Thursday, March 22, 2012

Aku Suka Nasi Ayam Hailam

Hi Korang,

Sapa tak suka nasi ayam? angkat tangan cepat. Hah bagus tak de orang pun yang angkat. Gila ke tak suka nasi ayam. Sedap tuh. I like!


Hari tu aku purposely pegi makan nasi ayam hailam ni kat Damansara Uptown. Alah sebaris dengan Starbucks kat corner tuh. Ermm windu betul nak pi makan kat sana lah. Ntah tak tau kenapa, memang nasi ayam ni jadi favourite time lunch masa aku keje kat Subang dulu.


Apa yang sedap? may be ayamnya kot. Banyak isinya dalam satu pinggan. Walaupun part isi tapi takde lah dagingnya keras sangat kan.


Kemudian di tambah plak dengan minuman air soya sejuk sebotol ni mana tak mantapnya kan. Lagilah bertambah2 aku makan. Langsung tak pandang kiri kanan orang lalu lalang kan.


Satu hidangan lengkap nasi ayam hailam. Ada sup, sambal cili dan sambal putih (halia + bawang putih kot) aku rasalah lepas aku makan. Selalunya ktorg mesti order 3 pinggan nasi ayam hailam ni, yang satu tu extra untuk tambah. Teruk kan, kuat makan sesangat but I like!


Hah kat sinilah ktorg makan. Nasi ayam hailam Damansara Utama branch. Diorg tak silap aku ada branch kat   Ampang Point dan Bukit Bintang gak.

Korang suke nasi ayam tak?

CLP notes : Nasib baik tak kuar kepak kan, asyik makan nasi ayam je selalu


Pentingnya Pengetahuan ‘Malaysia Mummies’ Mengenai Keperluan Nutrisi Si Kecil


Hi Korang,

Hari tuh aku dapat join an informative talk from Nutrition Society Of Malaysia (NSM) mengenai pemakanan si kecil ni. 



Eh, eventho aku ni belum lagi mommy to-be but this talk memang best banyak sangat mengajar sesuatu.


Emcee for this programme is Naz which is aku rasa dia memang teruja sekali coz his wife is expecting for 9 month pun ada ikut sekali join talk ni. Kira nak tambah ilmu pengetahuan.


Dr Tee E Siong selaku presenter dalam programme ni dan juga President of Nutrition Society Of Malaysia bercerita mengenai kajiselidik yang telah di jalankan kepada 300 ibu-ibu di Malaysia ni tentang pemilihan makanan yang sesuai untuk anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 3 tahun.


Dari survey tu NSM mendapati 74% mummies tak pandai nak baca nutrition information label kat produk makanan kanak2. Majoriti beli disebabkan packaging yang cantik dan juga kalau ada dapat freebies yang menarik.  Then dalam survey lain,ada plak 55% mummies yang baca nutrition information label tu dan percaya lebih bagus jika ada satu kandungan paling tinggi dalam produk tersebut yang sesuai untuk anak2 mereka tanpa mengetahui jenis2 nutrisi yang lain.


Ada plak 68% mummies yang beli susu itu apa yang kengkawan lain cadangkan dan juga iklan di media electronic dan massa tanpa hiraukan faktor2 nutrisi samaada sesuai atau tidak untuk si manja mereka.

Memula tuh aku pun cam pelik gak, percentage yang NSM bagi ni but lepas tengok video yang ditayangkan masa diorg conduct the survey that baru aku percaya apa yang diorg maksudkan tuh. Maybe diorg ni tak de masa nak baca or survey pasal pemakanan anak-anak ni kan. Janji cukup makan, cukup pakai dah lah kan. Zaman sekarang ni segalanya nak mudah dan cepat kan.

Serius memang banyak ilmu dan infomasi yang aku dapat tahu dari programme ni. Nanti aku share dengan korang cam ne nak memilih makanan yang sesuai dengan membaca nutrition information label kat sesuatu produk tu ek.


So thank you Nutrition Society Of Malaysia coz sudi jemput aku dalam majlis ilmu cam ni. Yang pasti aku sekarang dah tahu camne nak pilih growing up milk untuk child bila aku ada anak nanti. Bukan setakat susu malah makanan2 lain jugak lah.

Untuk nak tahu lebih details pasal tips and informasi mengenai pemakanan korang leh check it out kat Nutrition Society Of Malaysia punya website www.nutriweb.org.my. Or korang je je call Abbott Nutrition Careline di 1800-88-6233, Monday – Friday (9am - 6pm).

CLP notes : Ingat senang ke nak jadi mak zaman sekarang ni. Semuanya kene research ye..


Wednesday, March 21, 2012

Lunch Yang Menarik @ 28th Floor, The Club Bridge Bar G-Tower KL


Hi Korang,

Semalam ada keje sket kat G-Tower Jalan Ampang tuh. Dari pagi ada seminar sampailah ke tengahari. So abis je seminar, ada lah sket jamuan makan. Alah simple2 je dishnya but semuanya healthy.


Ada bridge kat 28th floor ni. seram sejuk nengoknya

Yang bestnya seminar kat Mezzanine floor tapi lunch kat 28th floor, The Club Bridge Bar. Hah ko memang cantik betul tempat ni. 

Simple Buffet Table

Tempat makan yang syiok

Deco pasal sejarah Malaysia

Deconya simple dan menariklah. Susunan meja teratur je so tak de lah orang serabut sangat nak pilih tempat duduk kan. So sambil makan dapatlah enjoy tengok KL view dari tingkat 28. 

Tengok apa aku makan :-

Salad yang pelbagai jenis

Dessert yang menambat hati

My perfect lunch - semua ada

Sket je amik dessert

Simple je kan. Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari tuh. Rasanya dish yang simple lagi sedap di makan. Aku siap tambah lauk halibut masak lemak tuh. Pedas. 


Dessert Creme Brulee plak aku bedal sampai 3 sudu sebab sedap dan tak berapa manis sangat. 

Ampang Park

The Intermark Building, KL

Jalan Ampang yang selalu jem

Volkswagen Building, Jalan Tun Razak - kecik je


Tak sangka memang cantik KL dari 28th floor nie. Redup nya dan angin pun sepoi2 bertiup kan.

Thks to Ms Loh dan Nutrition Society of Malaysia.

CLP notes : Nanti nak ajak Mr Big makan kat sini lah. Boleh layan view cantik lagi.