Showing posts with label tips penjagaan kereta. Show all posts
Showing posts with label tips penjagaan kereta. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Sayangi Kereta Anda | Simbol #CHECK Menyala Di Dashboard Kereta

Hi Korang,

Rasanya lama tak tulis pasal tips penjagaan kereta ni ek, dekat 2-3 bulan cam tu. 

Ok ni aku sambung balik ek

Aku dapat info ni daripada facebook dan aku rasa patut share dengan korang yang tau bawak kereta dan pandai isi minyak je kan hehhehehe...

Penting ni wei..


Pernah lihat simbol ini #MENYALA di dashboard meter kereta anda? jom baca dan ketahui apakah maksud amaran ini.


Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah simbol amaran yang mana ECU telah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta anda. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku. Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu menyala?

Menurut kajian, oksigen sensor adalah penyebab utama lampu amaran check engine menyala. Penutup tangki minyak yang rosak juga adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu oksigen sensor?


Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Oksigen sensor akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit. Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran.


Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak. Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor. Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow. Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. 


Ok paham tak?

pahamkan betul-betul ek, kalau tak berapa paham tak per just baca je. Yang penting jangan sampai simbol #CHECK tu keluar kat dashboard kereta korang sudah. 

Punca yang biasa simbol #CHECKENGINE ni keluar adalah:-

1. minyak itam kering kontang

2. Sensor meter kat dashboard tu rosak

3. Check radiator

4. Coil plug problem


Ini baru sket, actually ada banyaklah punca dan sebab kenapa simbol 'CHECK' tu menyala. Pepandailah ek pi service centre, jangan nak buat sendri sebab nak jimat kos. 

Thursday, August 6, 2015

Sayangi Kereta Anda | Bila Minyak Kereta Habis

Hi Korang,

Lama tak citer pasal segmen sayangi kereta anda ni ek. 

Ok ok aku sambung lagi lah..

Ermm satu tajuk yang aku rasa semua orang especially tuan punya kereta biasa alami termasuk jugak aku.

Kebiasaannya orang perempuan selalu ada perangai cam ni, biar je signal minyak kereta tu berkelip sampai umah then suruh suami tercinta bawak pi petrol station dan isi sebab nak jimat duit sendiri dan tanggungjawab laki korang kan! Betul kan, hahh betul la tuh…

Cuba bayangkan kalau tak sempat sampai umah, tengah-tengah jalan signal minyak berkelip non-stop apa perasan korang? Of courselah panic yang amat kan. Dalam hati berfikir sempat ke tidak sampai ke petrol pump yang ade berdekatan ni.


Normally kalau lampu minyak dah menyala panjang atau berkelip-kelip, at least kat dalam reserve tank tu ada sekitar 5 hingga 10 liter dan bergantung pada jenis kereta. Kalau korang kalau tinggal 10 liter boleh lah jalan dalam 90-100km. So kalau korang isi minyak RM10 memang tak nampaklah meter minyak tu naik sebab minyak masuk kat reserve tank dulu.

Kalau boleh, cepat cepat cari gas station...banyak implication sebenarnya dengan membiarkan tangki mikyak kereta kosong kan. Aku ada beberapa orang kawan yang perangai sanggup kereta takde minyak and kering sampai kena tow just because couldn't find the so-called favorite gas station dan akhirnya korang kena bayar lebih lagi kan

Kalau korang betul-betul belek car manual korang which korang tak kan baca pun kan, ada section pasal minyak ni. Selalunya ada section warning kalau korang biarkan tangki minyak kering. Kerata tow pun satu hal..actually tak digalakkan dah naik lampu baru nak isi minyak..seelok2nya tinggal satu takuk patut2 boleh isi dah..pasal membiarkan sampai minyak nak habis baru isi boleh mengakibatkan keroskan 'fuel pump' untuk satu jangkamasa tertentu, harga fuel pump pon bleh tahan jugak. Di mana fuel pump terpaksa kerja lebih kuat untuk pam minyak dan kemungkinan kotoran di dasar minyak pon ikut sekali, so boleh jugak membuat fuel filter kita kotor lagi cepat dan menambahkan lagi masalah car jerking dan misfire, minyak tak cukup sampai atau fuel pump kong langsung keta tak leh start

Ok dah faham kan..

ok pi keje dulu ek

So tak yah nak tunggu sampai berkelip baru sibuk nak cari fuel station ek tak mati der kereta korang kalau guna stesyen minyak bukan favourite korang kan hahahahha


Thursday, February 5, 2015

Tips Penjagaan Kereta Untuk Perempuan Comel Seperti Korang

Hi Korang,

Aku memang tau dah kalau bab-bab kereta ni mesti korang duk pass kat laki korang kan. 

Hah betul pun !! 

Seperti yang aku jangkakan tadi.


Walaupun korang memang malas nak pi workshop but still korang mesti ada ilmu dalam hal kereta ni. Tau tak pentingnya menjaga, memeriksa dan menyelenggara kereta korang, itulah. Kekadang menda yang rosak tu kecil je tapi di sebabkan kita ni wanita yang lemah yang tak de knowledge langsung hal kereta ni memang senang kena tipu. 

Ermm senang kena tipu tu lah yang selalu aku dengar.

Ni kat bawah ni, aku dah senaraikan beberapa entry mengenai cara mudah menjaga kereta sentiasa tip top. At least korang tau sket menda alah apa yang ada dalam perut kereta ni ek.

1. Berkenalan Dengan Enjin Kereta


2. Belajar Pasal Dashboard


3. Berkaitan Dengan SPARK PLUG


4. Fungsi Minyak Hitam


5. Punca Enjin Mati Tengah Jalan


6. Tayar Berbunyi Bila Pusing Stereng


7. Lampu Handbrake Menyala


8. Pilih Tempat Service Kereta



9. Status Kereta Dalam Warranti


10. Rugi Tak Service Kereta Di Pusat Service Bila Dalam Warranty



Rasanya cukuplah kot aku bagi tips pasal penjagaan kereta ni. Kalau korang nak tau pasal kereta ni, bagitau ek. So cam biasalah aku boleh tanya kat kawan baik si pomen tuh. 

Ok next week aku nak kongsikan plak pasal tips pemanduan ek.

Ermm barulah lega rasanya dah buat senarai cam ni, sebenarnya bukan apa aku sendiri nak jadikan reference jugak. 



Thursday, July 17, 2014

CITICARS Auto Servicing Centre Di The Gardens Mall

Hi Korang,


Ok kembali ke Segmen Sayangi Kereta Anda yeah…

Mana nak cari service centre dalam shopping mall ek!


Bukan apa, sambil hantar kereta pi service sambil tu lah boleh pi shopping sekali. Belum pernah lagi aku jumpa kan. Selalu workshop kat kawasan industro or shoplot je. Ermm tak pasal-pasal berjam-jam menunggu nak kasi siap. Kekadang sampai tertidur sekali.

Hehehehe itu aku lah, si kaki membuta tuh.


So last week aku berkesempatan ke CitiCars Automobile Centre di The Gardens Mall kat Mid Valley tuh. Ianya merupakan tempat service kereta yang terbaru di dalam pusat membeli belah. Serius wei, memang ada kat parking area level P2. Ini sesuatu yang baru tau!


Sebelum start apa-apa, ktorang diberi short briefing mengenai CITICARS ni. Sejarah penubuhan, modus operandi (ewah kemain lagi ayat ek), cara service dilakukan, membership di CITICARS dan pelbagai lagi info mengenai kereta yang ramai orang tak tau. Panjang lebar borak tau. Hehehehe


Disebabkan #DakOren aku still under warranty, aku hantar kereta family Mr Big untuk service di sini. Blogger Issac pun ada gak hantar kereta putih dia tuh. Ktorang ambil pakej Shell Helix Ultra Fully Synthetic bernilai RM298. Ini termasuklah original oil filter, 26 inspection point checks, nitrogen air for all tyres, gasket/sealant, anti-rust dan labour cost.


Kat CITICARS ni, mereka menggunakan minyak hitam Shell original tau. Untuk kereta Perodua, mereka gunakan original Perodua oils (synthetic/semi synthetic) dan kereta jenama lain mereka gunakan Shell Helix motor oils. Bagus ek





Bagi aku, ini merupakan konsep terbaru dalam auto service ni. Yelah orang kata apa Convenience. Mana taknya, boleh buat 2-3 kerja dalam satu masa. Sesampai je shopping mall, hantar kereta dulu untuk diservis, check sana check sini, dan tukar apa yang patut dan lepas tu sementara nak tunggu kereta siap boleh pi shopping ke, makan ke, bayar bil ke, buat facial ke, pi spa ke kan. Semua boleh.

Siap semua kerja, ambil kereta dan terus je balik rumah. Tak ke jimat masa dan tenaga.

Pendek kata, sambil menyelam minum air gitu kan.



Lagipun, tenaga kerja CITICARS ni kesemuanya mempunyai latarbelakang yang baik, mekanik yang sudah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman daripada jenama kereta tertentu. Kira macam diorang ada expert mechanic daripada pelbagai jenis brand kereta. So nak cuak apa kan!

Sekarang ni plak, CITICARS sedang mengadakan promosi ‘RAYA PROMOTIONS’ FREE 26 Inspection Points Check sehingga 31 Ogos 2014.

Ini ada perkhidmatan yang di tawarkan:

1. Air Cleaner
2. Hand brake
3. Spark plugs
4. Doors (function)
5. Windscreen wipers
6. Front and back brake lines
7. Fuel filter (transparent type)
8. Steering (oil level, oil condition)
9. Rear axie (oil level, oil condition)
10. Fuel system ( idle mixture, cruise mixture)
11. Engine (starting characteristics, acceleration)
12. Cranking system (initial voltage, cranking RPM, cranking volts)
13. Charging system (charging rate, diode pattern)
14. Brake/clutch (fluid level, fluid condition)
15. Battery/ battery terminals and cables
16. Transmission (oil level, oil condition)
17. Drive belts (condition, function)
18. Engine (oil level, oil condition)
19. Radiator, hoses and caps
20. Windscreen washer
21. Windows (function)
22. Steering linkage
23. Lighting system
24. Cooling System
25. Foot brake
26. Tyres


Diorang akan check kereta korang 26 jenis service ni secara PERCUMA. Wokeh tak yah bayar. Selain daripada FREE service ni, korang boleh dapatkan aiskrim cone Moo Cow yogurt secara FREE jugak tau.

Tengok bertapa senang kan?

Let say la, kalau ada spare parts tertentu rosak, diorang akan call korang dulu bincang cam ne. Samada nak tukar atau tidak. Kalau ye, diorang ni akan sediakan original spareparts untuk bahagian yang rosak tuh dan kalau korang macam rasa was-was nak tukar kene tunggu laki korang bagi permission ke kan, mereka ni ok je.

So time ambil kereta tu nanti, team CITICARS akan terangkan pada korang satu per satu.


Memang pengalaman baru yang aku rasakan sangat bagus dan bersesuaian gaya hidup masa kini yang senantiasa sibuk 24 jam. Dengan harga yang berpatutan dan tenaga kerja yang mahir, patutlah CITICARS jadi pilihan tuan punya kereta ek.

Nak lagi lebih details lagi, meh layari:




Lokasi:

1. Sunway Pyramid - Level B1, Pillar R14
2. The Gardens Mall - Level P2, Pillar B60A


Thursday, June 26, 2014

Sayangi Kereta Anda : Jangan Potong Q

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal ni, asyik citer pasal makan je kan.

Korang tengok jelah gegambor ni.




So what do you think?

Bagi aku tak eloklah buat perangai cam ni kan, kalau dah tau lambat tu buat cara lambat. Janganlah nak menyusahkan orang lain. 

Yelah dia rasa dia kuat, dia hebat, dia mahal kan so of course kereta-kereta kecik dan driver yang tak berapa pandai nak cilok  ni mesti kena bagi laluan kat dia.

tengoklah viva ni, tak padan kecik

proton BML ni pun sama gak la

Ni aku yang kena ni, ermm sakitnya hati. Tapi nak buat cam ne, kita ni kecik.

Jawabnya banyak-banyakkan bersabar jelah.

Tepuk dada tanya selera

Ermm apa lagi jom pi makan roti canai dulu lah...



Thursday, June 19, 2014

Nissan TEANA Serba Baru, “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti”

Hi Korang,

Masa travel je Bintulu tu, ada launching Nissan TEANA ni, so cam biasa ada assistant yang tolong pi cover event ye.

Meh baca sket info pasal kereta terbaru Nissan ni ek


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Teana serba baharu yang amat ditunggu-tunggu. Dikilangkan di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah Malaysia, Nissan Teana serba baharu generasi ketiga menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan penampilan yang lebih berprestij. Ia diserlahkan menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor. Ia sememangnya sebuah sedan yang hadir bersama ciri pintar dan kontemporari, lari daripada reka bentuk sedan konvensional untuk segmen D.


Pada majlis pelancaran, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen berkata: ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kepada pengguna di Malaysia. Sedan terbaharu dalam segmen D ini merupakan model utama kami. Tagline  Teana serba baharu  iaitu “Drive to Greatness” membuktikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami yang bijak menilai serta golongan usahawan muda. Setiap inci dan perincian Nissan Teana serba baharu telah dihasilkan dengan teliti untuk mereka yang menghargai perkara lebih baik dalam hidup. Kami percaya bahawa gayaan yang kemas, inovasi termaju dan kemewahan Nissan Teana serba baharu akan menawarkan pemanduan yang luar biasa!”.

Perubahan utama pada Nissan Teana serba baharu ialah enjin QR25DE yang baru dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada  julat tork yang rendah dan sederhana. Kebuk pembakaran yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV lebih lancar dan ekonomikal. Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan.


Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm). Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.


Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, berkuasa dan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional. 70% komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak. Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter baharu boleh mencapai jarak 13.5km/l manakala Teana 2.5 liter pula boleh bergerak sejauh 13.3km /l.

Suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering, EHPS) telah digabungkan untuk menawarkan pemanduan yang lancar, selain lebih stabil dan mencengkam di atas jalan raya. Keseimbangan di antara stereng responsif dan pengendalian yang selesa membantu menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat serta meyakinkan ketika membelok.

Ciri AUC (Active Understeer Control) menggunakan logik kawalan pintar dan penggerak brek bermaklum balas tinggi untuk mengaktifkan brek pada bahagian dalam roda hadapan ketika mengambil selekoh tajam. Teknologi inovatif yang turut berfungsi ialah VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System). Ia membantu pemandu meningkatkan kawalan, selain menyediakan belokan yang selamat serta lancar di atas jalan yang licin, basah atau berpasir.


Rekaan luarannya cukup elegan dan menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan rasa sebuah sedan yang premium dan berkualiti. Garis karekter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan. Gril hadapan diletak dengan kemas di antara lampu utama jenis projektor yang menghasilkan gayaan berani dan sofistikated pada bahagian hadapan. Varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

Melihat dengan lebih dekat ruang dalaman Nissan Teana serba baharu, anda pasti kagum dengan kemasan berwarna perak serta tempat duduk dibalut kulit yang lembut dan berkualiti tinggi. Kabin ini sememangnya luas dan selesa. Reka bentuk tempat duduk hadapan dioptimumkan untuk rasa lebih luas berbanding saiz sebenarnya. Terdapat penambahbaikan yang ketara pada ruang kaki penumpang belakang berbanding model sebelum ini.


Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 menggantikan reka bentuk yang ada pada generasi terdahulu bagi membolehkan barangan besar dapat disimpan dengan lebih mudah.

Sama seperti menaiki kelas pertama penerbangan, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Reka Bentuk Tempat Duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang, selain menambah baik aliran darah. Ia membantu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Bunyi bising di dalam ruang kabin Nissan Teana serba baharu telah dikurangkan secara signifikan. Terima kasih kepada penggunaan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan 9 unit pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan.


Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci dengan warna grafik 3D diletakkan di hadapan pemandu agar mudah dilihat. Manakala butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng agar mudah dioperasi. Untuk lebih mudah dan selesa, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

Nissan Teana serba baharu menawarkan satu rangkaian ciri keselamatan inovatif yang mengutamakan aspek keselamatan pemandu dan penumpang. Ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin untuk melindungi mereka yang tersayang. VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist System) yang membantu pemandu supaya terus dapat mengawal kenderaan dan mengelak halangan dalam situasi cemas. Ciri-ciri termaju ini meningkatkan kestabilan kenderaan dan mengelakkan gelinciran di atas jalan yang licin. Sementara HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.


Lampu utama jenis Xenon dengan Pengaras Automatik dan Pembersih (hanya ada pada varian 2.5XV), mampu meningkatkan pandangan pada waktu malam. Lampu utama itu hadir dengan Sistem Lampu Automatik Termaju yang akan menyala secara automatik ketika hujan (atau kondisi gelap) apabila penggilap cermin hadapan dioperasikan secara berterusan.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Lampu Brek Ketiga LED yang diletakkan pada posisi tinggi, poin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, tali pinggang keledar hadapan dengan pengehad beban dan pra-regangan, Emergency Locking Restraint (ELR) 3 poin, penggilap cermin hadapan boleh ubah kelajuannya, binaan badan kukuh serta binaan hadapan kenderaan untuk perlindungan pejalan kaki.



Nissan Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE. Lima warna disediakan termasuklah satu warna baharu iaitu biru (Storm Blue), selain warna perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White).

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah  RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE. Semua varian ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.


Tempahan dan pandu uji kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan Teana serba baharu di laman web: www.teana.com.my atau menghubungi talian 1800 88 8368. Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan yang lain, para pelanggan boleh melayari laman web  www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

+++

APPENDIX


AKSESORI YANG BOLEH DIDAPATI: NISSAN TEANA SERBA BAHARU
No.
Alat ganti
Harga Unit (RM)
1.
Tinting - V-Kool 4mil Security Film           
4,200
2.
Trunk Tray
250

Thursday, May 29, 2014

NISSAN ELGRAND - Kemewahan Dalam Segmen MPV


Hi Korang,

Nak citer mengenai kereta MPV Nissan Elgrand keluaran Tan Chong Motor ni la ye..


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan model import sepenuhnya, Nissan ELGRAND baharu. MPV premium 7 tempat duduk itu memiliki penampilan mengagumkan dan ciri baharu yang menyerlahkan rasa kemewahan sebenar. 


Gayaan luaran Nissan ELGRAND baharu mempunyai penampilan yang mantap dan tegap bersama gril hadapan disalut krom penuh gaya serta disempurnakan lagi dengan rim aluminum aloi multi-jejari baharu bersaiz 18 inci. Dengan lampu utama jenis LED projektor baharu dengan sistem lampu hadapan aktif adaptif (Active Adaptive Front-Lighting System), pandangan pada waktu malam dipertingkatkan.



Setiap ciri dalaman Nissan ELGRAND baharu memiliki sentuhan mewah bermula daripada Paparan Multi-Informasi (MID) dan Kawalan Jelajah Automatik. Meter Fine Vision dengan Paparan Bantuan Pemanduan bersaiz 5 inci diletakkan di antara meter kelajuan dan takometer, menawarkan pemandu maklumat penting dengan hanya satu satu sentuhan. 


Nikmati keselesaan Nissan ELGRAND baharu dengan kabin lebih luas yang telah ditambah baik. Ia menampilkan tempat duduk berasingan jenis kapten dengan Ottoman dan sokongan pada bahu yang boleh dilaras. MPV premium 7 tempat duduk itu turut menampilkan tempat duduk kuasa yang boleh dilaras sehingga 8 cara, sekali gus menawarkan versatiliti terbaik dan selesa bersama ruang kaki yang cukup luas. Untuk menambah ruang kargo, tempat duduk baris ketiga boleh digerakkan ke hadapan sehingga 240mm, biarpun ketika digunakan, memberikan ruang luas untuk meletak barang. 


Nissan ELGRAND baharu menampilkan ruang dalaman mewah berwarna hitam dengan kombinasi kemasan kayu. Tempat duduk yang dibalut kulit itu hadir dengan corak berbentuk berlian dan jahitan berkembar berwarna coklat bagi meningkatkan lagi kemewahan Nissan ELGRAND baharu. 


Nissan ELGRAND baharu dilengkapi enjin 3.5 liter dan transmisi automatik. Ia didatangkan dalam empat lilihan warna - Imperial Umber serba baharu, Putih Mutiara (Brilliant White Pearl), Perak (Brilliant Silver) dan Hitam (Phantom Black). MPV ini ditawarkan pada harga di atas jalan RM 388,000 (tidak termasuk insurans), bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mena-mana tiba dahulu). Tempahan kini diterima di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. 

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Ermm itu je...


Thursday, May 1, 2014

New Nissan SYLPHY – Keluaran Generasi Ketiga ‘Embrace Distinction’



Hi Korang,

ok entry ni termasuk dalam segmen sayangi kereta anda ye..


Dapat jugak ke launching model terbaru Nissan SYLPHY ni. Nasib baik ada assistant tolong amik gambo dulu coz aku lambat sampai time je. Kerja melambak plak tup tup.

Event di adakan kat Grand Hyatt Hotel, alah belakang KLCC je. Parking full coz ramai yang hadir kan, so kena park jauh sket, dapat kurangkan kalori dengan berjalan kaki.

Oklah meh citer pasal Nissan SYLPHY nie k,


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan SYLPHY generasi ketiga ni dengan menawarkan pengguna di Malaysia pemanduan mengagumkan, reka bentuk elegan, ruangan dalaman yang luas dan senyap. Ia juga di lengkapi dengan teknologi-teknologi terkini untuk prestasi dan penjimatan bahan api yang cemerlang.





Sedikit info dan fakta seringkas mungkin aku tulis ek,

- SYLPHY serba baru menggunakan platform serba baru

- Dikuasakan oleh enjin MRA8DE Twin CVTC 1.8L serba baru

- Dilengkapi kotak gear XCVT (Xtronic Continuously Variable Transmission) generasi seterusnya

- Ruang dalaman terbaik dalam kelasnya dilengkapi dengan keselesaan pemanduan serta pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH)

- Ciri-ciri keselematan terbarik pasa semua varian seperti 6 beg uda SRS serta VDC (Vehicle Dinamic Control) dengan TCS (Traction Control System) yang mengutamakan pemandu dan penumpang.





Ada 5 pilihan warna iaitu Cayenne Red (merah), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas), Diamond White (putih) dan Brilliant Silver (perak).







Harga di atas jalan (tidak termasuk insurans) Nissan SYLPHY serba baru ialah RM111,900 untuk 1.8E dan RM129,000 bagi varian 1.8VL. Di datangkan sekali bersama jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000km mana-mana tiba dahulu.

Korang kalau nak buat tempahan ke test drive ke boleh di buat di bilik-bilik pameran Nissan di seluruh negara.


Minat kaler ape ek?... cer citer sket..

Jangan nak tengok awek je kat gambo atas tu ek...