Monday, September 20, 2010

Bercuti? Not Yet

Hi Korang,


Lepas dapat passport hari jumaat lepas hati tuh, aku terus pi bercuti. Ooo jauh tuh, KL je. Kwang kwang kwang.. aku tipu je lah..

Aku belum bercuti mana2 pun lagi. Nak bercuti mesti kena plan dulu baru gerek, betul tak?

So weekend hari tu, aku tak buat banyak benda pun. Cuma nie je...

Jumaat
Pagi - pergi buat passport, pergi beli setem,pergi transfer duit dari bank yang ada duit ke bank tak de duit.
Petang - tukar langsir, reorganize perabut umah, sapu, mop, isi kuih raya dalam balang yang kononnya kalau ada orang datang bagi je makan kan
Malam - Pi makan kedai auntie kat BB, bedal garlic prawn je sedulang, tidur umah mama (KL)


Sabtu
Tengahari - Pi orang kawin kat KGSAAS, Seksyen 13, Shah Alam
Petang - Pi beraya kat Sungai Buluh, Rawang
Malam - Pi beraya kat Cheras sampai balik basah2 baju sebab dek hujan yang terlampau lebat

Ahad
Pagi - Makan nasi goreng seafood ala warung
Tengahari - Lepak kat Times Square sambil shopping bende2 merepek. Mr Big pi repair kete RC dia
Petang - Lepak kat TGI Friday The Curve dengan The Breakfast Club
Malam - Baru sampai umah. Baring2 depan tv sampai tengok mr Big setting kete kebal yang dia baru beli tadi

Sekarang -  tengah update blog sambil transfer gambo2 model2 terlampau di kelab golf semalam.

Ok nak buat editing kejap, so update lagi later ye.. chow..

Selamat Bekerja...

Friday, September 17, 2010

Kini Aku Bebas

Hi Korang,

Hari nie terasa bebasnye untuk ke sana kemari dengan mr Big. Nak tau sebab apa? Nielah nak cerita nie.

Dahulu

Cuma dapat ulang alik pi Singapore je

Sekarang

Kemana-mana pun boleh kecuali Israel

First step untuk melarikan diri dari beban kerja yang agak melampau baru2 nie. Ermm sukanya aku. Akhirnya selamat jugak aku buat international passport nie. Walaupun ramai orang kata leceh nak buat passport nie. Tapi aku berjaya siapkan dalam masa 2 jam je siap collect lagi tau.

Anyway nak aku cerita camne aku boleh settle dalam masa 2 jam je.


Now, browsing ke AirAsia plak. Nak pi bercuti jauh2 sket dari Malaysia.

p/s: KShikin, boleh tak aku ikut ko pi London bulan depan??? Please please please kamu jangan marah.

Thursday, September 16, 2010

Semoga Dia Bahagia

Hi Korang,

Someone yang menyentuh hatiku kebelakangan ini yang membuatkan aku meronta2 menulis untuk dia.


Dia
Seorang yang periang lagi peramah juga baik hati

Dia
Sayangkan keluarganya, sahabatnya dan juga kucing2nya

Dia
Terlalu banyak berkorban untuk ibunya di antara lainnya

Dia
Yang selalu tersepit kasih sayang di antara 2 keluarga

Dia
Payah untuk membahagikan masa di antara keluarga, sahabat dan kekasih hatinya

Dia
Cuba berdikari di atas kaki sendiri tapi malangnya dia tiada upaya

Semoga Dia
Berjaya mencipta kegembiraannya yang tersendiri

Tapi

Aku takut
Dia akan bersendirian sehingga akhir hayatnya semata2 untuk kebaikkan keluarganya

Apa-apa pun

Aku
Tetap sayangkan dia walau apa pun terjadi padanya.

Bagi aku, dia nie seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi apa jua dugaan yang datang kepadanya. Aku harap dia baca luahan hati aku nie

Korang tolong doakan untuk kebahagiaan dia k!