Tuesday, August 28, 2012

Kao Biore Body Powder Wipes, Rasa Sangat Segar Dan Nyaman

Hi Korang,

Selalunya wipes ni untuk baby je kan? Alah yang mak-mak guna lap kat baby punya tut tu kan. Kalau ada untuk orang cam kita ni hanyalah face wipes yang bersihkan make-up jelah.


Now, Body Powder Wipes? Biar betul.

First time dengar ni.


Memang pun, inilah dia Kao Biore Body Powder Wipes

Ianya berfungsi bukan setakat buat lap muka sahaja malah boleh lap any part of your badan. Tak kira kat situ ke sini ke atas ke bawah ke kan, semua boleh. Ketiak lagilah boleh kan.


Tisu lembap ni dapat memberi kesegaran kepada badan akibat perpeluhan yang banyak. Kat opis ke, lepas Aktiviti bersukan ke kan. Kalau korang balik-balik berjalan, tup-tup dalam kereta muka dah start gatal. Bolehlah lap dulu dengan Biore wipes ni. Dijamin melegakan kerengsan kulit time tu jugak.


Bawa pi holiday best gak ni kan. Ada 10 keping tisu dalam setiap pack.


Terdapat 2 wangian iaitu Fresh Citrus dan Fresh Soap. Dua-dua sedap je baunya, rasa cam nak makan je. Aku lebih sukakan Fresh Soap sebab baunya segar je.


Agak cantik juga packgingnya, pink dan hijau lembut sesuai bagi anak gadis yang menggunakannya. Alah orang lelaki pun boleh pakai gak. Kalau malu nak bawak, korang buka je sampul tu kan.



Lepas aku lap muka aku tadi, memang rasa segar dan nyaman je, kira macam baru pas mandi gitu. 


Sukerlah, perasan jadi cantik plak sekejap lah.










Monday, August 27, 2012

“10 entri terbaik Denaihati”

Hi Korang,

Bila nampak bloGGer DenaiHati buat contest Bonus Raya Aidilfitri 2012, terpanGGil rasanya untuk join contest ni.


Lalu aku memilih kateGori 'Penulis Jemputan'. Aku rasa denGan adanya column ni, aku dapat berkenalan denGan lebih ramai laGi bloGGer lain denGan erti kata lain, membuat networking la kan. LaGi plak aku dapat menambaHkan laGi ilmu bloGGinG aku yang sangat cetek ni kan. 


Ini di antara entry yang aku Gemari di column Penulis Jemputan ni.












Rasanya 10 entri ni memanG sesuai baGi aku yanG daHaGakan ilmu bloGGinG ni.


 “Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Minum Sesuka Hati Di Chatime

Hi Korang,

Selain daripada lepak-lepak minum di Starbucks, ada satu lagi tempat yang sekarang ni ktorg suka sangat melepak.

Ini gara-gara adik ipar aku kan lah. Mari salahkan dia hkahakhakhaka

Dia ni kalau ada yang interesting, mesti ktorg berdua akan jadi mangsa hasutan. Maklumlah pasal makan ni memang ktorg cepat cair. Bila ada je tempat lepak baik punya haruslah diterjah kan.


So memperkenalkan CHATIME.

Alah orang lain dah lama lepak2 kat sini, aku je yang jakun sket kan.

Is actually kedai minuman yang jual air bubble tea, ice blended, pearl drinks tuh. Sama je macam kedai minuman yang lain kan. Tapi memana kedai Chatime yang aku pi mesti beratur punya lah.

Selalunya ktorg suka minum kat Platinum Walk kat Setapak tuh bila balik KL tapi sejak kat Kajang dah ada, melepak ke sini plak la ye.


Tengok ni aku rasa lebih dari 100 jenis minuman yang boleh di sediakan mengikut kesesuaian tekak kita.


Ada plak, ada option nak kurang gula, nak lebih ais semua boleh lah.


Lepas order dan bayar, sila tunggu ye until no resit dipanggil. Jangan bimbang ada banyak kerusi disediakan so tak delah orang nak berdiri ke mecangkung bagai kan.


Ini menjadi favourite aku Pure Coco with Pearl. Memang terasa coklatnya.


Mr Big plak ntah apanya lupa plak aku QQ ape ntah. Tengok sampai lelap2 mata, auta sangat kan.


Harga minuman di Chatime ni tak de semahal di Starbucks, so kira oklah tu. Jimat sket duit. Rasa pun not bad jugak kan.

Korang dah cuba ? hah yang mana satu menjadi pilihan korang ek ke tak pernah jejak kaki lagi ke sini ? Cer citer sket.

Alamak terus jadi haus dibuatnya la...