Wednesday, January 25, 2017

Makan Set Lunch ‘Western Mania’ Di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.

Hi Korang,


Kita semua tau kalau time lunch mesti kita nak makan sesuatu yang cepat dan mudah, betul kan!! Yelah lunch hour pun bukan lama benau cuma sejam je. So solution terbaik kena cari kedai makan yang menghidangkan masakan cepat macam nasi campur, mee sup, soto, laksa. Jarang orang nak makan western food sebab kita rasa lambat je diorang akan masak kan.


Tapi kalau korang pi makan di Pearl International Hotel untuk lunch of courselah tak lambat sebab diaorang ada promosi ‘Executive Lunch Express ‘ untuk korang mencuba menu makanan barat pada waktu tenghari ek hehehee

Aku hari tuh sempat mencuba beberapa jenis menu western food ni tau.

Pilihan Untuk Main Course 

Beef/Lamb Meatball Spaghetti with Tomato Concasse, Parmesan Cheese and Cream

atau

Panfried Fish with Buttered Vegerables, Garlic Butter Rice and Tumeric Cream Sauce

atau

Grilled Chicken Chop with Mixed Garden Salad, French Fries and Oriental Cause

Ok bukan itu je tau..

salad

soup of the day

iced lemon tea


Oh ya untuk set ‘Executive Lunch Express ‘ di datangkan sekali dengan pilihan soup atau salad dan juga minuman Iced Lemon Tea percuma ye pada harga RM22.90++ seorang.

Bagi aku oklah tuh harga cam ni kan, sekali sekala one in blue moon orang kata hauhauahua. Even kalau korang lunch dekat Old Town or Papparich pun harga lebih kurang sama jugak kan

So apa lagi meh singgah ke:

Cafe 5,
Pearl International Hotel, 
Batu 5, Jalan Klang Lama 
58000 Kuala Lumpur Malaysia

PHONE: 603-7983 1111 
FAX : 603-7621 9777




Facebook : 

Instagram : 

Dah apa lagi tunggu jom menjamu selera ek !!




IT'S PORE PERFECTION By ‘PINK’ Pure Beauty

Hi Korang, 


Asal pink je korang suka kan!!


Memang pink dengan pompuan tidak dapat dipisahkan ye hehehe tak caya pi tanye blogger pinkymomma tuh. 

Kini ‘PINK’ Pure Beauty telah pun melancarkan produk terbaru mereka yang mana merupakan produk penjagaan liang muka dengan sempurna dalam pembersihan liang dan penapisan kulit untuk kita wanita hari ini. 

Pink By Pure Beauty ni di bawakan oleh Watsons Malaysia iaitu salah satu farmasi penjagaan diri terkemuka di negara ini. 

"Watsons is always ahead in product innovation to provide our customers the variation within our stores, and we are proud to introduce The Pore Perfection range from Pure Beauty for our customers in Malaysia," kata Caryn Loh, Country General Manager and Head of Watsons Malaysia pada majlis pelancaran produk kepada para media dan blogger.


Rangkaian Pore Perfection dari Pink by Pure Beauty ini dirumus khas menggunakan kombinasi unik yang kaya dengan mineral Pink Clay dan Jeju Volcanic Ash, Jeju carbonated thermal water dan Pink Flower Complex semula jadi. Formulasi ini membantu untuk membersih jauh ke dalam kulit, mengawal sebum, mengurangkan dan mengetatkan liang pada masa yang sama menghidrat kulit dan menghaluskan warna kulit.


"Pink by Pure Beauty has been receiving positive responds from our customers and we are confident with The Pore Perfection range will be a favourite with its unique formulation Korean packed beauty ingredients and natural flower extracts," kata Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia. 

Terdapat 3 jenis liang yang bergantung kepada umur orang itu dan sebab-sebab yang berbeza. Terdapat banyak sebab-sebab yang mempunyai liang ketara, misalnya, ia dipengaruhi oleh hormon, tekanan, cara yang salah pembersihan, isu-isu alam sekitar yang melampau, penuaan dan banyak faktor lain.


Rangkaian Perfection Pore dengan empat bahan utamanya adalah dihuraikan seperti berikut: 

i. Pink Clay 

Pink Clay is one type of Kaolin clays - the oldest treatment the mankind has available and it effectively and naturally treats many disorders. Pink Clay provides a profound absorption of toxins and clogged oil from the skin while combats skin irritation and dryness. It cleanses the excess sebum and other substances from pores. The clay is dried by sunlight from natural ingredients taken from mountainous areas in France Jula. It is enriched pristine naturally balanced minerals, balancing the most stressed and sensitive types of skin.

ii. Volcanic Ash

Jeju Volcanic Ash is called "light rock" in Jeju dialect. They are precious natural resources that are strictly protected under special law of Jeju island, which could only be extracted from specific regions in Jeju and non-complete products cannot be exported. Jeju Volcanic Ash contains zero harmful heavy metal. It is safe to be used as cosmetic raw material. The ability of neutralization of Jeju Volcanic Ash absorbs sebum or harmful matter of outside environment, leaves skin purified.

iii. Carbonated Thermal Water

Korea's best quality carbonated thermal water from San-bang mountain in Jeju! Purified groundwater is rich of 13 minerals including carbonic acid ion, calcium, sodium & others, hydrates the skin from inside-out. 31°C of San-bang mountain's thermal water allows carbonate acid to keep it's moisture, leaves skin moisturized and refreshed. Carbonated thermal water helps keep the collagen fibers between cells strong, aiding overall firmness & plumpness of skin, also help mechanically wash out the pores without too much harshness.

iv. MAT-XS Bright

MAT-XS Bright is a compounded ingredient with Java tea leaf extract. Via clinical evaluation, scientists found MAT-XS Bright is effective in reducing sebum production, reducing shiny appearance and decreasing pore size


Rangkaian The Pore Perfection ini terdiri daripada cleansing foam, toner dan essence dan sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah liang pori muka yang besar dan berminyak tau.

Untuk maklumat lanjut layari

Website Watson : http://www.watsons.com.my




Tuesday, January 24, 2017

Nasi Beriani Sinar Dulang, U5 Corner Subang Bestari.

Hi Korang,

Memang nasi beriani ni jadi one of favourite aku. Even hari-hari makan pun tak per tapi gemuk plak dibuatnya kan hehehhehee. 

Normally nasi beriani ni dihidangkan dengan kuah dalca kan tapi di Nasi Beriani Sinar Dulang ni lain sket. Ada yang lagi special tau.


Aku pun baru tau tempat makan sedap di Subang Bistari ni, alah biasalah dengan bantuan google, facebook, Instagram maka sampailah aku kemari. Datang pulak dengan kengkawan blogger kaki makan haruslah memang seronok. 

Nama kedai ni adalah Nasi Beriani Sinar Dulang,


Dengar nama pun terus rasa bersinar-sinar nak makan nasi beriani dalam dulang ni kan. Tuan punya kedai ni Encik Amir menerangkan kepada kitaorang yang nama Sinar Dulang ni bermaksud semoga bisnes nasi beriani beliau ni terus bersinar dan dulang pula membawa maksud kepada bisnes katering yang di jalankan.

Sebenarnya En Amir ni menjalankan bisnes nasi beriani ni secara catering tapi di disebabkan permintaan ramai yang mahukan nasi beriani ni secara harian maka beliau pun membuka kedai makan Nasi Beriani Sinar Dulang ni. 

Tengok ni,





Kita tak payah tunggu lelama, order je then sekejapan hidangan pun siap sampai atas meja hehehe.

So apa yang special?



Pernah dengar tak nasi beriani di hidangkan sekali dengan air asam. Ye air asam yang selalu orang makan dengan ikan bakar tuh. Tapi kat sini ianya dihidangkan dengan nasi beriani tu sekali. 



Oh ya, di antara menu nasi beriani yang dihidangkan adalah:-

Nasi beriani Ayam + Air asam utara - RM6.50
Nasi beriani Daging + Air asam utara - RM7.50
Nasi beriani Kambing + Air asam utara - RM8.50
Nasi beriani Combo (ayam + daging + kambing) - RM17.00

Nasi beriani Ayam + Air asam utara - RM6.50

Nasi beriani Daging + Air asam utara - RM7.50

Nasi beriani Kambing + Air asam utara - RM8.50

Nasi beriani Combo (ayam + daging + kambing) - RM17.00

Hambik ko, apa lagi meh aku cuba dulu.

Hajat hati memang nak makan yang nasi beriani combo tuh tapi apakan daya tekak dah memanggil-manggil suruh makan daging kan, so kita cuba daging.



Not bad, first time makan nasi beriani dengan air asam. Rasa dia blend, langsung tak de rasa pelik pun. Nasi sedap dan bau harum, daging lembut yang aku dapat tuh dan air asam memang terbaek.


Masa kitaorang datang tuh, ianya merupakan hari pertama pembukaan Nasi Beriani Sinar Dulang ni. Walaupun baru satu hari dibuka namun sambutannya menggalakkan sungguh. 


Selain daripada pengunjung restoran dari kawasan setempat, turut memeriahkan majlis merupakan anak-anak yatim yang dijemput khas untuk merasai sendiri rasa kehebatan nasi beriani yang ada ditawarkan di sini.


Siap ada abang askar yang tapau lagi tau


Kedai ini di buka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang. Pada sebelah malamnya pula terdapat vendor-vendor kecil yang berniaga di situ. Lokasinya terletak di U5 Corner Subang Bestari berhampiran dengan Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Ikut je jalan dari Subang Airport tuh, nak nampak Subang Bestari kat junction Star Avenue Shopping Mall tuh terus je jalan kedalam ek.


Nasi Beriani Sinar Dulang,
U5 Corner,
Jalan Teratai Utama,
Subang Bestari.
(Sebelah dengan Juneda Italian Taste-bukak malam je)



Maklumat mengenai nasi beriani sinar dulang, boleh terus ke fanpage Sinar Dulang Katering atau hubungi 019 296 6353.

Selamat menjamu selera korang!!!...