Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Friday, April 13, 2018

Makan Malam DI EZIETECH CAFÉ, Bandar Baru Nilai

Hi Korang, 

Aduiyai citer pasal makan sedap lagi ek hehehehehe I liked it!! 

Sampai ke Nilai mencari tempat makan kan.


Sebenarnya Ezietech Cafe ni bebudak kat site office yang perkenalkan, kami kan ada site office di Bandar Enstek so memang dekatlah dengan Nilai ni, bila dah 2-3 kali diaorang duk citer so haruslah teringin nak pi cuba.

tempat buat air kat luar tau.. best ek

Kami sampai lewat petang cam tuh yelah habis kerja pun pukul 6petang so gedebak gedebuk sampai dalam pukul 7 malam cam tuh, tunggu lagi bebudak lain so lepas maghrib baru start order. 

Kalau korang nak tau Ezietech Cafe ni terletak di area Desa Cempaka, yang merupakan kawasan penempatan baru yang sememangnya di sekelilingnya kawasan perumahan tau. Selain daripada ada Ezietech Cafe, ada juga pelbagai jenis kedai makan lain yang menawarkan hidangan tomyam, fastfood dan pelbagai lagi.





Once korang masuk kedalam Ezietech Cafe ni korang macam akan pelik-pelik sket, rupanya Ezietech Cafe juga menjual pelbagai jenis aksesori untuk telefon bimbit seperti charger, powerbank, cable, casing dan banyak lagi Alah tak yah pelik sangatlah sebab itulah keunikan cafe ini. Kiranya sambil makan sambil cuci mata lah kan hehehehe.

ini bukan OOTD, ni OOTDak namo ek

Kak lily suka cafe ni sebab decornya yang simple dan banyak tempat boleh #OOTD itu yang lagi I liked it !

baguskan! kak lily suka konsep ni

Selain daripada meja makan biasa, Ezietech Cafe juga menyediakan tempat menikmati hidangan di meja yang menyediakan tempat caj telefon. Mudah bukan? Sambil kita caj telefon kita juga boleh menikmati hidangan yang dipesan. 

Dah tak yah nak merapu jom kak lily tunjukkan menu makanan di Ezietech Café ni. 

Pembuka Selera 

Kat sini pembuka seleranya kemain memacam lagi, sampai kitorang hari tuh pening nak order yang mana satu, ermm last-last order jugak 2-3 jenis menu gak 

Roti John RM10.00 

Ini merupakan signature dish di Ezietech Café ni, memang tak sah kalau makan kat sini tak order Roti John ni, Tengoklah saiznya besar dan padat isinya, isi daging dan keju melimpah ruah. Yang sos biru tuh merupakan mayones yang di tambah pewarna makanan untuk menjadi cantik 

Meatball RM15.00 

Kemain besar saiz meatballsnya, walaupun di hidangkan sekali bersama blackpeper sos tapi langsung tak pedas tau, sesuai untuk anak-anak makan. 

Cheezy Wedges RM6.00 

Tak de yang special pun wedgesnya kecuali sos keju yang melimpah ruah itu yang menambahkan algi kesedapannya. 

Hidangan Utama atau Main Course 

Antara hidangan yang telah kak lily cuba disini iaitu :- 

Riz Ultimate Burger 

Chicken and Cheese Crispy Burger RM14.00 

American Classic Cheese Burger RM15.00 

Uniknya burger yang dihidangkan di Ezietech Cafe ini menggunakan waffle sebagai roti. 'Patties'nya adalah 'homemade' memang tebal dan padat isi dagingnya. Apatah lagi dikombinasi bersama kentang goreng (fries), salad dan timun dan paling penting ada keju yang meleleh. Sosblackpepper sedap dan tak pedas di datangkan sekali bersama set burger ini. 

Spaghetti Udang Galah RM12.00 

Udang galah kemain besau ek, spagethinya di masak al dente, dan rasanya authentic. Ada rasa pedas sket maybe penggunaan capsicum yang pelbagai warna tuh kan 

Riz Chicken Chop Rice RM9.90 

Riz Chicken Grill Rice RM9.90 

Kena cuba, satu-satunya hidangan yang disertakan dengan nasi sekali, ayamnya diperap dengan sos yang sedap. Yang best tuh, portion nasinya sket je ermm kira macam nak bagi kita kurangkan makan nasi kan tapi tak per kak lily ok je



Nak tambah info lagi yang Ezietech Cafe sebenarnya sangat popular dengan hidangan pencuci mulut yang menggunakan durian sebagai salah satu ramuan utamanya. Paling penting pencuci mulut yang mempunyai durian ini akan sentiasa ada stoknya dan tidak akan ditawarkan mengikut musim. 

Duren Bar Special Menu 

Bagi peminat durian korang harus mencubanya semua. Kak lily sendiri sangat teruja menikmati pencuci mulut yang mempunyai durian didalamnya walaupun kak lily tak makan. Antara yang ditawarkan didalam seleksi Duren Bar seperti:-

Duren Bar Bubble RM6.00 
Duren Bar Aiskrim RM8.00 
Duren Bar Original RM6.00 
Duren Bar Oreo RM8.00 

Riz Cendol 

Bagi yang tidak makan atau tak berapa gemar durian di letakkan di dalam cendol, korang boleh cuba seleksi Riz Cendol seperti:-

Cendol Bubble RM6.00
Cendol Aiskrim RM10.00
Cendol Mangga RM8.00 
Cendol Nata D'coco RM10.00

Dan sekiranya kita hendak mencari durian yang segar dan lemak isinya, kita juga boleh mendapatkannya di sini ketana ianya juga dijual mengikut kilogram. Kiranya kalau teringin nak makan durian boleh je terus datang ke Ezietech Café ni 

Bagi kak lily, harga menu makanan yang di tawarkan di sini berpatutanlah dengan portion menu. Just nice omputih kata, tak mahal sangat dan tak murah sangat. Sesuai dengan budget kita rakyat marhaen nil ah 

Jom kita ke: 

Ezietech Cafe 
No. 12 (1F), Cempaka Street Mall 2, 
Jalan BBN Nilai 6/3A, 
Desa Cempaka, 71800 Nilai, 
Negeri Sembilan. 

Telefon: +60 6-790 9925




Info Tambahan:
Parkingnya luas so jangan bimbang.



Mari LIKE dan FOLLOW Ezietech Cafe di social media berikut:- 

Instagram Link: 

Facebook Link: 






Tuesday, April 10, 2018

BLUE CAFE Bandar Mahkota Cheras, Enak Bangat!!

Hi Korang, 


Sampai ke Bandar Mahkota Cheras, kak lily korang ni pi mencari makan ek!! 

Bukanlah kat Bangi tuh tak de tempat makan sedap tapi sekali sekala kenalah keluar dari area sket mencuba menu-menu makanan di tempat lain pulak so barulah datangnya kepelbagaian di situ hehehe ewah cakap macam YB sesangat dah kan.. 


Atas recomendation kengkawan, kak lily menjejakkan kaki ke BLUE Cafe di Bandar Mahkota Cheras ni ek. Kalau korang nak tau, sebelum Blue Cafe ini wujud cafe ni memang dah ada lama tau dekat sini dan cafe yang lama adalah Grey N Blue Cafe. Kemudian pemilik cafe ini telah rebranding semula dan mengubahsuai sedikit kemudian wujudlah Blue Cafe. 

Dari jauh dah nampak dah Blue Cafe ni ek. 


Pelbagai jenis pilihan menu yang membuatkan korang terkebil-kebil mata nak memilih masa satu yang korang nak makan, western food ada, fusion food ada, italian food dan macam-macam lagi tak ketinggalan juga vegetarian food ada juga di hidangkan. 

ruang bersila, untuk mereka yang suka makan kat bawah

hah nak meeting-meeting boleh duduk kat sini

kemain besau kerusinye ek

Yang best tuh, cafe ini menyediakan pelbagai jenis ruang untuk korang makan di sini. Boleh makan di ruangan terbuka mahupun di tingkat atas bagi ruangan bersila eh ada juga ruangan untuk mengadakan ‘private function’ gak ye.. 

Ok kak lily pernahkan korang kepada beberapa jenis hidangan minuman yang bakal membuatkan tekak korang haus dan nak minum ek hehehhe 

Di antaranya adalah : 






Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Iced Caramel Latte, Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosy Special, Strawberry Latte, Rosy Latte dan banyak lagi. 

Banyak betul nak di minumnya ermm semua sedap-sedap belaka. 

Itu baru minuman belum menu makanan lagi kan 

Yelah kak lily tunjuklah 

Appetizer 

Rendang Chicken Pizza RM18.90 

Smoked Duck Pizza RM18.90 

Uniknya kedua-dua pizza ni adalah mempunyai perisa tempatan, rendang sinonim dengan orang melayu dan smoked duck dengan orang cina. Dohnya crunchy dan ranggup, seharusnya di makan panas-panas 

Main Course 

Seafood Platter RM36.90 

Mixed Grilled Platter RM36.90 

Sesuai di makan secara berjemaah kerana portionnya yang besar, gabungan yang menarik dan sedap di makan bersama. Kalau makan sorang mesti tak habis punya. 

Grilled Chicken Chop RM13.90 

Lamb Shoulder RM18.90 

Spaghetti Vongole RM18.90 

Cheese Chicken Chop RM17.90 

Oblong Beef Burger RM14.90 

Pemanis Mulut 

Tiramisu RM10.80 

Brownies RM9.80 

Kedua-dua pemanis mulut ni memang sesuai di nikmati selepas makan, tidak berapa manis. Kombinasi yang menarik bila di makan bersama. 

What do you think about the price? 

Ermm tak delah mahal mana pun kan, memang average dan berpatutan dengan saiz makanan yang di hidangkan. Lagipun bila ada menu makanan barat ni, bahan-bahannya mahal la sket kan, macam keju, rempah ratus dan memacam lagi. 

Jom kita ke: 

BlueCafe 
No. 7, 7-1, 7-2, 
Jalan Temenggung 25/ 9, 
Bandar Mahkota Cheras, Seksyen 9, 
43200 Cheras, Selangor. 
Tel : 03-9011 3891 


Operation Hour : 
Monday : Closed 
Tuesday - Sunday : 11 a.m - 12 a.m 
Friday - Saturday : 11 a.m - 1 a.m 

Untuk info lanjut boleh check it out di social media BLUE CAFE ni, 

Facebook : 

Instagram : 




Wednesday, January 25, 2017

Makan Set Lunch ‘Western Mania’ Di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.

Hi Korang,


Kita semua tau kalau time lunch mesti kita nak makan sesuatu yang cepat dan mudah, betul kan!! Yelah lunch hour pun bukan lama benau cuma sejam je. So solution terbaik kena cari kedai makan yang menghidangkan masakan cepat macam nasi campur, mee sup, soto, laksa. Jarang orang nak makan western food sebab kita rasa lambat je diorang akan masak kan.


Tapi kalau korang pi makan di Pearl International Hotel untuk lunch of courselah tak lambat sebab diaorang ada promosi ‘Executive Lunch Express ‘ untuk korang mencuba menu makanan barat pada waktu tenghari ek hehehee

Aku hari tuh sempat mencuba beberapa jenis menu western food ni tau.

Pilihan Untuk Main Course 

Beef/Lamb Meatball Spaghetti with Tomato Concasse, Parmesan Cheese and Cream

atau

Panfried Fish with Buttered Vegerables, Garlic Butter Rice and Tumeric Cream Sauce

atau

Grilled Chicken Chop with Mixed Garden Salad, French Fries and Oriental Cause

Ok bukan itu je tau..

salad

soup of the day

iced lemon tea


Oh ya untuk set ‘Executive Lunch Express ‘ di datangkan sekali dengan pilihan soup atau salad dan juga minuman Iced Lemon Tea percuma ye pada harga RM22.90++ seorang.

Bagi aku oklah tuh harga cam ni kan, sekali sekala one in blue moon orang kata hauhauahua. Even kalau korang lunch dekat Old Town or Papparich pun harga lebih kurang sama jugak kan

So apa lagi meh singgah ke:

Cafe 5,
Pearl International Hotel, 
Batu 5, Jalan Klang Lama 
58000 Kuala Lumpur Malaysia

PHONE: 603-7983 1111 
FAX : 603-7621 9777




Facebook : 

Instagram : 

Dah apa lagi tunggu jom menjamu selera ek !!