengan lagu ini. kalau kalian tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini. Dan saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu je tau.bukan tentang kisah peribadi” – Tambah Wany berseloroh

“Sebenarnya bila lagu ini sudah siap dan kami dengar, kami juga rasa teruja dengan hasilnya. Bagi kami di FMC music, kami bangga dengan perubahan dan keberanian Wany untuk mencabar diri agar lebih maju ke depan. Dan beliau telah buktikan dalam lagu ini” – CF.Ho (pengarah urusan Fmc Music)

Diharapkan lagu CINTA KHAYALAN ini mendapat sambutan yang luar biasa dan berjaya membawa Wany Hasrita ke pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. Jangan lupa tonton Muzik Video Cinta Khayalan di saluran Youtube FMC Music serta download lagu ini di seluruh platform digital mulai jam 8 malam – jumaat 5 Februari 2021

CINTA KHAYALAN

Lagu – Farouk Razak / Lirik – Tokyo Angkasa