Showing posts with label vitamin wanita. Show all posts
Showing posts with label vitamin wanita. Show all posts

Saturday, November 25, 2017

KECANTIKAN DALAMAN, KESERIAN TERSERLAH DENGAN INNERSHINE

Hi Korang,

Jenama minuman kecantikan popular InnerShine® memperkenalkan formulasi baharu untuk Pati Prun yang kini mengandungi Vitamin E yang bermanfaat untuk kulit dan memberikan kecantikan dari dalaman.

Ekstrak prun tulen yang diperbuat daripada prun California premium segar ini kaya dengan serat diet yang menggalakkan system pencernaan yang sihat dan memberikan kesihatan yang baik secara menyeluruh kerana ia mengeluarkan toksin dari tubuh secara semula jadi.


Kini dengan kandungan 10mg Vitamin E di dalam setiap botol, InnerShine® Pati Prun dengan Vitamin E melengkapkan diet harian dengan membantu memenuhi keperluan diet yang disyorkan iaitu sebanyak 15mg sehari untuk kulit wanita dewasa mendapatkan perlindungan dari dalam.

Seri wajah meningkat dengan pengambilan Vitamin E kerana ia melembabkan dan menjaga kulit dari dalam supaya ia kekal sihat dan tidak kering. Kandungannya yang kaya dengan anti oksida melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas. Pengambilan Vitamin E secara kerap dapat merangsang penghasilan kolagen dan mempercepatkan pembentukan semula sel bagi mengekalkan wajah yang muda dan berseri-seri. 

Jika diminum 12 hari berturut-turut, ia bukan sahaja dapat memperbaiki system pencernaan malah, melindungi dan memperbaiki kulit dari dalam. Mengembalikan keyakinan diri anda apabila wajah kembali berseri! 


"Ramai wanita menginginkan kulit wajah berseri secara semula jadi kerana ia memberikan mereka keyakinan untuk keluar dari rumah dengan mekap yang minimum. Keserian wajah seseorang itu terserlah jika dalamannya sihat. Rahsianya adalah dengan memiliki kelembapan kulit dan perlindungan kulit dari dalam agar dapat menghindari kulit dari kusam. Formulasi baru pati prun ini terbukti dapat membekalkan kulit dengan perlindungan tambahan serta memulihkan ciri pembentukan semula di samping membantu tubuh kekal sihat dari dalam,” kata Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn. Bhd. 

InnerShine® Pati Prun dengan Vitamin E dijual pada harga runcit RM32 (pek 6 botol) dan RM58 (pek 12 botol) dan boleh diperolehi di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk baru ini, pengguna boleh menghubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S® di talian 1-300-228-300, atau layari laman Facebook InnerShine Club.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com