Monday, March 28, 2016

EPHYRA Skin NANO Advanced Repair Serum, Ermm Berbaloi Cuba Lah!

Hi Korang,


Citer pasal nak cantik lagi ek hehehehe

Bukan nak cantic macam Erra Fazira pun lah tapi nak kulit nampak muda je selalu, biar tak jemu Mr Big memandang je kan hauhauhauahuahau


Memang banyak serum di pasaran tempatan ni dan aku memang senantiasa mencuba dan terus mencuba untuk mecari serum yang mana sesuai dengan kulit muka aku ni. Payah gak ada kulit muka cam Cik Lily Putih ni rasa esklusif sangat.

Kebetulan plak, serum muka pun dah abis but nak pi beli belum ada masa lagi tup-tup dapat parcel dari Miss IA yang di dalamnya ada E EPHYRA Skin NANO Advanced Repair Serum. Wah pucuk di cita ulam mendatang plak ek.

Ok meh kita check it out this serum ek!


Keistimewaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Banyak keistimewaan atau kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Antaranya, ia menggunakan teknologi nano yang dipatenkan di Switzerland. Seperti yang kita tahu, Switzerland merupakan Negara maju yang kaya dengan teknologinya. Dengan teknologi nano, serum senang meresap ke dalam kulit kerana partikel yang bersaiz kecil(nano). Yang terbaik mengenai Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah ia bebas daripada sebarang jenis bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Ia mampu mencerahkan dan menaikkan seri wajah kerana adanya gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin semulajadi, Gluthathione, Vitamin C, dan Vitamin E.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.


10 Kesan Nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1. Mengecutkan jerawat

2. Menghilangkam parut jerawat dan jeragat

3. Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur

4. Menghilangkan bintik-bintik hitam

5. Mencerahkan kulit kusam

6. Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata

7. Mengekalkan kelembapan wajah

8. Menghilang lebam bawah mata

9. Merawat kulit terbakar (sunburn)

10. Memberikan kesan kilauan pada wajah.

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Dalam 3 in 1

1. Memulihkan

Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Malah, ia turut memperbaiki kulit agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

2. Memperbaharui

Menyerap jauh ke dalam sel kulit menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksimum, untuk menghasilkan kulit yang anjal, lembut dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

3. Melindungi

Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses oksidasi. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen antioksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Cara Penggunaan Ephyra Serum ni



Alah sehari 2 kali pagi dan malam sebelum korang sapu moisturizer cream yang lelain ek. Tapi aku just guna malam sebelum tidur coz aku nak tengok sendiri keberkesanan serum ni kan. Itulah nampak perubahannya tapi sedikit demi sedikit, takkan baru pakai 1 malam dah cantik cam Memey Suhaiza plak kann hehehhe

Kalau di jadikan amalan memang cantik terus aku ni nanti ek…


Kalau berangan tu ada je idea yelah

Oh ye, harga untuk


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga: 

RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 

RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Atau 


Atau 


Atau

Whatsapp : 019-737 3770 / 019-380 0779

Ok itu je yang aku nak citer dengan korang, yang sibuk cari serum muka tuh baiklah korang cuba dulu kan mana tau kot kot korang lagi cantik dari artis yang meletop-letop sekarang ni kan


AZANIS SCAR SERUM,Memang Boleh Hilangkan Parut!

Hi Korang,

Biasa dengar kan jenama hilangkan parut Azanis Scar Serum, itulah aku pun dah pernah citer sebelum ni dalam entry petua hilangkan parut

Tapi ni aku tambah lagi citer mengenai kebaikan Azanis Scar Serum ni ek


Produk Azanis Scar Serum agak popular terutama di kalangan pengguna lama social Facebook. Even mak aku yang tak de Facebook pun tau sebab cousin aku selalu duk citer pasal serum ajaib ni kan.  Ramai dah orang berkongsi tentang kesan menakjubkan selepas menggunakan produk ini. Tidak kisahlah jenis parut kecil atau besar mungkin didapati dari kesan kemalangan, bekas jerawat dan sebagainya.

“Produk Azanis Scar Serum kini telah perbaharui formulasniya”

Jika sebelum ni hanya 3minggu saja boleh memulihkan parut, dengan fomula baru ni agak-agak seminggu je dah pudar parut tu kan?

Jeng jeng jeng…

Memperkenalkan


Gabungan Vitamin E dan Cocoa Butter

Produk Azanis Scar Serum yang kini diperbaharui dengan Vita-Cocoa Booster Formula. Uniknya tentang Vita-Cocoa Booster Formula ini kerana ianya menggabungkan Vitamin E dan Cocoa Butter. Kalau dulu produk Azanis Scar Serum hanya mempunyai vitamin E sahaja, kini produk ini diperkaya dengan khasiat Cocoa Butter.

Nampak tak permainannya di situ ek!


Untuk pengetahuan semua 100% vitamin E dari produk ini (d-alpha tocopherol) adalah dirumus khas daripada soya. Yang mana vitamin semulajadi “D-alpha Tocopherol” sebenarnya mengandungi 50% lebih anti-oksidan dan ianya juga mempunyai daya serapan yang baik.

Dan kita juga sudah sedia maklum, Cocoa Butter ni memang popular dalam perawatan kulit. Terutama masalah kulit yang melibatkan kesan parut. Ini kerana khasiat Cocoa Butter yang mudah diserap ke lapisan epidermis dan dermis, dan boleh menghasilkan satu lapisan kelembapan dan minyak khusus melindungi kulit dari penyebabnya menjadi rosak (cuaca panas dan sebagainya)

Cara penggunaannya

Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.

Penggunaannya juga agak mudah dengan menggunakan sedikit sahaja Azanis Scar Serum , letak pada tangan dan sapu pada permukaan parut. Lebih efektif gunakannya setiap pagi dan malam, seharusnya perlu diguna sekerap yang mungkin. 


Bagi parut seperti cacar air/chicken pox atau kesan terbakar. Kita perlu tunggu sehingga kesan luka itu benar-benar telah kering sebelum mula menggunakan Azanis Scar Serum . Dan parut pembedahan pula, pastikan luka benar-benar sembuh dan benang jahitan telah dikeluarkan sebelum menggunakan Azanis Scar Serum .

"Kualiti produk dipertingkatkan. Namun harga dikekalkan"

Hanya RM60 sahaja, memang terbaik! Jadi tidak hairanlah, kenapa produk Azanis Scar Serum menjadi pilihan masyarakat Malaysia.

RM60 SAHAJA!


Keterangan lanjut boleh layari :-



#AzanisScarSerum 
#DHNBlogger

Sunday, March 27, 2016

TC BOY – Mesti Ada Di Dapur Setiap Rumah

Hi Korang,

Kalau cakap pasal makanan dalam tin je semua orang akan cakap tak sihatlah, nampak nau ko pemalas dan memacam lagi kan. Tapi sebenarnya tak semua makanan dalam tin tak berkhasiat ye, sedap je ko cakap cam tu ek


Ni meh sini aku nak perkenalkan pada korang ‘TC Boy’ makanan salmon dan mackerel dalam tin yang sedap, lazat dan berkhasiat.

Selain daripada berkhasiat, makanan dalam tin TC Boy tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada sebarang tambahan MSG. Yang penting ianya dapat menjimatkan masa dan amat sesuai untuk suri rumah dan ibu-ibu bekerjaya cam aku ni kan hehehhe


Aku kongsikan seerba sedikit mengenai sejarah TC BOY ni ye

TC Boy telah diasaskan sejak dari tahun 1991 dan bertapak di Malaysia setanding dengan makanan dalam tin yang lain. Selain Malaysia, TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunei, China dan Timur Tengah. TC Boy menawarkan pelbagai produk makanan seperti tuna, salmon, sardin, kacang panggang dan juga air kelapa laut.

Jenis Tuna dan Salmon TC Boy (180 g) :- 

1.Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil 
2.Red Salmon Salad (Spread Style) 
3.Tuna Sandwich Delite 
4.Tuna Real Mayonnaise 
5.Tuna Mayonnaise Spread Style 
6.Solid Tuna in Extra Virgin Olive Oil 
7.Solid Tuna in Spring Water 
8.Tuna with Chilli Padi 
9.Solid Tuna in Vegetable Oil 
10.Solid Tuna in Sunflower Oil 
11.Solid Tuna in Brine


TC Boy Tuna dan Salmon kaya dengan :- 

1. Omega 3 - mengandungi DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
2. Protein - Nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikkan tisu 

3. Kalsium - memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf 

4. Rendah lemak - membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti 

Sardin & Mackerel TC Boy
Sardin & Mackerel adalah sumber yang sangat baik seperti vitamin D dan B12. Ia juga kaya dengan Omega 3 dan protein. Untuk produk ini ia sangat mudah dimakan dengan roti atau dipanaskan semula serta boleh dimakan dengan nasi atau spaghetti.

Jenis Sardin & Mackerel TC Boy :- 

1. Fried Mackerel in Chilli Sauce 155g 
2. Mackerel in Tomato Sauce 425g 
3. Sardines in Tomato Sauce 155 g & 425g 

Selain daripada diatas, TC Boy juga mengeluarkan kacang panggang iaituBaked Beans in Tomato Sauce serta buah kelapa laut didalam tin yang mengandungi perasa Sea Coconut in Honey and Syrup.

nampak isi ikan tuna, seketul beso ek

Dan paling menarik, produk TC Boy adalah HALAL yang telah disahkan oleh pihak JAKIM. So, korang jangan risau bab halal ni dijamin selamat!!

Aku tak delah pandai sangat masak-masak ni kan, setakat masak simple-simple untuk makan berdua jadilah ek.


Yang ni Mr Big masak Nasi Goreng Sardin TC BOY, alah simple je kan, yang penting isi ikan sardin tu di goreng so isinya garing dan tak mudah pecah.


Aku pulak buat resepi sarapan pagi bersama sandwich spread TC BOY dan tuna yang berketul-ketul tuh di buat cekodok.

Hah senang kan

Itulah dengan TC BOY semua boleh jadi ek

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.tcboy.com