Friday, February 22, 2013

Ilmu Penunduk Suami

Hi Korang,

Klass tak tajuk entry aku ni

Mesti berlumba-lumba korang click kan, harusla ilmu tuh siapa yang tak nak rugi oooo

Alah bukan ada apa-apa la, cuma Ustaz Azhar Idrus yang bagi pesanan ni.




Aku terjumpa di google tadi, trus je nak share kat korang yang berstatus WIFE yang HOT kan. ehehehe

Bagus kan pesanan ni, boleh la kite sesame praktiskan.

Anyway,

Selamat Hari Jumaat...



Thursday, February 21, 2013

HARLEM SHAKE Plak!

Hi Korang,

2-3 hari ni aku perasan ramai plak duk sibuk citer pasal HARLEM SHAKE ni.

Apo plak binatang tu ek ?

Cari punya cari rupanya tarian. Kira macam ‘Gangnam Style’ la ni.Ok meh layan sejarah tarian ni.

Apa itu HARLEM SHAKE ?


Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, tarian ni merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80-an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Tarian ni sudah bermula sejak 1981 tetapi popular semula pada tahun 2013. 

Tarian ini nampak lebih mudah dan tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Korang hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan je dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Tarian ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.


Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake bagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.


Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.

Sini aku ade letakkan video tarian HARLEM SHAKE ni. Aku cilok dari Nuffnang punya youtube.

Mehlah tengok


Kelakar kan.

Lebih kelakar lagi, aku kenal plak para penjogetnya.. gelak-gelak aku tengok, siap replay balik 2-3 kali.

Anyway,

Keep CALM and Do the HARLEM SHAKE!


Sayangi Kereta Anda | Wiper Penting Ketika Hujan


Hi Korang,

Mentang-mentang wiper ni menda kecik, korang pandang sinis je kan.

Tak patut oooo

Kalau hari hujan, tak de wiper agak-agak korang boleh drive tak? Haruslah TIDAK kan, sebab tak nampak jalan, tapi kalau korang bangsa TEGAR tak tau lah aku.


Bila Masa Untuk Tukar WIPER ni?

Cuba korang rasa, pegang wiper ni. Kalau dah mengeras yang amat tu baiklah tukar baru ye, sebabnya takut-takut boleh mencalarkan cermin kereta dan kabur bila korang guna. Musim-musim hujan dan banjir kilat akan datang ni nanti baiklah tukar Wiper cercepat ye.


Punca WIPER keras?

Cahaya matahari yang terik membuatkan suhu pada cermin kenderaan meningkat. Bila wiper dilampirkan pada cermin depan, haba kat cermin akan mengalir pada wiper. Secara umum kita tahu yang haba boleh merosakkan getah. Kesan perubahan suhu panas dan sejuk membuatkan getah kembang dan kempis serta akhirnya mengakibatkan kerosakan pada getah.

Selain haba, penggunaan cecair pembersih cermin sepertiRainX pun boleh merosakkan wiper. RainX membuatkan cermin nampak bersih dan kalis air bila kita sapukan. Tetapi, bahan asas RainX adalah silikon, silikon akan melekat pada permukaan kaca dan sampai suatu masa, ia akan melekat pada getah dan mengurangkan keupayaan getah untuk membersih cermin.


Tips Penjagaan WIPER

Ketika meletak kenderaa di tempat yang panas, angkat batang wiper dalam keadaan menegak supaya getah tidak nenyerap haba dari cermin. Untuk lebih mudah, letak kenderaan di tempat yang sejuk supaya tak perlu mengangkat batang wiper. Ini boleh membantu memanjangkan jangka hayat getah wiper dan mengelakkan getah dari perubahan drastik suhu secara berterusan.


Tak payahlah gunakan bahan pembersih macam RainX tu, baik korang cari Wiper yang berkualiti sket. Biar mahal sket asalkan elok.

Ok itu je, untuk kali ni. Nanti-nanti aku citer lagi pasal tips penjagaan kereta ni ek. Oh ye lupa nak bagi tau some of the info ni aku dapat dari forumer kereta, search online sket dan juga banyak tanya kat mekanik workshop ye.

Any question, please let me know ye..

Ewah cakap omputih plak, ini semua POYOoooo….

pics : sorry gambo tak cantik coz amik masa tengah drive. opss bocor sudah!