Thursday, February 11, 2010

Pasal Ayam Kenny Rogers

Bukan aku makan kat kenny rogers malam tadi. Tapi aku masak panggang sendiri okeh ayam tuh.

Itu bukan aku okeh. Sumber dr Google

Semalam balik awal sebab air con opis kene trip. Dah bersauna free aku dalam bilik aku nie. Dah lah tak de tingkap nasib baik ade exhaust fan so kira sejuk sketlah. Sket je okeh, tempat lain panas.

So sesampai je umah, trus kuarkan ayam. Pas tu blank tak tau nak masak ape. Then trus on PC, online jap masuk blog K Ina KL. Then ternampak plak Ayam Kenny Rogers dia tu, macam sedap je lah so apa lagi berlari2 anak lah aku dapur ke bilik entertainment tu, ke hulur ke hilir nak menengokkan resipi tuh.

Nasib baik semua bahan ade, tapi ayam aku dah siap potong kecik2 la plak. Ala tak perlah, 1st time nak cuba kan, bedal jelah. Sambil menyanyi2 aku pun memblenderlah apa yang patut. Pas tu terus memfacialkan ayam2 tulah. Dah siap trus masukkan dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Pas tu prepare side dish lelain plak, takkan makan ayam je, dah macam musang plak aku rasa kan?

Ayam Hitam Kenny Rogers berserta Baked Potato Bercicah Garlic Butter & Nuggets Sebagai Pembuka Selera

Lebih kurang dalam 2 jam aku ke hulur kehilir kat dapur tu, so siaplah makanan untuk dinner aku. Ishk lambat plak mr Big nie balik, aku dah lapo nie. Tengok ayam hitam nie meyelerakan sungguh lah. Baked potato tu aku belah tengah letak garlic butter spread then aku goreng nuggets sket. Wah! mane tak gemuk badan aku nie.

mr Big yang balik dengan muke penat dia trus bertukar jadi cam jadi musang bile nampak ayam tuh. Trus merenggek2 kat makan. Ishk cam bebudak betul lah. Pas tu dia leh cakap ape? ari2 nak makan ayam kenny rogers bole tak??

p/s: K ina, resipimu ini sungguh sedap walaupun aku masak boleh jadi hitam. Hah, korang bile nak cuba plak? sedap ooo

Wednesday, February 10, 2010

Malam Yang Sweet Sangat!

Ala sweetnya title.. Kononlah sweet. Padahal biasa jelah. Tak de ape pun yang menarik.

Malam tadi aku ke sini dgn mr Big.

Thanks to Nuffnang coz bagi aku tiket free tengok citer nie.

Pas maghrib, ktorg sampai di Cineleisure Damansara nie. Sementara nak collect tiket, ktorg jalan dalam building nie. Kedai banyak bukak tapi tak ramai sangat oranglah, may be dah malam and somemore weekdays kan. Ktorg berjalan2 berpimpin tangan cam lovers plak, alahai malunya.dah memang lovers pun kan. ermm cam tak biasa plak kan, ishk aku nielah. Bila masuk je kedai IT, trus dia tinggalkan aku (tengok tuh, baru je puji2 tadi kan) coz dia nak cari headphone untuk pc ktorg kat umah. Bukan apa, aku selalu bising bile dia main game tembak2 kat pc tuh, sampai umah jiran sebelah boleh dengar. Sebelom jiran aku complaint, lebih baik aku complaint dulu kan? Bagus tak isteri yang x berapa nak solehah nie kan! hua hua hua..

Dah dapat apa yang dia nak, terus dia heret aku pegi makan kat Manhattan Fish Market sebab dia dah lapo sangat. Lah, duduk 1/2 jam dlm kedai tu tadi tak lapo plak kan? uisk pelik plak aku tgk laki aku nielah.

Sampai2 trus order,pas dah gaduh2 dgn waitress kedai tuh, so confirm ktorg order Valentine promotion course. So far bolehlah. Tak la sesedap mana, sedap lagi Seafood platter for 2. Lagi banyak ingredients dia letak. Ermm korang layan lah gegambo kat bawah nie:-

Tropical Breeze
(actually aku pun leh buat orange juice dgn air 7 up je tau)

Valentine Seafood Dinner
(harapkan Salmon tu beso je okeh, sos teriyaki tu sedap)

CoffeeTiramisu Dalam Cawan
(aku rasa mascorpone cheese tu banyak sgtlah)

Dah kenyang, trus naik atas ke Cinema plak, rupanya bukan Nuffnang je bagi ticket free, banyak lagi counter bukak untuk citer nie. Sampai RELA tolong datang jaga area cinema nie. Sambil menunggu nak masuk, terjumpe plak si Bean & Ain, so handover la CD consists of gambo2 gathering di Mines ari ahad ari tuh. Sambil borak2 plak, jumpa plak SumiJelly berdua dgn IRnya.

Aku baru perasan rupanya aku dapat tiket untuk premier show citer nie. Ishk! bengong betullah kan. Panggung full house. Jalan cerita sangat menarik. Actually lebih kurang cerita Cinta kat Malaysia nie. Citer nie berlaku dalam masa satu hari je. Dari pagi hari Valentine tu sampai pengujung malam Valentine tu. Ermm tak semestinya dalam hari Valentine nie semua orang happy, ada gak yang sedey okeh!. Yang best tu para pelakonnya begitu mantap beb, semuanya yang ada nama spt Jessica Alba, Aston Kucther, Julia Roberts, Anna Hathaway, Mc Dreamy dan ramai lagi lah. Tapi scene Queen Latifah tu memang betul2 kelakar lah. Ending yang x di sangkakan. Sangat2 menarik okeh. Aku rasa pengajaran citer nie, tak kira buruk mana perangai partner kite, kite mesti terima diri dia seadanya kan.

Apa-apa pun, malam tadi sweet sangat. Sebab aku dapat makan sedap sampai leh terlupa diet aku. Alamak, mampus kene bising dgn MrBam5 nanti, trus aku terkeluar dari contest dia nie kang.

Once again applause to Nuffnang, u make my dreamz came true!

p/s: Geramnya mak nyah.. la nak manja2 sket tak bole ke? Uisk korang nie asyik jeles je ek??

Tuesday, February 9, 2010

Bloggers Ngada2 Di Mines


hah inilah dia acara bloggers ngada2 di Mines. Mengada kan? Bean jangan ko ingat ko tu tinggi okeh!
Melz lagi tinggi sebenarnya.. Ala x sempat nk amik gambo dgn ko Melz..

La korang tak caya, tengok nie:-

Nie Organizer, Cik Hel & Bean. 
Yg lelain tuh, suker interframe okeh! Bean ko jangan ingat itu semua dayang2 ko okeh! nyampah akulah..

Acara yang di aturkan, macam-macam okeh, tapi aku suka acara makan. Tapi sayang si Bean tu kedekut nak belanja tau!
Sessi gelakkan orang main bowling di Bowling Centre. Terbahagi kepada 4 group. Group yang paling corot sekali adalah group Bean.
Sessi penyampaian hadiah untuk Pesta Pantun anjuran Cik Hel. Eny dapat teddybear tu. Sesungguhnya akak jeles okeh! mr Big nak teddybear gak.. huhuhuhu

Sessi berguru di Sifoo Melz kite mengenai Nuffnang dan blogging tips.Semua tekun mendengar.

Sessi bakar jantung yang di ketuai oleh Daydeck & Aus aka Dlm hati ade taman

Yang datang, korang tengok nie:- hebat kan!
Anak-anak dara yang comel2 belaka
Orang-orang bujang yang kononnya macho

Yang mengikut tema putih

Yang mengikut tema merah. Oit! apsal ade hijau plak  nie ek?

Kesimpulannya:
- terima kasih kepada penganjur yang sangat kelakar Cik Hel kite
- seronok sangat dapat kenal dgn Fateha & Hairi, Tasha & E1 , Eny & teman tapi mesranya, Jard & Ujie.
- terima kasih kepada Melz yg sudi bagi ilmu kat ktorg
- dapat kenal Bro Eyriqazz
- dapat perdajalkan Bean, go Loser Gang!! Aus & Daydeck
- dapat kenal gak dengan Bob,Abuya, Cikgu Yann, model tudung Rina Salleh dan Hidayah

Sesungguhnya:
Seronok sekali ada geng untuk gelakkan orang nie!

Walaupun banyak bende nak citer, tapi aku malas nak tulis bebanyak, korang check it out bebudak lain pun blog kay.

p/s: sesape yg lom forward email, sila bagi untuk pengantaran gambo. Tapi biasalah kan email so antau sket2 la ye.
        Aus & Daydeck : memang RinaSalleh tu model tudung lah! Cis berani korang gelakkan aku kan?? Siaplah nanti korang.