Wednesday, July 24, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ Menate Steak House, Ampang

Hi Korang,

Ada orang email mengenai buffet ramadhan murah di Ampang ni plak.


Kalau korang nak berbuka dengan hidangan yang lain daripada lain iaitu western dish, rasanya baik korang cuba di Me’nate Steak House.

Kedai ni merupakan butcher shop yang menjual segala jenis daging untuk di jadikan hidangan barat dan juga merupakan kedai makanan barat juga. Kira macam 2 in 1 gitu. Best kan.

Moh kita tengok apa yang di sajikan untuk bulan ramadhan kali ni.


Ada Scottish Rice, Olio Aglio, Carbonara, Shabu Shabu, Lamb Chop, Grilled Chicken, Mutton Soup, Mashed Potatoes, Coleslaw, Sauté Vegetables, Jumbo Sausages dan juga tidak dilupakan Me’nate signature juicy Steaks turut di hidangkan di buffet line ini.


Minuman ringkas lagi menyegarkan seperti Tongkat Ali, Black Tea, Black Coffee, Hot Milo, Ice Lemon Tea, Ice Peach Tea, Orange Juice dan plain water di hidangkan secara free flow. Kiranya selagi korang nak minum, hah pi je tekan button mana yang korang suka.

Pencuci mulut serba ringkas seperti kurma dan kuih-muih tradisional kita juga turut dihidangkan.

Untuk buffet ramadhan di sini, ianya bermula dari 11hb Julai 2013 hingga 5hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Menate Steak House, Ampang ni adalah

RM38.00nett untuk dewasa

RM19.00nett untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun)


Untuk tempahan, korang boleh hubungi  019-2966375 atau email ke menate.ramadhanbuffet2013@gmail.com


Jom kita ke

Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor
GPS Coordinates: N3.160795,E101.758692

Rasa aku tak leh nak bagitau sebab aku belum pernah makan kat sini lagi. But kalau korang pernah ke sini, mehlah share sket dengan aku ek. Sedap ke tak, daging lembut ke keras, minuman manis ke, kuih muih sket ke kan

Itu je…

Selamat Berbuka Korang!


p/s : gambo dari goggle.com


Wordless Wednesday - Rahsia Kecantikan

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Hah itulah rahsia kecantikan aku. Bila muka gatal ke panas ke, cepat-cepat aku tepek mask ke muka untuk make it cooling down seketika.

Ermm sangat melegakan

Korang pun boleh cuba gak ye.

Tuesday, July 23, 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Denaihati Network

Hi Korang,

Weekend lepas, dapat jemputan ke majls berbuka puasa bersama team Denaihati di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya.


Aku cam biasa dengan Mr Big lah, ktorg dari Kinrara beli barang untuk kereta ni. Sampai awal plak, so ktorang chill out di Amcorp Mall dulu. Cuci mata baju raya kan. Cantik-cantik semua dan terus sambar 2, yeah dah ada baju raya.


Bila sampai kat parking hotel ni, mak oi banyak betul kereta. Ni mesti ramai ni, nasib baik Yana dah chop meja so kira oklah. Duduk depan stage sekali ye. Sambil tunggu bebudak lain sampai, sempat gak pi borak-borak dengan bloggers yang lain.




Makanan plak, sekeliling dewan ni ada. Nak makan apa, cakap je semua ada. Dari sesejuk menu sampai ke menu yang di masak pepanas semua ada. Cuma larat dengan tak je pi beratur untuk ambil makanan kan.




Actually bukan formal majlis pun, semuanya sempoi. Team Denaihati especially Bro Amir Hassan, Bro Eizil, Shakkido, Anarm sibuk melayan kitorg ni. Bertanya khabar, sembang-sembang kosong, bercamwhore dan memacam lagi lah. Such a great host. Bro Ilham bab bergambar ni memang sporting abis. Ikut je apa yang ktorg suruh pose kan.

hahahahha



Anyway terima kasih kepada team Denaihati especially Bro Amir, yang sudi menjemput ktorg ni. Semoga Denaihati Network akan lebih maju dan berjaya di masa depan. 

Mintak maaf pada bloggers lain yang aku tak sempat jumpa coz dewan tu besau no, aku sendiri pun tak berapa cam muka bebudak ni lah.

Hopefully gak aku dapat join lebih banyak lagi projek Denaihati ye.

Rasa rugi plak tak dapat join projek Wordpress Akademi Denaihati ni, memacam ilmu yang boleh dapat tau.