Monday, December 22, 2014

Buat Facial Best Di True Harmony SPA, Putrajaya

Hi Korang,


Last week aku berkesempatan ke True Harmony SPA di Putrajaya ni. 


Korang pun tau kan, betapa busynya aku sampai tak sempat nak pi manjakan diri. So aku ambil keputusan untuk cuti ½ hari then terus ke mari. Ini pun atas cadangan blogger Ila Salleh yang dah biasa dengan Spa ni. 

Not bad jugak Spa ni, simple je deconya tak menyesak mata memandang kan.


Memula aku dihidangkan dengan ‘welcome drinks’ iaitu Red Date. Ermm di rebus sendiri khas untuk pelanggan Spa ni. Sedap tak berapa manis pun, just nice. 

masukkan segala details ek

ini mesin pengimbas tuh

ok meh check sket kulit kak

Lepas tu terus ke Consultation Room untuk sessi analisis kulit muka. Mana boleh masuk-masuk terus buat facial kan, kena check kulit muka dulu baru boleh tau facial yang mana bersesuaian dengan kulit. 

amik ko, eeee

Tengok ni, kat screen. Aku sendiri pun geli nak tengok kulit muka aku kan, banyak masalah. Alah biasa, bila umur dha meningkat remaja purba ni macam-macamlah yang singgah di muka ni.

bersihkan muka

tengok nak tidur je kejenya lah

Kemudian, ada urutan-urutan as welcome massage. Kira cam warm up gituh lah. Barulah kita mulakan dengan membersihkan muka dengan cleansing milk dan cleansing gel untuk 2 kali pembersihan. Hah betul-betul bersih tuh. 


Pihak True Harmony Spa menggunakan mesin Microdermabrasion dari Dermo Pod Technology.



Di antara fungsinya ialah (tulis English ye coz takut salah translate nanti) :

1. Skin resurfacing, only when using corundum

2. Deep cleansing of follicles and pore reduction

3. Production of new skin cells in basal layer of epidermis accelerates renewal and repair

4. Stimulation of fibroblast activity in dermis improving collagen production.


cari jerawat tersembunyi ek

Tak de rasa sakit pun, dia macam laser je bunyinya tapi mesin tu sedut segala masalah kat keseluruhan muka. Yang mana bahagian yang ada blackheads, parut jerawat, kedut-kedut tu dia bersihkan lama sket.

Kemudian muka di steamkan dengan facial steaming.

Di antara kebaikkannya adalah untuk (tulis English ye coz takut salah translate nanti):-

1. Moisture softens the surface layer of dead skins cells

2. Helps to free any dead cells, dirt, bacteria or other trapped matter that could be causing breakouts

3. it can allow your skin to better absorb any other products

Ada pulak Face Extraction iaitu proses mengeluarkan mana-mana blackhead dan whitehead yang tertinggal selepas facial steaming tadi. Kira yang sakit baki tuh yang degil-degil ni dan diikuti dengan Aromatherapy face massage untuk peredaran darah dan ketegangan kulit muka.

Masukkan kita ke treatment yang kedua plak iaitu ‘OXYGEN’ Facial.

baca ni gak tau


Actually treatment ini adalah untuk menambahkan lagi kelembapan pada kulit muka kita. Biasalah kita ni kalau suruh minum air kosong/putih memang tak berapa jalan kan. Cuma offer, kopi, teh, air gas cepat je korang sapu. 


Dengan menggunakan mesin ‘Oxygen’ ni, serum hyaluronic acid di masukkan kedalam muka mengikut apa yang telah di analisis sebelum tuh. Bukan guna jarum tau, adalah alatnya. So bahagian-bahagian seperti fine lines, kedutan tu dah dihilangkan secara beransur-ansur untuk nampakkan kulit muka lembap dan berseri-seri. 


Habis semua tu, barulah di pakaikan aloe vera hydration mask seketika untuk merehatkan kulit muka dan penghabisan sekali di letakkan toner organic Aloe Vera, intensive moisturizing serum dan juga sun block.

Inilah hasilnya

sebelum treatment bermula

Selepas treatment, ermm nampak bersih kan

Arghh lega rasanya lepas semuanya selesai. Alah aku bukan rasa apa pun sangat, sebab lebihnya aku tidur semasa rawatan. Nasib baik habis treatment diorang siap kejutkan lagi. Ishkk teruk punye orang kan..

Nak tau harga untuk kedua-dua treatment ni?

Ermm 

Crystal peel facial treatment RM280
H2O oxygen facial treatment RM280

Lepas tu kalau ada masalah kulit muka macam breakout ke kan, boleh pi balik ke True Harmony Spa ni sebab ada 3 hari waranti

Ini ada beberapa testimoni daripada pelanggan True Harmony ni ek





Ada berita baik untuk korang yang suker sangat dengan kedua-kedua treatment ni ek. Pihak True Harmony Spa telah sediakan diskaun hebat untuk korang.


Korang boleh redeem RM200 FREE facial treatment voucher di Spa ni, dengan cara masa korang call buat appointment berikan Redemption voucher Code: CIKLILY. Mudah je kan. Banyak tuh diskaun aku agak ek. 

Jomlah ke


True Harmony Spa Putrajaya
No.83, Jalan Diplomatik Presint 15,
Putrajaya,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tel: +603-8890 4833, +6019-370 4833





Kalau kat Terengganu pun ada jugak. Korang pun boleh call je dan guna terus voucher code aku tu ek.

True Harmony Terengganu 
Tel: 09-622 6178 / 019--370 4833


Eh ini baru treatment pertama, ada lagi ni coming soon tau. Ermm tak sabar nak buat treatment lagi ek


Sunday, December 21, 2014

Happy Anniversary Cik Lily Putih & Mr Big

Hi Korang,

Diam tak diam rupanya dah 7 tahun ktorang bersama, di tambah lagi dengan bercinta selama 5 tahun kan. Hah amik ko, dah 12 tahun rupanya kisah cinta ktorang ni. 


Rasanya dah macam-macam ktorang berdua lalui bersama daripada zaman kene kejar dengan ex-aku, sampai macam-macam hal bila nak kahwin, asyik dikecam sebab tak de anak lagi ermm boleh dikatakan gerit perit ribut taufan abis ditempiasnya bersama.









Alah gaduh-gaduh tu apa hal, biasalah tuh dalam rumah tangga. Kalau semuanya baik, tipu la tu kan.


So happy anniversary to my one only Mr Big a.k.a Syaiful Ridzman Osman. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat kita berdua. 

Celebrate kat mane tahun ni darlingku. eh lagi mau tanya plak kan. of courselah ke pulau, aku kan suka pantai dan sunset..

Hehehhehe…

Saturday, December 20, 2014

Misteri Telefilem Oh My English - VILLA ISABELLAAA!?

Hi Korang, 

takutnye huhuhuhu

Hari tu team Cik Lily Putih sempat ke preview telefilem istimewa berjudul ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’ di GSC Signature The Gardens. First time masuk kat wayang Signature ni, esklusif sangat wei.


jom masuk ek

Oh My English: Villa Isabellaaa! merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular ini selepas Oh My Ganu! dan Oh My English – Hello America!. Telefilem arahan Shamyl Othman ini merupakan satu karya dengan suntikan elemen misteri dan suspen ke dalam kisah yang berkonsepkan komedi pendidikan. Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan kisah pengembaraan baru dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh watak-watak OME! kegemaran mereka dalam merungkai tragedi misteri yang menimpa. 

para pelakon oh my english-villa isabellaaa

juzzthin dan nina AF2014 menyanyikan lagu tema



Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) akan menyertai para pelajar kelas 4 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazri), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Mazlee (Zhafir Muzani) dalam menempuhi cabaran baru bersama Sarjan bin Mejar (Rahim Jalur) dan Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) yang pasti akan membuat anda tidak kering gusi dengan telatah mereka. Selain itu, telefilem kali ini bakal menampilkan pelakon wanita berkaliber iaitu Emelda Rosemila yang akan membawa watak sebagai seorang wanita misteri bernama Puan Tiana. Terdapat juga penampilan istimewa daripada Izzue Islam, Sara Ali dan Atu dari kumpulan Zero.



Kisah Oh My English: Villa Isabellaaa! bermula di mana para pelajar kelas 4 Merah dan Mr. Henry Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergian mendadak See Yew Soon ke Singapura di dalam episod kemuncak Musim ke-3. Atas dasar semangat setia kawan, Mr. Henry Middleton bersama Jibam, Jojie, Zack dan Mazlee serta ditemani Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan bin Mejar membuat keputusan untuk melawat See Yew Soon. Mereka kemudiannya memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah van. Malang menimpa apabila van yang mereka naiki pancit dan mereka terkandas di kawasan yang asing.



Lantas, mereka menyelusuri hutan dan menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari bantuan, tetapi gagal. Sebaliknya mereka menemui Villa Isabella, sebuah rumah terpinggir yang dihuni sendirian oleh Puan Tiana, seorang wanita misteri yang sering berpakaian merah. Puan Tiana menjemput mereka menginap di rumahnya pada malam tersebut. Namun, pelbagai persoalan timbul tatkala beberapa kejadian aneh berlaku pada mereka. 

Keberanian mengajar Jojie erti persangkaan. Dia mahu mencari kebenaran. Dia membongkar pelbagai petunjuk membuktikan Puan Tiana tidak seperti yang dijangkakan. Akhirnya rahsia yang tersembunyi di Villa Isabella muncul sedikit demi sedikit menyebabkan rakan-rakannya sudah mula mempercayainya Jojie dan syak wasangkanya.


Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden Saluran Astro TVIQ berkata, “Kami di Astro sentiasa mengambil kira pandangan dan pendapat daripada para peminat yang telah mengikuti siri rancangan Oh My English! dan rata-ratanya memberikan sokongan positif menonton rancangan ini. Kami berterima kasih atas penerimaan siri pendidikan komedi ini dan gembira siri ini telah menambat hati mereka. Maka dengan itu, seusai tamat siri Oh My English! Musim Ketiga, kami tampilkan telefilem istimewa khas buat para peminat, Oh My English: Villa Isabellaaa!.



Oh My English: Villa Isabellaaa! ini sekali lagi telah ditaja oleh Vitagen, iaitu minuman susu kultur sebenar nombor 1 di Malaysia yang padat dengan kultur Lactobacillus (Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei) bagi membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. 

Astro TVIQ, saluran 610 juga akan mengadakan marathon selama dua hari pada 26 Disember dan 27 Disember, dari 10 pagi hingga 10 malam, di mana para penonton Oh My English! boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter sambil menyaksikan kembali telefilem Oh My Ganu dan Hello America serta episod-episod terbaik Oh My English! dari musim 1 hingga 3. Twitter terpilih akan disiar secara langsung di televisyen. 


Penonton Oh My English! boleh juga berinteraksi melalui laman sosial seperti Facebook (Oh My English), Twitter (@Oh_My_English), YouTube (Oh My English!) dan Instagram (@ohmyenglish). Peminat Oh My English: Villa Isabellaaa! dijemput untuk menyertai perbualan menggunakan hashtag #OhMyEnglish dan #VillaIsabellaaa untuk mendapatkan klu mengenai villa misteri ini sambil memberi peluang kepada mereka untuk mendekati cerita ini sebelum tayangan perdana di televisyen. 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa! yang akan disiarkan pada 27 Disember 2014, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135). 

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.