Monday, September 25, 2017

Tips Pengguna Kepada Pengguna, Jangan Sampai Tertipu Ye

Hi Korang,

Kali ni kak lily nak kongsikan beberapa tips untuk korang para pengguna di luar sana. 

Maklumlah kita kalau tak de ilmu dan hak-hak mengenai pengguna ni dah tentu confirm-confirm kita kena tipu. Bila dah dapat kena tipu barulah menyesal kan.

Hah itulah kan!

Ok kak lily nak kongsikan tips membeli belah kepada korang para pengguna semuanya

Yelah makin hari harga barang makin naik seharusnya kita berbelanja dengan lebih bijak dan kreatif lagi untuk meningkatkan ekonomi perbelanjaan keluarga kita.

Di antaranya adalah:-

1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

2)Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus dan jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

3)Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

4)Utamakan Barangan Buatan Malaysia dan berubahlah kepada produk tempatan

5)Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga. Kena tengok dulu betul ke tidak kan

Cukuplah tu kan, nanti kak lily tambah lagi ek

Bagaimana pulak tiba-tiba korang dapat tau yang barangan di pasaraya korang membeli belah harga barangannya kemain mahal kan. Apa yang korang patut buat, takkan nak pi mengamuk dengan pisau depan pasaraya tuh kan. Kang korang kena tangkap plak.

So kak lily kongsikan lagi apa yang patut korang buat, ermm kak lily dapat info ni dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau


3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN dan butiran aduan; ” dan hantar ke 15888 atau

4) Lapor / pergi ke pejabat-pejabat cawangan KPDNKK yang terdekat.

Jadi tak payahlah korang jadi tarzan bagai ek! Ikut saluran yang betul, kan senang. Buat senyap-senyap je so siapa pun tak tau, tup-tup pasaraya yang korang report tuh dah dikenakan tindakan ek.

Friends of KPDNKK


Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat.

Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas. Pendaftaran adalah PERCUMA tau. Yang penting korang boleh dapat diskaun masa membeli belah nanti.

Tunggu apa lagi, cepat cepat daftar di  Friends of KPDNKK


Selesai sahaja daftar, korang akan diberikan kad seperti di bawah ni. Haa boleh lah bawa ke mana mana kad ni ke mana mana. Terutamanya bila korang berbelanja di Pasaraya Mydin. Potongan harga menarik menanti nanti. Haa jimat lagi kan? Tak susah pun nak daftar.



Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (Loyalty Card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai:

    - Kad Diskaun
    - Kad Loyalti
    - Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK
  
Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini..Moga kita mampu jadi pengguna yang bijak dan membantu ahli keluarga, rakan rakan dan masyarakat lain supaya dapat bertindak bijak juga.

Website KPDNKK: www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/

 
Website Friends of KPDNKK: www.fok_sp.1pengguna.com/sp/

Japanese Food Fiesta Di Dorsett Hotels dan Resorts Malaysia

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan makanan jepun kan!!! 

Akak lily confirmlah suka yang amat sebab makanannya unik dan payah nak dapat kalau yang authentic punya tau. So bila ada kesempatan untuk merasai makanan jepun asli ni haruslah tidak dilepaskan. 


Minggu lepas, kami ke Dorsett Kuala Lumpur bagi promosi 'Japanese Food Fiesta' bersama Chef Shigeaki Ota dari Agora Hospitalities Japan. Wow chef yang diterbangkan dari Jepun ni, haruslah kak lily bangga ek. 

Kami dihidangkan beberapa hidangan jepun hasil dari air tangan Chef Ota-san sendiri tau yang berbentuk hidangan Bento Box. 

Tempura Set RM55 nett 

2 assorted appetizers, tempura, savoury steamed egg custard, miso soup, steamed rice and Yuzu ice-cream 

Sushi Set RM78 nett 

Sesame tofu, simmered shrimps with vegetables, soy-griller JApanes Spanish mackerel (yuan-style), 3 assorted Nigiri-sushi, 1 pickled-gourd roll, sweet pickled ginger, savoury steamed egg custard, miso soup, sorbet or ice-cream. 

Beef Sukiyaki Set RM88 nett 

2 assorted appetizers, tuna, suid, sweet shrips, sliced beef sirloin, Chinese cabbage, Japanese leek, tofu, shiitake mushrooms, steamed rice. 

Shokado Bento RM108 nett 

Sesame tofu, boiled spinach with seasoning, Japanese-style omelette, simmered sweet potatoes, fry-simmered taro, soy-grilled Japanese spanich mackerel, 2 assorted fresh fishes, simmered shrimps, grilled beef with miso, Tempura, clear soup with minced fishball, steamed rice and sorbet or ice-cream 

Sashimi Set RM128 nett 

2 assorted appetizers, tuna, sea bream, squid, sweet shrimps, amberjack, scallops, salmon, savoury steamed egg custard, miso soup, steamed rice and Yuzu ice-cream. 

Menarikkan semuanya...

Sementara itu, Chef Ota-San akan berada di seluruh rangkaian Dorsett hotel sepanjang bulan September dan Oktober 2017 iaitu dari 

4 to 16 September 2017 - Dorsett Grand Subang 

14 to 23 September 2017 – Dorsett Putrajaya 

23 to 30 September 2017 - Dorsett Kuala Lumpur 

28 September to 8 October 2017 - Dorsett Grand Labuan 

kemain senyum lagi Chef Ota-san

Chef Ota-san menyertai Hotel Agora Osaka Moriguchi sebagai Senior Chef of Koyomi (Restoran Jepun). Sepanjang perjalanan masakannya, Chef Ota-san telah menganjurkan pelbagai acara masakan seperti Koyomi-Kai, Jisake-Kai (pihak demi kepentingan tempatan) dan menikmati reputasi yang kuat sebagai tukang masak berkemahiran tinggi di dalam industri masakan ini. Beliau juga merupakan seorang chef yang istimewa yang diberi peluang untuk berkhidmat kepada Mahkota Putera Jepun dan mempunyai penampilan TV juga. 


Untuk info lanjut mengenai promosi makan-makan di Dorsett ni korang boleh check it out di:-









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

5 Amalan Bijak Memberikan Makanan Berkhasiat Kepada Anak

Hi Korang, 

Kalau korang nak tau Aakif memang rapat dengan akak Lily ni yelah nama pun anak sedara kan of course lah kena cam tuh barulah rapat silaturrahim.

So selalulah kitaorang outing sesama bila ada masa terluang.

Bila keluar dengan diorang ni, kak Lily perasan ya ampun sibuk nak makan jajan je, makan nasi sket je, sayur lagikan tidak.

Habis tuh, takkan nak biarkan diaorang cam tuh je.. 

Itulah masalah yang dihadapi oleh semua ibu termasuklah mama Aakif ni, bagaimana nak menggalakkan anak-anak kita ni makan secara sihat dan berkhasiat. Masa cam ni lah kita nak membentuk cara pemakanan diaorang ni bukan apa takut sampai besar nanti sayur dan buah pun tak nak di makannya. 

Makanan sihat untuk anak anak ni harus memiliki nutrien yang seimbang antara karbohidrat, protein, lemak dan vitamin bagi pertumbuhan mereka seperti ikan, daging, bijiran, sayur sayuran dan buah buahan.

Memang kak lily bukan setiap hari dengan bebudak ni tapi every weekend bila kitorang outing or sleepover kat rumah gemuk akak lily selalu peratikan Siti sediakan makanan sihat yang bersesuaian untuk Aakif ni. Anak-anak ni mana boleh di berikan makanan orang dewasa yang pedas-pedas tu kan, yang kak lily perasan masa rehat-rehat tengok tv tuh budak berdua ni akan makan buah yang di potong kecil-kecil sebagai snack masa tengok kartun. 

As usual perasaan ingin tahu ni memang ada kan, haruslah kak lily tanya Siti camnelah dia bagi bebudak ni makan sampai debab-debab dan aktif sepanjang masa. 

Dia pun bukak cerita lah.

1. Kenalkan kepada anak-anak ni, makanan yang diorang makan. Contoh cam ikan, ayam, jenis sayuran, buah-buahan, nasi, mee hoon. Siti belikan buku-buku bergambar yang ada makanan ni so senanglah diaorang tahu.

2. Sarapan pagi tuh penting, bangun lambat ke awal sangat ke memang kena sarapan. Secawan susu untuk Aakif yang penting, perisa coklat memang kegemaran si Aakif ni

3. Dekat rumah Siti memang kak lily perasan langsung tak de makanan manis yelah macam air kotak, air botol, gula-gula. So anak-anak ni memang tak makan manis kat rumah. 

4. Masa makan tuh duduk dengan mereka sekali. Peratikan corak pemakanan anak-anak ni. Kalau diorang tolak sayur atau makanan lain, bagitau diorang yang makanan ni sedap dan elok untuk badan. Secara tak langsung diorang akan ingat apa yang diaorang makan tuh, bebudak kan pengingat orangnya. 

5. Kalau pi beli barang dapur, saje Siti bawak Aakif pi pasar. Kenalkan dia pada bahan-bahan makanan di pasar tuh. Cam ne rupa sayur-sayuran, buah-buahan, rupa sotong, ikan dan lelain lagi. Selain daripada tengok dalam buku, yang ni tengok secara live. 

Itu sebahagian daripada tips dari Siti selaku mama Aakif dan Aalya, maybe korang pun ada cara pemakanan sihat yang diberikan kepada anak-anak korang kan


Aakif memang suka makan sarapan setiap pagi. Siti biasanya siapkan sandwich dengan segelas susu sebagai nutrisi tambahan, memang salah satu cara yang praktikal untuk pertumbuhan serta perkembangan tulang yang sihat. 

Yelah kandungan didalam susu ini ada kalsium, magnesium, protein yang mana baik untuk pertumbuhan serta perkembangan tulang yang sihat. Eh kan orang cakap kalau minum susu membantu menguatkan tulang dan gigi so bolehlah prevent daripada penyakit osteoporosis masa tua nanti. Wah dah fikir jangka panjang ek.

Sebab tu kalau Siti tak sempat nak buat sarapan memang susulah jalan terbaik. Lepas bertukar-tukar susu yang serasi dengan Aakif, terus Siti memilih susu Dugro. 


Si Aakif kalau minum susu kemain laju lagi, lebih-lebih kalau susu tuh perisa coklat. Dia boleh minum bergelas-gelas sampai kena bising dengan mama dia.

Hari tuh akak Lily ikutlah mama Si Aakif pi beli susu untuk anak anak ni, dah tentulah Dumex Dugro menjadi pilihan Siti. Dengan Dumex™ Dugro®, Siti tidak perlu risau lagi kerana ia membolehkan ibu memberi Si Manja lebih lagi tanpa kompromi. Dumex™ Dugro® dirumus dengan lebih lagi DHA*, kaya dengan 15 vitamin dan mineral serta serat unik, IcFos yang berdasarkan 40 tahun kajian saintifik untuk membantu tumbesaran Si Manja. *berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas

Lagipun Dumex Dugro ni sudah bertapak di Malaysia selama 59 tahun dari 1958, lama sungguh ek ntah-ntah kak Lily pun pernah minum susu ni tak? hehhehe


Tengok time sarapan hari tuh, papa-papanya yang melayan si Aakif, akak Lily busy benau kat dapur nak siapkan kopi hehehe. Makin seronoklah si Aakif nak makan kan

Bekal Nutrisi 


Comey tak? comey tak? hehehe


Kalau korang beli 2 (dua) pek dumex dugro 900g apa jua perisa, korang akan dapat 1 (satu) Bekal nutrisi Dumex Dugro esklusif yang boleh di bawa kemana saje, ada 3 (tiga) pilihan warna iaitu merah, hijau dan kuning. Tengok si Aakif ni even kat rumah pun sibuk nak makan guna bekal nutrisi ni. Kang bila di marah merajuk pulak so layan kan jelah, janji dia happy.

Promosi bermula hingga 31hb Oktober 2017 di kedai runcit dan pasaraya tempatan terpilih seluru negara. Untuk korang nak tau kat mana kempen-kempen ni boleh ke website www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp


Sibuk nak yang ini jugak lah Dak Aakif ni, bekal nutrisi nilah ke hulu kehilir dia bawak berjalan siap letak makanan lagi walaupun duduk kat rumah je. 

Baik cepat dapatkan sementara stok masih ada ye..