Showing posts with label tourism selangor. Show all posts
Showing posts with label tourism selangor. Show all posts

Monday, October 8, 2012

First Time Ke I-City Shah Alam

Hi Korang,

Weekend lepas  sempat jugak berouting dengan kengkawan blogger.

Lepas je food review di Grand Blue Wave Shah Alam, ktorg terus je ke I-City Shah Alam.


First time aku ke sini, so far not bad tempatnya. Cantik dan penuh dengan perabut jalan yang berkerlipan berwarna-warni. 

Terasa kembali ke zaman kanak-kanak rasanya lah...

Seronok dibuatnya.


Saturday, September 10, 2011

Korang, Jom VOTE Cik Lily Putih Dalam My Selangor Story 2011

~Ini Adalah Sticky Post~
Scroll ke bawah untuk entry terbaru

Hi Korang,

Ingat tak entry aku hari tuh masa sebelum raya pasal #MSS 2011 nie. La tak baca, ermm tak per meh click kat link nie



At last entry aku di terima dan dalam proses saringan untuk masuk Top 30. Baru nak masuk Top 30 kan. Belum terpilih lagi. So sekarang ni aku nak mintak tolong korang, VOTE kan entry aku nie. 

Nie linknya,



Nampak je nama aku dan entry aku, korang terus je tekan Vote ek. Alah tak susah pun. Korang tekan je butang Vote tuh. Sekali Vote je dah cukup.


So far, ade a few bloggers yang aku kenal join sekali contest nie . Yang lelain entries tu semua dari Indonesia.  Ermm kira cam fight gitu kan. Hopefully semua geng ktorg dapatlah masuk kan.


Hopefully, rakan2 bloggers dapat Vote aku dan juga keep supporting me tau. Mintak tolonglah korang spread the news ek. Ada habuan untuk sesiapa yang spread the news kan.. Mana tau sekotak Oreo aku antau kat umah korang..

Tolong ek... plz plz plz... kamu jangan marah hehehheh


Saturday, August 27, 2011

Saya Ingin Sertai ‘My Selangor Story 2011’

Hi Korang,

Rasanya ramai bloggers yang tertunggu-tunggu kehadiran pertandingan ‘My Selangor Story’ yang akan di adakan tidak lama lagi. Saya juga begitu teruja sekali dengan pertandingan ini.


‘My Selangor Story’ ini merupakan pertandingan tahunan yang di anjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama beberapa badan korporat yang sudi menjadi penaja untuk pertandingan kali ini.

Peta_negeri_selangor

Pertandingan ini di buka kepada bloggers dari Malaysia dan juga dari Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Panel dari ‘My Selangor Story’ akan memilih 30 peserta dari 4 negara tersebut untuk mengembara seluruh negeri Selangor selama 5 hari 4 malam bermula dari 28hb September 2011 hingga ke 2hb Oktober 2011. Sepanjang pergembaraan ini, para bloggers di kehendaki menulis dan juga membuat video mengenai segala bentuk kegiatan yang di lakukan di blog masing-masing untuk di kongsikan dengan pembaca mereka.

Kenapa Saya Ingin Sertai ‘ My Selangor Story 2011’ ?

Setelah membaca pelbagai kenangan manis pahit para peserta yang menyertai MSS 2010, saya telah menyimpan angan-angan untuk menyertai pertandingan ini sejak dari tahun lepas lagi.


Saya rasakan pertandingan ini mencabar saya untuk berfikir ‘out of box’ dari kotak pemikiran saya. Selalunya saya menulis mengikut emosi dan perasaan dan kali ini saya dikehendaki menulis mengikut fakta yang disediakan.

Walaupun saya tinggal di Selangor tetapi saya belum pernah lagi berkunjung ke daerah-daerah di seluruh negeri Selangor. Dengan ini saya dapat lebih mengenali mendalam lagi tempat bersejarah, budaya, tempat peranginan, pantainya, tempat makan yang sedap di dalam negeri yang saya tinggal sejak 3 tahun lepas ini.

paya indah wetlands
Paya Indah Wetlands, salah satu tempat rekreasi di Negeri Selangor

Bagi saya, ianya bukan sekadar pertandingan biasa tetapi ia lebih merupakan percutian pengembaraan yang di taja sepenuhnya untuk mengenali lebih dekat lagi mengenai Negeri Selangor ini. Melalui pertandingan ini juga, saya dapat menjallinkan persahabatan dengan lebih erat lagi dengan para bloggers dari negara lain.




Semoga saya terpilih ke Top 30 untuk pertandingan ‘My Selangor Story’ bagi 2011. Di harapkan kengkawan bloggers yang lain sudi menyokong saya untuk pertandingan ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai pertandingan ini:

Tuesday, May 24, 2011

Mari Sertai Selangor Heritage Photo Carnival 2011

Hi Korang,

Korang pandai amik gambar tak? Tak kisah lah gambar apa pun kan. Meh sini aku nak citer..


Aku nak bagitau nie kepada photographer2 tak kira lah begineer ke, amatur ke, profesional ke dan juga kepada bloggers yang kaki bercamwhore macam aku ni kan, jom lah sertai Selangor Heritage Photo Carnival ini yang akan berlangsung pada Sabtu 4th Jun 2011 dari pukul 10pagi hingga ke 10 malam di Jambatan Kota, Klang Bandar Di Raja.


Pelbagai acara yang di adakan seperti Heritage Walk Photo Hunt, Puzzle Contest, Click at Station Game, Model Shoot Contest, Photography Exhibition, Photography Trade Fair, Photographic Societies Gathering, Heritage Walk Tour, Traditional Arts, Food Demo, Cultural Performance dan juga Street Arts.


Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada seperti, Children's Colouring Contest, Family Fun-shot Contest, Kiddy Photography Workshop dan memacam lagi lah.


Yang best tu, kalau korang tak nak datang pepagi pun tak per, datang petang pun boleh. Sebab acara ni berlangsung selama 12 jam tanpa henti tau. Mesti best kan.

Lupa nak bagitau yang Selangor Heritage Photo Carnival 2011 ini akan di masukkan ke dalam Malaysia Book Of Record kerana ada acara mengambil gambar terpanjang sekali di Malaysia. Wei, korang tak nak glamer ke kan. Aku mau aje.

So untuk info lebih lanjut, korang boleh layari Tourism Selangor Website. Macam-macam info serta boleh download jugak borang penyertaan.
 
 
Thank you to Tourism Selangor for invitation of press conference.

Sunday, May 22, 2011

Cik Lily Putih Si Pemain Didjeridoo

Hi Korang,
Pernah tak dengar atau tengok benda nie?
Hah inilah yang aku tengah pegang ni lah. Cuba teka apa menda alah nie? Eh, bukan untuk pukul Mr Big lah.Actually menda nie alat music tau tradisional lagi tapi bukan Malaysia mari okeh.

Sebenarnya ni citernya. The Didgeridoo (juga dikenali sebagai didjeridu atau didge) merupakan satu alat music yang berasal dari kaum orang asli dari utara Australia yang telah diperkenalkan sejak 1,500 tahu dahulu dan masih di gunakan lagi sehingga ke hari ini di merata dunia.
Ianya berbentuk silinder dan kelihatan seperti trompet kayu atau ‘paip drone’ so dah sah-sah diperbuat dari kayu lah kan, berukuran panjang di antara 1 hingga 2 meter tak boleh kurang daripada itu kerana semakin panjang alat ini semakin merdu nada yang di keluarkan.


Cara memainkan korang ingat boleh tiup sesuka hati ke? Ada teknik untuk meniup alat music ini iaitu teknik ‘circular breathing’ merupakan cara kita meniup menggunakan aliran nafas yang tidak putus-putus so sebab tu sebelum nak tiup kena ambil nafas yang panjang kan.
Payah jugak nak explain kat korang kan, nanti tak paham plak coz aku sendiri baru je first time tengok alat music. Tengok je gambo cam ne diorg tiup tu kan.
Seronok jugak dapat tahu culture orang di negara lain kan. At least tak de lah aku jadi katak bawah tempurung kan.
Thank you to Selangorlicious dan Tourism Selangor kerana memperkenalkan kepada aku.Umtuk lebih details korang boleh ke website nie Didjeridooghetto Malaysia Club
Tup-tup terasa nak belajar main alat music plak lah cam ayah aku maklumlah dia tu ahli music terhebat satu ketika dulu.

Happy Sunday!!