Wednesday, May 28, 2014

Jemputan Blogger Ke ANGGUN FUSION Restaurant


Hi Korang,

Weekend time cuti sekolah ni buat ape? Dah siap plan bagai ke? Ermm

Kalau korang tak de nak pi mana weekend ni aku nak ajak korang ke restoran Anggun Fusion ni.

Untuk apa?

La of course lah makan. Tapi di samping tu, ada memacam aktiviti lagi macam make-up, beauty talk, dah memacam lagi lah.


Ni overview sket mengenai Anggun Fusion Restaurant

A chic and contemporary spot, Anggun Fusion’s décor is as hot as the plates and the carte du jour. Perfect for private parties and events with an elegant lounge-type atmosphere serving delicious,exquisite asian and international fusion spread. Strong features and extravagant designs uses hot and steamy colurs is at its best when served their signature dish, “ Chicken Rendang Peanut Butter” and Seafood Platter, allowing you to enjoy the bounty flavours with the perfect blend of the traditional with new scintillating tastes. Layered with variety specialities like local inspired dishes and seafood, the menu selection has something for all. Specials of the house includes Nasi Lemak Chicken Rendang Peanut Butter, Seafood Platter, Nasi Lemak Bungkus and Grilled Pineapple…just to name afew are not to be missed.

Ok nampak tak, kesedapan pun dah bermula walaupun event weekend ni. 


Korang jugak boleh cuba-cuba manicure dan pedicure secara percuma je. Bolehlah cantikkan kuku kaki dan tangan ek. Barulah nampak bersinar kilauan jari korang tuh. 

Aku buka jemputan ni terhad kepada 5-6 blogger je. 


Bukan apa selain daripada blogger dan media, orang ramai lain pun ada. So kenalah fair and square jugak. Tapi jangan bimbang jemputan untuk blogger adalah FREE. Korang just datang bawak badan je. Kalau nak bawah partner bagitau dulu coz organizer nak arrange tempat jugak untuk partner korang.

Ni detailsnya :

Beautiful Relationship With Mother

Date : 31hb Mei 2014

Time : 2.00pm - 5.30pm

Venue : Anggun Fusion Restaurant

B2-12, Plaza Damas 3,
No. 63, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur.
(same row with RHB dan 7-eleven)






Walaupun tajuk talk nya berkisarkan tentang ibu tapi memang ada kena mengena dengan kita orang perempuan ni. Elok jugak kalau boleh bawak suami ke, tunang ke, boyfriend ke kan. Tapi lagi best bawak BFF kita kan, yelah sesama pompuan mesti seronok punya.

Kalau korang berminat, ni contact person in charge

Name : Ash
Contact no. : 013-3229086


Cakap je cik lily putih yang bagi nombor dia ni tau. Tak pun kalau korang segan, komen jelah kat entry ni dengan email sekali. Nanti aku suruh dia contact korang ek


Ok itu je, kalau ada kelapangan mohlah kita join ye.




Makan Mee Hailam Enak Di Pak Hailam Kopitiam


Hi Korang,

Kalau pi kopitiam je, mesti korang ingat aku akan order kopi kan. 

Ermm selalu sangat kopi boring jugak lah. Kekadang minum air lain gak, ikut tekak lah.

Macam hari ahad lepas, akibat tak dapat masuk area Putrajaya coz nak pi shopping kat Jom Heboh kan, ktorang membawa hati yang lara ke Kajang ni je. Sebenarnya geram tak dapat nak pi beli makanan murah-murah kan, so Mr Big cakap jejalan kat Kajang je lah lagipun lama dah tak ke sana.

Abis tawaf satu Metro Kajang ni, ktorang duk chillax kat kopitiam ni.

Ingatkan nak makan simple snack macam roti bakar dan teh tarik kan, ermm punah harapan. Sampai je depan kaunter, bertukar jadi lapo plak bila tengok gambar makanan kat menu tuh.

3 layer tea


mee hailam

Sudahnya aku order mee hailam dengan 3 layer tea je. Mr Big makan bubur ayam dan kopi ais. 



Tengok bawangnya, mak datuk bukan main banyak lagi dan rasa macam makan laksa pun ada. Aku kutip semua dulu termasuk dengan timun-timun sekali. Letak tepi then baru makan ye. 

Makan-makan sambil borak-borak sambil tengok finale Piala Thomas 2014. Aduiyai sakit benau hati lah. Sampai malas nak citer..

Ermm ok lah selamat makan korang...

Tuesday, May 27, 2014

Pisang Raja Udang, Ermm Boleh Makan Ke?


Hi Korang, 

Masa aku balik kampung hari tuh, terjumpa plak aku dengan Pisang Raja Udang ni.


Giler arrr, pisang nama raja tuh. Siap 2 kali aku tanya mak aku kan. 

Memang payah nak jumpa pisang warna merah hati ni. Kat area kampung aku memang tak de. Ini pun pak ngah aku bawak balik dari Janda Baik. Dia pi mandi sungai hari tuh dengan family dia, tup-tup dia nampak orang kampung jual pisang ni banyak. Terus dia beli sebakul beso. Konon nak buat sedekah lah.


Tup-tup bila bawak balik kampung, orang kampung sini plak takut nak makan coz dipercayai kalau orang yang ada penyakit kulit makan akan bertambah teruk jadinya.

Ishkk ye ke?

Itulah mak aku citer. Cian gak kat pak ngah aku sebab niat dia tu orang salah erti plak.

Sudahnya mak aku bawak balik rumah buat makan sket dan selebihnya bagi monyet belakang rumah ni makan..


Tapi elok je plak aku makan pisang ni, sedap pun sedap.

Ermm orang kampung, biasalah mitosnye lebih banyak daripada fakta kan..