Monday, November 25, 2013

REVIEW | Filem The HUNGER Game - Catching Fire

Hi Korang,

Last weekend punye cerita.


Ktorang sekeluarga pi tengok filem ni. Actually tak plan pun. Lepas je pi makan kat Pavillion terus je diorang cakap nak pi tengok wayang.


Pilih movie apa yang ada time tuh, terus pi KLCC kan. Tengok midnight. Nasib baik tak ramai orang. Panggung pun separa penuh. Oklah tu seat pun cantik.


Sudah, meh layan sket sinopsis filem The Hunger Game-Catching Fire ni ek



'Katniss is recovering from the previous book's events, where she and Peeta won the Hunger Games. Everything at home in District 12 has changed, including Katniss' relationship with Gale. She and Peeta still have to pretend they're an item, although her feelings for Gale are totally unresolved.


Before Katniss, Peeta, and Haymitch leave town for the Victory Tour they're traditionally obligated to take, President Snow stops by to warn Katniss that he's watching her. He doesn't want to see any more rebellious stunts. Somewhat daunted, Katniss prepares for the tour.


The next Hunger Games are announced, a special version called the Quarter Quell. The Quells celebrate anniversaries and are extra gnarly versions of regular Games. In this one, the 75th Games, former winners will have to re-enter the arena. This means Katniss has to go back and risk almost certain death for the second time'

Pada pandangan aku:

1. Korang kena tengok filem yang first dulu baru sedap sket coz its continuously daripada filem yang first dulu. Nasib baik aku tengok banyak kali kat Astro HBO

2. 1/2 pertama agak slow sket, ye lah banyak konflik kan

3. Action masa dalam hutan memang terbaik, Mr Big sampai terperanjat bila so baboon tu kelularkan taring kan.

4. Effect terkena gas beracun giler arh, sampai geli plak aku tengok.

5. Banyak plak scene cintan cintun, taulah diorang berdua ni fake in-love



So overall Mr Big kasi 2.5/5 star dan aku plak kasi 3/5 starBiasalah taste kita berbeza kan.

Nak tau ending?

Ermm

Takkan aku nak spoil plak kat sini. Baik korang pi tengok kat panggung sendirilah. Memang tak di sangka-sangkalah.

Terima kasih kat CikSitiRadz yang sudi banjer ktorang ye


pics : cilok dari Google.com


Saturday, November 23, 2013

TalentCorp 'Sector Focused Career Fair' 2013

Hi Korang,

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menganjurkan 'Sector Focused Career Fair' di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam baru-baru ini.


Pameran ini adalah usahasama di antara TalentCorp, Graduan, MDeC dan UiTM sendiri. Fokus utama bagi pameran tersebut adalah 'Shared Services and Oussourcing' (SSO) dan dirasmikan oleh YB Senator Dato 'Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 


Dato 'Sri Wahid berkongsi pandangan beliau semasa sesi dialog di SFCF bahawa Malaysia’s socio- economic development has to progress in a strategic and sustainable manner to achieve the vision of a transformed economy. Among the measures needed to achieve this is comprehensive planning through formulating effective policies, developing programmes through outcome based approach, strengthening human capital towards elevating efficiency and professionalism, and establishing organisational capacities for effective services delivery. Economic growth can be achieved through more efficient services delivery, and the different companies exhibiting at this career fair today are proof that the Shared Services and Outsourcing industry will be a key focus area to propel Malaysia forward.


Menurut Johan Mahmood Merican, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, The success of our Economic Transformation Programme (ETP) depends on having the right quantity and quality of talent, to support Malaysia’s priority sectors to move up the value chain and continue growing. Malaysia certainly has a strong pipeline of young talent. TalentCorp and UiTM are hosting this SFCF to provide exposure and attract our young Malaysian graduates to pursue an exciting career with the fast growing shared services sector. We certainly believe it is a win-win proposition through a career in shared services, our young graduates will enjoy an international experience from right here in Malaysia and at the same time, our graduates can play their part in contributing to the success of the industry and Malaysia’s transformation"


SFCF UiTM disokong oleh lebih daripada 30 syarikat, termasuk AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC. 


SFCF ini memberi peluang kepada graduan untuk bertemu dengan CEO dan wakil-wakil kanan HR syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, di samping menyediakan platform untuk syarikat-syarikat untuk pengakap untuk bakat berpotensi dari universiti-universiti di Malaysia. Beberapa industri kritikal yang memerlukan modal insan cemerlang, dan pelajar dapat menggunakan peluang ini untuk lebih memahami sektor-sektor ini berkembang di Malaysia. Syarikat-syarikat juga mempunyai peluang untuk mendidik orang ramai mengenai perkembangan industri, penjenamaan sektor dan peningkatan pemahaman sektor SSO. 


Acara dua hari dimasukkan Ceramah Kerjaya dan Corner Sofa slot. Ceramah Kerjaya adalah satu platform yang dibangunkan untuk generasi muda untuk melibatkan diri dengan pemimpin industri terkemuka manakala Corner Sofa slot telah direka untuk pengunjung, terutamanya pelajar, untuk berinteraksi dengan syarikat-syarikat di dalam suasana yang santai. 



Untuk maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF, sila layari


Mengenai Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp): 

TalentCorp telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membentuk dan memudahkan inisiatif untuk menangani adanya bakat selaras dengan keperluan transformasi ekonomi negara. Bekerjasama dengan agensi-agensi dan majikan dalam sektor ekonomi utama Kerajaan yang berkaitan, TalentCorp membangunkan inisiatif yang dipacu oleh permintaan tertumpu kepada tiga teras strategik, khususnya (1) Mengoptimumkan bakat Malaysia, (2) menarik dan Memudahkan Bakat Global dan (3) Membina Rangkaian Bakat Top .



Friday, November 22, 2013

Makan Chicken And Pasta Meal Kenny Rogers

Hi Korang,

Yeah, citer pasal makan lagi, i likeee....


Lama benar tak ke Kenny Rogers lah. Sejak time lunch sekarang ni jarang ke Mines so tak nampaklah Kenny Rogers ni. Last makan masa kat Metro Point Kajang bulan lepas itu lah sebab ktorang ade bowling tournament dengan bebudak Alza.


So hari tuh, pi lah mencuba menu terbaru Kenny Rogers ni. Alah tak ramai blogger pun yang datang ke outlet Berjaya Times Square coz semuanya duk busy dengan event.



Menu Chicken and Pasta Meal ni gabungan 1/4 jam dengan spaghetti pelbagai pilihan rasa beserta 1 side dish dan dapat jugak 1 muffin. Nampak cam sket tapi banyak gak lah.

Pilihan gravy untuk ayam : Original, BBQ dan Mushroom

Pilihan pasta : Beef Bolognaise, Tangy Chicken, Cheezy Chicken dan Marinara Chicken

Pilihan side dish : alah yang standard tu. Banyak benau nak tulis kat sini

Banana Zumba (Banana + Chocolate)

Vanilla Twist (Vanilla + Chocolate)

Pilihan muffin : Vanilla Twist dan Banana Zumba

Hah kan banyak tu nak buat pilihan. Berpinar mata kejap tengok apa nak pilih untuk makan ek.

Ni tengok pilihan aku


Inilah dia Chicken and Pasta Meal pilihan Cik Lily Putih kita ye. Ayam BBQ bahagian dada. Jenuh gak nak mengabiskan makanan ni.

Alah sepinggan baru RM23.90 je

Abis makan je, tak yah minum ke. Eh haruslah mesti minum kan.

Inilah dia

Mambo Minty Chocolate (RM9.50)

Gabungan coklat dan daun pudina yang sangat menyegarkan. Minum tu rasa berangin je, yelah disebabkan daun pudina tu lah. Sejuk + berangin = mantap!

Bagi aku set menu Chicken dan Pasta Meal KRR ni sesuai sangat untuk mereka yang pentingkan kesihatan. At least tak delah tinggi kolestrol lepas makan ni. Orang yang tak nak kurus pun boleh makan gak lah, pendek kata sesiapa pun boleh. hahahahhahah


Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.

Terima kasih pada team Kenny Rogers yang sudi menjemput ktorang makan di sini ye...

Nanti kalau ada menu terbaru dari Kenny Rogers ni aku bagitau kat korang tau..