Showing posts with label wedding anniversary. Show all posts
Showing posts with label wedding anniversary. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Rupanya Dah 416 Minggu Kahwin Ek!

Hi Korang,

Pelik benau tajuk entry ni.

Citer pasal kahwin pulak kann..

La betullah dah 416 minggu kahwin ktorang berdua ni so bersamaan dengan 8 tahun.

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun hidup bersama, susah senang tu dah tentu kan so semua harung bersama.

Dah nama pun 8 tahun, segala perangai pelik, perangai tak senonoh semua dalam tangan memasing especially Mr Big lah, sebab dia pengingat orangnya tak macam aku all the time pelupa. Sebab tu planner handphone tu penuh dengan notes, itu pun kekadang boleh lupa jugak kan.

Anniversary ni pun dia yang wish aku pepagi tadi, celik je mata terus wish kat telinga. Terus mengambur aku bangun sebab langsung tak ingat. Bengong punye Cik Lily ek, tu lah banyak benau tengok Running Man memalam sebelum tidur kan.

Hahahhaha

Apa pun


Sayangku Syaiful Ridzman… Happy 8th Anniversary…

Semoga di panjangkan usia perkahwinan kita dan tabah melayani kerenah isterimu yang sengal ni ek hahahahhaa.

Tahun ni tak berjalan kemana pun coz ktorang baru je balik dari roadtrip ke JB last 2 week, so rilek-rilek kat umah simpan duit untuk travel jauh sket awal bulan depan ek.

Tapi nanti beli kek ek, kita potong jelah. Celebrate berdua... 


Sunday, December 21, 2014

Happy Anniversary Cik Lily Putih & Mr Big

Hi Korang,

Diam tak diam rupanya dah 7 tahun ktorang bersama, di tambah lagi dengan bercinta selama 5 tahun kan. Hah amik ko, dah 12 tahun rupanya kisah cinta ktorang ni. 


Rasanya dah macam-macam ktorang berdua lalui bersama daripada zaman kene kejar dengan ex-aku, sampai macam-macam hal bila nak kahwin, asyik dikecam sebab tak de anak lagi ermm boleh dikatakan gerit perit ribut taufan abis ditempiasnya bersama.









Alah gaduh-gaduh tu apa hal, biasalah tuh dalam rumah tangga. Kalau semuanya baik, tipu la tu kan.


So happy anniversary to my one only Mr Big a.k.a Syaiful Ridzman Osman. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat kita berdua. 

Celebrate kat mane tahun ni darlingku. eh lagi mau tanya plak kan. of courselah ke pulau, aku kan suka pantai dan sunset..

Hehehhehe…

Saturday, December 22, 2012

Outing Day

Hi Korang,

Nothing much today. Just outing dengan family members sempena Anniversary kitorg yang ke 5.




Ok nanti sambung lagi..
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 21, 2011

Mr Big, its Our 4th Wedding Anniversary


Hi Korang,

Macam mana aku boleh tak perasan yang hari ni merupakan wedding anniversary ktorg yang ke empat. Memang betul lah aku ni banyak nar telan semut kan. Patutlah pepagi lagi lepas je dia kuar dari bilik air trus cari aku then he wish and hugged me. Terperanjat lah sekejap kan coz aku tengah buat breakfast untuk dia. Tak pasal2 pisau butter tu terpelanting ke singki.

Bila dia cakap tup-tup baru aku teringat lah. Ya, allah teruk betul lah aku ni. Menda2 penting cam nie boleh lupa plak kan. Memang tak berape nak mithali betul lah..



My darling Mr Big

Happy 4th our wedding aniversary
Walaupun macam2 jadi kat kita this year 
but
I still & always love you forever..

Anniversary gift? Tunggu masa kita honeymoon next week ek. I got surprise for you tau!. No more nerf-gun or RC cars ok. Ni special sket.

So tunggguuuuuuuuuuu.....

P/S : kalau ingat balik 4 tahun lepas, time nie aku tengah kelam kabut make-up dan pakai baju perantin sambil Mr Big duk sibuk suruh mms gambo aku pakai baju perantin kan.. ishkk x sabau tau!


Thursday, December 23, 2010

On Our 3rd Wedding Anniversary

Hi Korang,

Lama betul aku rasa x update blog. Yang korang baca2 tu semua entry lelama dan schedule entry. Minggu nie minggu berehat, ktorg amik cuti rehat seminggu sempena wedding anniversary ktorg yang ketiga. La baru 3 thn je aku kawin ek, ingatkan dah lama.. ishkk


This year, biasa2  je celebration je sebab yang di plan x jadi akibat hujan. Suppose ktorg nak ke Taman Negara but sekarang nie kan musim hujan so pihak resort x berapa advise lah kan takut if anything happen. Susah nanti. Nasib baik ada alternative plan, so here we are at Putrajaya only. Ala belakang rumah je..

Macam resort lama tapi dalam superb.

Siap dapat map cam ne nak pi ke bilik.

Eventho macam nothing to do kat Putrajaya but still ktorg penuh masa tu dengan aktiviti2 yang fun.


So once check in kat Pullman Putrajaya, ktorg merayap2 sight-seeing resort nie. Sesangat penat sebab besar gila even nak balik ke bilik hotel pun boleh sesat. Lepas bercamwhore bagai, masuk bilik plak, wah kagum sekejap aku dengan Executive Suite nie, super duper cantik. View pun indah. Amik2 gambo terus ke Alamanda. Kononya nak movie marathon kan, ermm hampeh coz wayang full house. So petang tu ktorg tengok 'AKU TAK BODOH'. Best dan sesuai untuk parenting guide lah. Nanti aku buat review ek. Bukan tak nak tengok citer omputih but semuanya aku dah tengok cam Narnia, Tron dan memacam lagi lah.


So malam plak, ktorg ada dinner kat hotel itself. The B's Restaurant. Not bad jugak food je. Orang x berapa ramai. Choices of food not bad. Tapi aku suka dessert sebab ada chocolate fountation. So bedal tu jelah bebanyak. Dah kenyang semedal, layan tengok bulan bintang plak kat langit. Konon romantik lah kan balik bilik terus siap-siap untuk movie marathon yang seterusnya.


Ktorg layan 'HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH' kat mana lagi kan, Alamanda lah. Tak sangka full house jugak midnite punya show. Memang kelakar tahap cipan lah cerita dia nie. Lawak2 nya memang unsangkarable lah. Nanti buat review jugak lah.


Balik hotel layan movie dan terus tido. Esoknya before check-out dan lepas breakfast sempat jugak aku pi swimming kat rooftop pool resort nie. Peaceful je sebab tak de orang. After that kemas2 terus check out. Itu je. Eventho simple celebration but meaningful.


Eh, tak lupa jugak Mr Big kasi aku nie.Hehehehehe aku suka. Ala ladies item lah. Dia kan tau aku suke wangi2 kan.

I Love U Syaiful Ridzman...