Saturday, October 27, 2018

DuitNow – Cara Baru untuk Membayar – Bayar ke Nombor Telefon Bimbit secara Serta-Merta

Hi Korang,

Para pelanggan Bank akan menikmati perkhidmatan pembayaran baru yang pantas, mudah dan percuma untuk pengguna individu dan perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak lama lagi. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan bank-bank di Malaysia akan melancarkan DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. 


DuitNow bakal mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan menyediakan kemudahan, kecekapan dan ketersediaan dana segera yang tiada bandingannya dalam 24 jam sehari. Lonjakan besar dalam pembayaran elektronik ini berupaya mengurangkan pertikaian dalam pembayaran dan perdagangan dan akan bertindak sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. 

Dengan berkongsi nombor telefon bimbit, pengguna DuitNow yang berdaftar boleh menerima dana dengan mudah dan secara serta-merta tanpa memberikan nombor akaun bank mereka kepada pembayar. 

Pelanggan yang ingin menerima pembayaran dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka hanya perlu melakukan pendaftaran satu kali untuk mengaitkan nombor telefon bimbit kepada nombor akaun mereka. Selain nombor telefon bimbit, pelanggan bank juga boleh memilih pengenal pasti yang lain – nombor Kad Pengenalan MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan – untuk dikaitkan kepada akaun bank mereka bagi penerimaan wang. 

Pendaftaran satu kali diperlukan untuk menerima pembayaran, namun pelanggan bank tidak perlu mendaftar untuk menggunakan DuitNow apabila melakukan pembayaran. Selepas pelancaran DuitNow pada Disember 2018, pelanggan boleh melakukan pembayaran dengan mengakses DuitNow di bawah menu ‘Pindahan Dana’ (Funds Transfer) dari saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank masing-masing. Pembayaran sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan PKS. 

Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet  

Pelanggan bank boleh mengakses DuitNow hanya melalui saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka yang selamat. Sebagai tambahan, bank akan melindungi kerahsiaan data pengguna yang digunakan dalam DuitNow sejajar dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 

“DuitNow membolehkan pelanggan bank menerima pembayaran tanpa mendedahkan nombor akaun bank mereka,” kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pembekal infrastruktur pasaran kewangan nasional. 

“Bagi mereka yang melakukan pembayaran, mereka hanya memerlukan nombor telefon bimbit penerima, yang mereka mungkin sudah ketahui. Pada masa akan datang, agensi kerajaan dan perniagaan boleh melakukan pembayaran dengan menggunakan nombor MyKad,” tambah Encik Schiesser semasa taklimat kepada pihak media. 

DuitNow akan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018. Pada masa ini, tujuh bank telah mengambil inisiatif menghubungi pelanggan mereka sebagai langkah pra-pendaftaran supaya pelanggan tersebut dapat meraih manfaat daripada perkhidmatan pindahan dana yang baru ini. Dengan pra-pendaftaran ini, pelanggan mempunyai pilihan sehingga 30 November 2018 untuk menarik diri daripada memautkan nombor telefon bimbit mereka. 

Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet with the representatives from the banks at the DUITNOW Media Briefing, today

Pra-pendaftaran disediakan untuk kemudahan pelanggan supaya mereka boleh menerima dana dengan lancar. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menarik diri jika mereka ingin berbuat demikian. Pelanggan perlu yakin bahawa bank-bank di Malaysia memberi keutamaan tinggi dalam menjaga kerahsiaan dan melindungi privasi pelanggan. 

Bermula 8 Disember 2018, pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran permulaan bagi DuitNow melalui platform Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka. Pelanggan juga boleh membatalkan pendaftaran sedia ada atau memautkan nombor telefon bimbit atau pengenal pasti lain kepada bank atau akaun yang lain. 

“Kami menamakan perkhidmatan ini sebagai DuitNow bagi memberi penekanan bahawa pembayaran berlaku dengan segera dan penerima lazimnya menerima wang ke dalam akaun bank secara serta-merta,” kata Schiesser. 

“Pelancaran DuitNow akan memberi lonjakan besar dan nilai tambah dalam pasaran e-Pembayaran, menjadikannya saluran yang pantas, lancar dan mudah untuk memenuhi permintaan segera dalam dunia yang semakin digital dan terhubung,” tambah Encik Schiesser. 

Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut. 

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik. 





Friday, October 26, 2018

Hujung Minggu Di OAKWOOD Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ya ampun kemain penatnya weekend lepas wei. 

Sangat-sangat terasa penatnya padahal bukannya pi membanting tulang kat tengah sawah pun, tapi ermm penat sakan ke faktor usia ni. 


Sebab ada 2-3 event pada hari sabtu dan ahad tuh, so ktorang check in di Oakwood Hotel and Residence ni. Selalu pi sini bila ada event je so tak pernah tidur lagi jawabnya marilah kita check in. Itu pun sampai hotel dalam pukul 10.30malam lepas dinner siap-siap. 

Kalau korang nak tau Oakwood Hotel and Residence ni terletak di Jalan Ampang. 

Jalan Ampang bila dah tengah malam, sunyi je

Sebelum ni ianya di kenali dengan nama Sucasa Apartment dan sekarang ni dah di take over oleh new management itu yang bertukar nama tuh. Sebelah dengan The AmpWalk dan berhadapan dengan Hock Choon Supermarket yang fames dengan barangan import tuh tau, senang dari jauh dah nampak dah pun. 

bilik 1908, paling tinggi sekali ek

Bila dah buat booking so proses check in tuh sekejap je photocopy IC dan 2-3 kali then terus dalam bilik. Kitorang di tingkat 19, wah kemain tinggi lagi kan. 

Masuk-masuk je apartment satu bilik rupanya. 

ruang tamu yang luas

boleh candle light dinner tau

nampak dapur

katil king yeahhh

Kemain luas wei, maklumlah selalu masuk bilik hotel nampak katil je ini nampak ruang tamu dulu itu yang luas sangat rasanya. 


dalam bilik pun ada TV jugak tau, so tengok tv sorang satu lah senang

Bilik tidur luas betul, siap ada meja study lagi tepi tingkap. Katil king, empuk bila letak kepala wei. Kebetulan penat so landing sekejap dulu sebelum mandi hahahaha 





Ada bath tub tuh yang seronok, shower head kemain besar lagi ek. Puas nau mandi hah 

lengkap kan


Mr Big sibuk mengangkat barang-barang di beli sebelum naik bilik

Rupanya kat dapur ni siap ada periuk nasi dan toaster jugak selain daripada kettle dan induction cooker lagi. Fridge pulak kemain besar maklumlah fridge 2 pintu, kalau tau ada semua ni bawak je barang-barang untuk masak kan. Senang tak yah kuar tapi kalau tau, ini tak tau kan. 

lepak makan buah sambil tengok Murder On Orient Express

Memang lepak kat bilik jelah malam tuh sampai siapkan kerja sambil tengok tv bagai, sempat berendam dalam bath tub jugak untuk release stress bagai.. 

Jalan Ampang di pagi Ahad, kereta boleh kira pakai jari je hah

Esoknya bangun awal pagi tuh sebab kitaorang ada event lain plak dalam tengahari. 


So sarapan kenyang-kenyang di Treats Cafe 






Jom makan




Memang menu sarapan rakyat Malaysia betul which is Kak Lily suka ya amat. Simple tapi sedap bak hang!! Nasi lemak sedap, kari ayam sedap, roti canai ranggup, bubur pun Mr Big belasah 2-3 mangkuk.. 

Ktorang tak naik pun lepas breakfast, terus ke gym plak. 



ko dah kenape ni hah, nak berlumba kemana tuhhh

Alah sebelah je dengan cafe ni, not bad ooo equipmentnya. Sempatlah jugak kak lily berjalan atas treadmill ni kan hehehehe sekejap je dalam 15 minit jadilah. Dapat jugak bakar lemak makan breakfast tadi. 


Walaupun tak dapat nak berlama-lamaan di Oakwood Hotel ni tapi kak lily rasa seronok sangat dengan segala kemudahan yang ada. Bilik yang luas, breakfast yang sedap, lepak kat pool yang cantic tapi itulah apakan daya masa mencemburi betul dengan kak lily lah kan 

Diorang ada service FREE Shuttle ke beberapa tempat di sekitar KL ni, macam KLCC, Pavilion dan lelain. Bagus kan

Korang boleh cuba book thru Agoda ataupun Booking.com tengok comparison harga cam ne. Kalau tak puas hati buat booking thru hotel pun boleh, ada diskaun jugak tak silap kak lily lah kan. 

Jom kita ke: 

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR 
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur 

Tel No : 03-27203888 
Fax No : 03-27203999 

Keterangan lanjut mengenai promosi bilik boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 







Wednesday, October 24, 2018

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena 2nd Anniversary Shop & Win Serta Promosi Hebat Deepavali Di Lulu Hypermarket

Hi Korang, 


Dah lama betul tak ke Lulu ek!! 

Eh bukan apa, jarang lalu ke sana so tak delah singgah so tup-tup last weekend ada kerja kat sana so singgahlah shopping kan hehehehe 

Rupa-rupanya Lulu Hypermarket and Department Store sudah 2 tahun beroperasi di Malaysia sebagai sebuah pasaraya pilihan ramai. Seriously kak lily memang gemar membeli belah kat sini kerana semua keperluan ada di sini dari keperluan diri hingga ke barangan rumah. 


Kalau korang nak tau yang Lulu Hypermarket ni beribupejabat di Abu Dhabi dan mempunyai 45,000 pekerja di 154 cawangan serata dunia termasuklah di Malaysia. 

Inilah cawangan pertama di Malaysia iaitu di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. 

Kak lily dengar cerita tahun depan Lulu akan buka lebih banyak cawangan di 1 Shamelin, Setia City Mall, Bangi Gateway dan Perling Mall Johor Bahru. Jadi lepas ni lebih meriah nak shopping banyak-banyak di Lulu. Ermm Bangi Gateway, hebatlah tuh ek setiap minggulah kak lily ke sana nanti. 

Acara Penyampaian Hadiah Shop and Win 2nd Anniversary Contest. 

Kak lily sempat ke majlis penyampaian hadiah peraduan Shop & Win 2nd Anniversary sebelum membeli belah hari tuh. 


Peraduan yang telah dianjurkan sejak 4 May tahun ini telah berakhir pada 31 Ogos lalu memperolehi penyertaan lebih daripada 200,000 kupon cabutan daripada pelanggan setia. Cara penyertaan mudah jer mereka perlu bebelanja di Lulu Hypermarket RM50 dalam satu resit dan layak untuk menyertainya. 

Kenapalah kak lily tak join contest ni ek, senang je nak menang… 

Mr Asif Moidu Ahamed Pengarah Serantau Lulu Hypermarket and Department Store 

Datin Hajjah Foziah Gous Pengasas FGWalet 

Hadiah yang ditawarkan juga hebat-hebat iaitu hadiah utama 2 buah kereta Myvi, manakala 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z dan juga 10 buah telefon pintar Huawei P10. 

Pemenang hadiah utama 2 buah kereta Myvi

Pemenang kedua, 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z

Pemenang tempat ketiga, telefon pintar Huawei P10

Tahniah kepada semua pemenang kalau korang nak tahu senarai pemenang boleh ker laman web mereka. 



Majlis penyampaian hadiah dimeriahkan dengan persembahan beberapa tarian tradisional kaum-kaum di Malaysia dan juga kehadiaran pelakon yang hebat iaitu Datin Hajjah Foziah Gous yang merupakan pengasas produk FGWalet yang boleh dibeli di Lulu tau yang sekarang ni pun tengah ada promosi lagi.


sedaplah kak lily dah rasa dah

Siap ada cabutan bertuah tau bagi para pelanggan Lulu petangnya, hadiah sumbangan FGWalet lagi ek. Ini pun kak lily tak sempat nak join gak… 

Potongan Sehingga 70% Sempena Deepavali 

Kalau korang ke pasaraya Lulu ini, untung wei sebab Lulu Hypermarket sedang mengadakan promosi untuk sambutan perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. 


Bermula 19 Oktober hingga 6 November 2018 terdapat tawaran hebat pada semua barang keperluan perayaan seperti pakaian, kasut, beg wanita, Churidars dan Sarees sehingga 70% diskaun


Kalau korang naik tingkat 2 di bahagian Lulu CELEBRATE memang banyak sangat pilihan pakaian untuk perayaan cahaya ini. Cantik-cantik dan terkini dengan harga sangat murah. 







kemain ko kak, nak melaram je


Saree sangat cantik-cantik wei, sempat jugak kak lily mencuba wokeh. 

Ini tidak termasuk jualan murah pada item promosi dari produk harian, barangan runcit, produk kesihatan / kecantikan, rumah tangga dan kelengkapan rumah serta IT / Mobile dan barang elektrik. Itulah kena check it out selalu Facebook Page Lulu Hypermarket ni tau. 







Terdapat promosi terpilih dengan potongan sehingga 50% diskaun dari kategori lain termasuk bahagian barangan segar, kedai roti, makanan runcit, keperluan peribadi, isi rumah, perabot rumah, elektrik, mainan, bagasi dan alat tulis. Sudah tentu, ini adalah cara yang sempurna untuk meraikan kedatangan Deepavali yang disambut seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan bangsa. 


Nampak inilah hasilnya kalau kitaorang berbelanja kat sini, mesti troli penuh dengan barang-barang melimpah ruah kan 

Jom kita membeli belah di Lulu Hypermarket ek 

LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com