Tuesday, March 28, 2017

Suamiku Buat Hal Pulak

Hi Korang,

Balik hari tuh, tup-tup Mr Big cakap ada present kat atas meja..

Yeahh!!! Wah apsal plak laki aku bagi hadiah ni ek, ermm mesti ada apa-apa ni kan. Hehehehhe

Wah baju kurung tuh

Ermm dalam hati dah berkata-kata gak ni, apa pulak kali ni dia nak ni ek siap bagi baju bagai kan

Terus je cakap, oklah jap lagi cuba lah.

So baring-baring depan tv lepas makan hah terus tertidur ek.

Bangun-bangun nampak baru tuh terus cuba, dengan muka serabainya kan hahahaha

Tadaaaa


Cantik gak designnya.

Aku tanya beli kat mana ni, kemain cantik nau designnya. 

Dia cakap, Vietnam!!! 

Aik kemain jauh lagi, bertambah suspen lagi aku dibuatnya. Muka aku dah berkerut bagai kan. La bukan I bagi lah, bebudak kat opis ni belikan you baju tuh. Diorang pi Vietnam last week

Arrr lega dibuatnya

Risau gak aku tetiba je laki aku ni bagi hadiah bagai kan, normally kalau dia nak bagi hadiah, dia bawak je aku pi kedai then suruh aku pilih je..

Biasalah naluri isteri tuh ada memacam rasa yang kearah negative je kan hahahahahaha

Suami oh suami, memacam hal ek…

Monday, March 27, 2017

Nestle BLISS PLUS - Minuman Yogurt Premium Untuk Kebaikan Usus Kita

Hi Korang,

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, NestlĂ©® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu yang berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS, ia diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.


Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat disebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah dikalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.


BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Group Photo - Carey Ng, AEON CO representatives & Nestle Malaysia Representative

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda. Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

Mr Wilfrid Foo, Business Executive Officer, Chilled Dairy Nestle Malaysia

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo pada majlis pelancarannya di AEON, Mid Valley Megamall, Petaling Jaya baru-baru ini.


Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila melayari layari 

dan

Jangan lupa, amalkan ye...

Friday, March 24, 2017

Redha Jua Akhirnya

Hi Korang,

Ni baru ada masa aku nak bukak blog

Sebab apa?

Dari pagi tadi duk berfikir-fikir nak shopping ke tidak kat Lazada ni ek.

Aduiyai scroll sana scroll sini, timbang kira harga dan kepentingan samada guna ke tidak barang-barang yang aku ni kemudian nanti kan

Jeng jeng jeng..



Jahanam kopak wallet ek

Beli air fryer tuh sebab terpengaruh dengan IG story Kak Red la ni, dia selalu masak fries untuk Zeeshan aku tengok elok je pulak. Yang penting tak yah guna minyak, itu menjimatkan tuh. Nak beli yang Philips belum mampu lagi so beli brand yang cikai dulu lah, so kalau rosak cepat tak delah sakit hati sangat kan hehhehe

Smoothie Blender tuh aku dah lama nak beli tapi harga dia dekat nak RM100 kan so aku biarkan je dulu, la ni ada diskaun kaw-kaw pulak so harus jangan lepas kan peluang ek

Lelain tuh barang Uban dengan beg lipat untuk travel, sebab tak de lagi so belilah.

Di sebabkan hari ni ada diskaun untuk HSBC card member so bertambahlah murah 10% dari overall amount

Sudahhh kumpul duit bayar semua hutang ni ek...credit card tuh takut pulak aku kan

Korang, shopping tak masa Lazada sales ni ek?