Saturday, December 23, 2017

DC MALL Anjurkan 'THE JOY OF GIVING’ Bersama Rumah Amal Yang Terpilih

Hi Korang,

Bersempena dengan perayaan Hari Krismas, DC Mall telah membawa kembali semangat sebenar sambutan hari Krismas iaitu menyebarkan kasih-sayang, membuat kebaikan dan sentiasa memberi terutama kepada mereka yang tidak bernasib baik. 


Untuk tahun ini, acara 'The Joy of Giving’ diadakan untuk memberikan kegembiraan kepada 70 anak-anak dari Rumah Amal Charis dan Rumah Victory. Yang menarik anak-anak ini telah diberi pilihan untuk mengutarakan impian hadiah yang diinginkan oleh mereka di Kad Wish yang disediakan oleh pihak DC Mall.


Projek 'The Joy of Giving’ ini sebenarnya bermula dari 6 Disember sehingga 18 Disember 2017, yang mana para pelanggan di pusat membeli-belah boleh memilih mana-mana 70 Kad Impian dari Pokok Krismas yang terletak di Main Concourse di Level 1. Kad-kad Impian ini sebenarnya telah diisi secara peribadi oleh anak-anak dari dua rumah amal yang terpilih dan mereka telah menulis sendiri impian mereka. Para pengunjung Mall yang ingin beramal akan memilih antara kad di situ dan dengan sukarela membelikan hadiah yang diimpikan oleh anak-anak seterusnya menghantar hadiah tersebut ke Concierge mall yang terletak di Tingkat Bawah.


Acara 'The Joy of Giving’ iaitu pemberian hadiah kepada anak-anak rumah amal yang terpilih telah diadakan pada 21 Disember 2017. Majlis yang cukup meriah dihadiri seramai dihadiri oleh 70 orang anak dan penjaga mereka iaitu Mr. Bernard dari Rumah Victory dan Miss Suzanne dari Rumah Charis. Momen yang ditunggu dengan perasaan gembira dan teruja oleh anak-anak ini apatah lagi dapat bertemu Santa Claus dan Santarina.


“It is so heartwarming to see how happy the children are with their gifts. I am truly humbled by this experience and from the bottom of my heart, I wish to thank each and every contributor of these gifts. Without their generosity, these smiling faces here would not have been possible. May you and your families have the most wonderful and joyous Christmas" kata Miss Melissa Wong, Head of Retail and Leasing - DC Mall, Damansara City.


Selain itu pihak DC Mall turut menyumbangkan RM5000 kepada setiap rumah amal yang hadir iaitu Rumah Amal Victory dan Rumah Amal Charis.

DC Mall juga telah menubuhkan Komuniti Li-brari di mana pengunjung pusat membeli-belah ini boleh menderma dan membuat pertukaran buku. Disediakan juga kawasan membaca dengan kemudahan meja dan kerusi di mana kanak-kanak boleh duduk membaca dan juga berkenalan rakan yang baru. Penubuhan Perpustakaan Komuniti ini boleh didapati di pusat membeli-belah DC Mall bermula dari 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018.


Untuk menambah keseronokan perayaan Krismas ini, pengunjung DC Mall juga boleh bertemu dengan Santa Claus untuk tarikh dan waktu tertentu















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com




Thursday, December 21, 2017

Cara Pasang 3M Countertop Drinking Water System

Hi Korang,


Kan hari tuh kak lily ada cerita mengenai penapis air dari jenama 3M kan, la tak ingat ek. Sinilah baca kat dapat penapis air 3M tau.


Hah yang ni lah

Yang itu baru mukadimahnya, now the real story begins..


Di sebabkan kat umah kak lily dah ada penapis air yang besau dan di pasang satu rumah, so penapis air yang comel lote ni kak lily pasang kat office je. Memang kat office dah ada mesin air tuh tapi kekadang habuk pun hado tau, apa nama penapis air kalau ada bendasing dalam minuman kita kan. 

Masa memula bukak kotak ni rasa cam main puzzle pulak, sebab ape?

Sebab tak baca arahan kat tepi kotak tuh.


Bila dah pusing-pusing kotak then baru nampak yang ada arahan mudah kat tepi kotak tuh, jadi kumpulkan semua barang-barang yang ada dalam kotak tuh then susun so senang nak cari yang mana satu nak di sambung pasang nanti. 

Cara Pasang 3M Countertop Drinking Water System



Memula cari parts yang kena pasang kat kepala paip tuh. 


1. Pasangkan kepala paip dan depannya sekali tau dekat kepala paip yang kat singki tuh. Alah korang pusing 2-3 kali dah ketat dah. 


2. Pasangkan getah paip pada saluran kecil di kepala paip yang korang pasang tadi.


3. Kemudian pasangkan penghujung getah paip di bahagian belakang penapis air


4. Time untuk esting testing, hah keluar pun air. Tapi sambal tengok air keluar tuh sambal check ada tak air menitis-nitis kat tepi dan kepala paip kan.

Ok settle!!


Now susun elok-elok kat mana sesuai nak di letakkan.

Kemain seronoklah bebudak kat office ni, dapat penapis air yang baru. Kejap-kejap ambil air minum, kejap-kejap bukak kepala paip. Jakun sungguh !! hahahah


Sekarang ni, memang semua staff duk minum air dari penapis air ni je. Yelah air bersih kan so teruslah semua orang minum. Bagus sebenarnya di mana-mana tempat pasang penapis air ni, kebersihan terjamin dan nak minum pun tak de rasa ragu-ragu..


Kalau korang nak tau untuk model 3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System merupakan model terkini yang di keluarkan oleh 3M. Nak bagitau jugak ada special promosi sekarang ni dari 01 Disember 2017 hingga 31 Januari 2018 di mana harganya RM988.00

Boleh check it out di www.3m.com.my/water/dealers

Tak pun beli je kat website 11street.com.my ek 


Tuesday, December 19, 2017

HOFU Japanese Fish Skin & Crisps Snacks!

Hi Korang,

Kerepek uollss..

Siapa yang tak suka kan!!

Tapi kerepek kulit ikan salmon, pernah makan?

kerepek kulit ikan

kerepek kentang tebal

Itulah ni kira pertama kak lily nak rasa kerepek kulit ikan dan kerepek kentang yang mengandungi pelbagai perisa yang unik keluaran HOFU Japanese Snacks ni. 

Di antara perisa yang menjadi pilihan bagi Crispy Fish Skin & Potato Chips adalah:

1. Nasi Lemak 
2. Bonito Seaweed
3. Katsu Curry
4. Salted Egg
5. Spicy Szechuan

Kerepek kentang Nasi Lemak

Kerepek kulit ikan nasi lemak

Kerepek kentang Bonito Seaweed

Kerepek kulit ikan Katsu Curry

Jenama makanan snek Jepun, "Hofu Japanese Snack," menawarkan pelbagai jenis citarasa. Sebagai tambahan kepada telur masin yang menjadi kegemaran Malaysia, rumpai laut Bonito, Nasi Lemak, Korea pedas, kari Jepun, truffle hitam dan banyak lagi! Pengunaan bahan-bahan yang digunakan diimport dari luar negara untuk memastikan bahawa korang menikmati kerepek kulit ikan yang terbaik.

HOFU menggunakan kentang yang diimport dari Amerika Syarikat iaitu US Russet Potato kerana saiznya lebih besar daripada kentang biasa, lebih tebal. Rasa Jepun yang ditonjolkan adalah seperti rumpai laut bonito, rumpai laut dan diimport dari Jepun. 

HOFU Japanese Snacks ni di botolkan di dalam botol pembungkus vakum, dan boleh tahan sehingga 6 bulan kalau tak dibuka tinnya. tidak membuka tin sehingga 6 bulan.


Sekarang ni ada promosi baik punya tau

Christmas Combo
Mini Snack Box A: Choose from 2 kinds of taste potato chips, just RM55 (free to send a mysterious gift)

Mini Snack Box B: Choose from 2 different types of fried fish skin at RM65 (get a mysterious gift for free)

SUPER COMBO Box: Choose from 4 flavors (2 chips + 2 fried fish skin) for only RM115 (Free 2 mysterious gifts)


Harga untuk sebotol:

Potato chips Rm28
Skin Rm34
Taste of choice: Bonito Seaweed, Salted Egg, Nasi Lemak, Katsu Curry, Spicy Korean

Kalau nak order, buat je cara online di Facebook tau
Instagram: @hofu_japanese_snacks

Kalau tak pun boleh je korang ke outlet diorang di

Hofu Japanese Snacks
No.32G, Jalan Teknologi 3 / 6C, 
The Core Sunsuria, 
Taman Sains Selangor 1, 
Seksyen 3, Kota Damansara.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com