Showing posts with label wangian Avon. Show all posts
Showing posts with label wangian Avon. Show all posts

Saturday, August 31, 2019

Haruman SUMMER WHITE Dari AVON

Hi Korang,


Pada Julai 2019 Avon telah memperkenalkan 2 haruman segar yang dapat mengimbau memori indah musim panas iaitu Summer White dan Summer White Paradise Eau de Toilette BARU. Apa yang menarik ramuan utamnya adalah daripada sentuhan nota-nota segar dan bungaan indah. Selain itu haruman ini adalah inspirasi daripada percutian pantai yang mengujakan. 

Summer WHITE (penutup biru) 

Haruman segar berkeyakinan dari gabungan bungaan putih mewah beradun limau gedang serta kehangatan kasturi linen putih. 

SUMMER WHITE PARADISE (penutup oren)


Haruman manis menyerlah dari bunga pic mekar, bunga lily halia yang eksotik serta kehangatan ambar emas. 

Didatangkan dengan satu saiz iaitu 50ml yang dijual pada harga RM28.00 WM / RM32.20 EM. Dan korang boleh dapatkan dari mana-mana Wakil Avon, mana-mana Butik Kecantikan AVON atau beli secara online di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 



Thursday, August 29, 2019

Wangian AVON LIFE COLOUR Dari AVON, Rekaan KENZO TAKADA

Hi Korang,

Pancarkan kegembiraanmu pada dunia dengan Avon Life Colour, haruman seindah dirimu. Avon memperkenalkan haruman eksklusif buat gadis dan jejaka, dicipta bersama pereka terkemuka Kenzo Takada. 


Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua di sekelilingmu. Diinspirasikan oleh prisma, botol uniknya direka oleh Kenzo Takada bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan.
 

Dengan kejayaan dalam bidang fesyen dan haruman antarabangsa selama 40 tahun., Kenzo Takada dianggap merevolusi fesyen dan melangkau batasan kreativiti dengan palet rona-rona ria. Kolaborasi beliau bersama Avon telah melahirkan AVON LIFE COLOUR – haruman yang benar mencermin kreativiti dirinya. 

AVON LIFE COLOUR FOR HER EAU DE PARFUM 50ml

Haruman sungguh menggembirakan ini menyerlah dengan positiviti dan memukau dengan kombinasi unik pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar. 


AVON LIFE COLOUR FOR HIM EAU DE TOILETTE 75ml

Gagah dan sofistikated, haruman moden maskulin ini mengetengahkan letusan prismatik kekal lama dari lemon, halia, magnolia, green Mate Absolute, vetiver dan oakmoss.


Avon Life Colour for Her EDP 50ml & For Him EDT 75ml boleh didapati dari Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON, atau dari shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 





Thursday, July 20, 2017

AVON Viva La Vita de Parfum

Hi Korang,

Benda ni memang wajib ada dalam setiap handbag wanita iaitu minyak wangi or parfume, kekandang orang panggil mist pun hado alah yang penting wangi ek. Barulah orang selesa nak dekat dengan kita, ini kalau bau busuk bau ketiak cam no pulak gayanya.


As usual, jenama Avon kan ada keluarkan wangian di antara produk mereka ni dan baru baru aku ke majlis pelancaran wangian terbaru Avon iaitu VIVA LA VITA de Parfum.

Wow nama kemain gaya lagi ek ! hehehhehe


Berinspirasikan wanita penuh keyakinan menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon telah memperkenalkan haruman feminin terbarunya iaitu Viva La Vita de Parfum. Wangian hebat ini mampu mengungkap kemeriahan serta keriangan jiwa sesorang wanita. 


Dihasilkan daripada bauan epal pink lady yang segar dan meriangkan, disusuli dengan bauan buah mandarin yang membebaskan perasaan, keharuman daripada pati mimosa yang mewah serta mengujakan serta wangian magnolia merah jambu yang memberikan sentuhan lembut memukau dan mempersonakan. 

Manakala kayu cendana menyerlahkan lagi dasar haruman ini, dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan Kashmir yang mampu memberi kehangatan yang lebih lama.

Perkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.


Manurut Kasia Ostrowska Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, "Haruman Viva La vita EDP ini mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang dapat memberi kegembiraan kepada anda serta perasaan hebat disaat menikmati setiap detik indah dalam hidup. Sentuhan bungaan danbuah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masa kini".



Di majlis pelancaran juga, Avon juga telah memperkenalkan wajah Viva La Vita, iaitu Nelydia Senrose. Sifat optimis pelakon muda dan jelita ini bertepatan dengan aspirasi Viva La vita itu sendiri. Sekaligus ianya juga bakal memberi inspirasi kepada bakal-bakal pengguna haruman terbaru dari Avon ini.

Aku sendiri amat gemarkan bauan dari Viva La Vita, tidak hairanlah bunga magnolia antara bunga yang menjadi feveret dari dulu sehingga sekarang


Ermm excited lah tuh kan, ok korang jangan lupa dapatkan haruman Viva La Vita yang akan mula diperkenalkan di pasaran pada bulan Oktober 2017 nanti pada harga RM95 (WM) dan RM109.30 (EM). Dapatkannya di www.avon.my ataupun hubungi wakil Avon yang terdekat dengan korang…

Ermm harumnya VIVA LA VITA de Parfum



Kaki Bebel,

LILY