Hi Korang,
Nie nak cerita pasal aku dapat invitation pi minum kopi with
Nuffies kat Heritage House hari jumaat lepas.
Inilah Heritage House. Jalan Yap Ah Shak,sebelah dengan Kurnia Insurans belakang Sheration Imperial Hotel.
Office
Nuffnang nie kecik je, bukan besar mana pun.
Tak delah best sangat pun kan tapi sangat-sangat superb lah orang kata. Aku orang yang 1st sekali sampai, so
Xinxian or Fresh suruh aku lepak2 jap sambil tunggu yang lelain datang. A few minutes kemudian datanglah
SharingInfoz then
Elywn plak. Have chit-chat with them, then
Michelle pun berborak dengan ktorg. Bila si Fresh nie dah free sket, barulah dia datang borak-borak dengan ktorg. Bukan borak2 korang okeh tapi borak2 berilmu. Kemudian, si
Shahrul plak sampai, lambat sket. Katanya komuter stuck plak, kenalah tunggu kan.Tapi dapat jugak dia tanyakan soalan yang dah siap diprint dalam kertas A4 size tuh.
Banyak jugaklah si Fresh & si
Yuen Yee nie bercerita. Rasanya macam-macam ilmu dapat. Antaranya pasal sejarah Nuffnang, info pasal account Gliterati Nuffnang, pasal cam ne nak dapatkan advertorial, pasal click fraud dan macam2 lagi lah. Aku tak akan tulis pasal info nie pasal ramai yang dah tulis rasanya. Kalau tak pun korang boleh refer kat blog
SharingInfoz, dia memang catit satu per satu apa yang si Fresh cakap. Aku nie malas nak tulis, pakai ingat je info dalam kepala otak aku nie.
Tapikan aku rasa Nuffnang office nie memang cool lah. Memang sempoi habis, bukan macam office2 yang lain. Nak tau sebab apa,korang tengok nie:-
Inilah mesin kopi yang diorg kasi ktorg minum tuh.
Ada Wall Of Fame, tengok muke2 bloggers yang cun2. Yang baju hijau tu paling comel kan? hehehehhe
Kata XinXian kalau nak rehatkan mata kejap, bolehlah lepak kat sini.
Bila dah tension sangat, jom main PSP3 GuitarHeroes sambil tengok MTV ek.
Bukan kata, entertainment je cool, Tengoklah nuffies yang lelain nie.
Tengok si tokeh Nicholas nie, dah siap sedia nak menembak sales team.Pistol dia tu boleh tahan besar gak tau.
Yang kat hujung tu, team IT support, nampak cam serius tapi kelakar sebenarnya tau.
Dah penat perah otak, rehat sekejap main GuitarHeroes. Eh, sempat lagi si Elwyn nie ek!
Memang tak rugilah pi minum kopi dengan diorg nie. Pendek kata, macam2 dapat. Dan satu lagi aku nak pesan kepada blogger newbie kat luar sana, bukan senang nak senang tau. Blogging nie korang kena minat, bukan korang tulis 10 entry dah boleh dapat duit dari Nuffnang okeh.
Itu je yang XinXian pesan.
p/s: Kalau ada lagi, nak pi lagi boleh tak? plz plz plz..