Showing posts with label tips menjaga kucing. Show all posts
Showing posts with label tips menjaga kucing. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Belajar Grooming Kucing “So You Think You Can Groom” Workshop Di PETSMORE

Hi Korang,


Well well well

Aku berdua jelah nak cantik!


Abis si hitam gemuk malas #DakUban tu biar je cam tuh. Ermm sian dia wei, dah lah duduk umah sesekor kat umah dapat kuar umah bila ktorang ada umah je kan huhuhu. #DakUban ni sebenarnya paling takut kalau pi vet. Kira macam potong kepala gituh lah agaknya, memang penakut betul kira payah gaklah nak bawak berjalan kucing hitam ni kan.


So ade kesempatan hari tuh, dapatlah aku pi belajar cara menjaga kebersihan dan kesihatan kucing dari Petsmore SS2 ni. Memula nak bawak #DakUban erm tapi memikirkan balik dengan perangai dia tuh so tinggal sajorlah di rumah je bang..

Ramai jugak bloggers yang bawak kucing kan, jeles mak ok coz #DakUban tak de kan.




Ok sedikit kata-kata aluan daripada Encik Sen Saw selaku Ketua Pegawai Operasi Petsmore yang memperkenalkan Akademi Furfur. Tujuan akademi ini adalah untuk memupuk dan mendidik bakat-bakat baru dalam bidang dandanan yang. Ia memerlukan banyak kesabaran, semangat dan pengetahuan untuk menjadi pemilik haiwan kesayangan yang besar. Walau bagaimanapun, teknik yang salah boleh membawa kepada keputusan yang buruk.




Petsmore Master Groomer berkongsi beberapa tips mudah untuk memastikan haiwan kesayangan anda juga rapi di rumah. Ini memastikan mereka rapi seperti bagaimana yang dijalankan oleh seorang profesional. Bengkel pendek mengajar asas-asas untuk menjadi pemilik haiwan kesayangan yang bertanggungjawab. Penting seperti memahami haiwan kesayangan anda, belajar tentang makanan dan pemakanan mereka, untuk kepala ke kaki lengkap dandanan latihan diajar hanya dalam masa 60 minit.


Kalau korang rasa cam dah malas giler nak uruskan kucing korang tuh sebab dia ngada-ngada badak cam #DakUban, Petsmore ada menyediakan tawaran hebat bagi korang yang nak pets korang senantiasa cantik bagai je kan

Ni kat bawah ni promosinya:

1) RM150 ONLY on the First Trial Cat Basic Grooming Package. For 5 sessions, customers will save a whopping RM265 when their feline friends get services such as ear cleaning, nail care, and bathing & blow drying.

2) RM100 ONLY on the First Trial Dog Basic Grooming Package. For 5 sessions, customers will now save a whopping RM195 when their canine friends get services such as eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, nail care, shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning of anal gland, and bathing & blow drying.


Kata En Sean Saw lagi, “Another sought after service at Petsmore is our Spa Grooming service – Micro Bubbles SPA System. Your pets are in for a total pampering treat as this Micro Bubbles SPA System offers anti- bacterial deep cleansing, deodorization and moisturization for the fur and skin. This reduces itchiness, leaving the pets with a calming after effect. This Micro Bubbles SPA System is strictly hypoallergenic, very therapeutic and enhances the immunity of pets.”

Memanglah sangat seronok wei dapat memain dengan kucing. Aku share satu table dengan Nannie sebab dia bawak kucing dia Rian yang comey bebenau tuh. Duduk diam cam patung je masa Pet Groomer duk membersihkan badan dia ek.

Tips Membersihkan Kucing Di Rumah

tekan tapak kaki sampai kukunya terkeluar

hah nampak kuku putih tuh, then ketip ek

Tengok cara potong kuku. Masukkan pengetip sampai hujung kuku putih then baru ketip ek.

titiskan ubat kat cotton bud

bersihkan kat dalam telinga

Bersihkan telinga pulak, letak sket ubat telinga dan gosok dengan cotton bud. Hilangkan daki hitam-hitam dalam telinga tuh.


bulu-bulu ni yang kite tak nak, punca penyakit


Lepas sikat bulu plak, rupanya kena sikat backwards ek iaitu lawan arus untuk hilang yang mana bulu-bulu dia yang bersimpul ke kan, lagipun cam ni boleh nampak kalau ada kutu ke tak dalam bulu tuh. 

Kalau #DakUban cam tu kan bagus ek. Ni cam no lah balik ni nanti aku nak buat kat dia, mau bersilat berkuntau bagai kann nak tepis serangan cakaran maut dia tuh hahahahaha

Untuk info lanjut, korang boleh layari


Petsmore official webpage di www.petsmore.com

Petsmore Facebook page at http://www.facebook.com/petsmore

Petsmore Instagram page at http://www.instagram.com/petsmore




Wednesday, July 2, 2014

Kucing Tersalai

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal wordless wednesday ni. Tapi ni bukan WW ni sebab kalau WW tak de caption pun kan.


Tengoklah si Dak Uban ni kan. Inilah keje dia pepagi time ktorang nak pi kerja. Aduiyai nak menunggu dia tunggu tu, sakit nau hati. 

Bukan apa, panjang pandai turun tak reti. 

Sudahnya Mr Big kena amik tangga untuk turunkan budak hitam ni tau.

Ishk kucing-kucing ni, nak marah pun tak sampai hati




Tuesday, January 21, 2014

Bawa Kucing Pergi Vaksin Di Klinik Haiwan

Hi Korang,


Bila dah bela kucing dah kira sama cam bela anak. 

Selain daripada sediakan tempat tinggal, makan yang cukup, kesihatan diorang ni pun kena jaga jugak. Aku memula malas nak bawa pi Veterinar ni, alah setakat kucing je kan. Lepas tu, bila fikir balik bawah jelah. Nasib baik ada klinik haiwan di Bangi ni.


Ktorang ke Mesra Pet Shop di Seksyen 7 ni. Alah sekangkang kera je dengan rumah. Banyak gak tempat aku survey nak hantar pi vaksin, adik ipar aku Si Siti tu bagitau hantar kat Mesra ni coz semuanya diorang boleh buatkan walaupun mahal sket.

Lepas maghrib tu, kendonglah 2 ekor budak ni Dak Uban dan Dak Nin dalam carrier. Nak suruh aku pikul ermm tak perlah berat semacam. Oit gemuk sungguh.


Sesampai je tak de orang pun, so kena isi borang dulu.

Staff kat situ pun explain sket cam ne procedur nak vaksin kucing ni. Kejap pas tu, nama budak 2 ekor ni kena panggil untuk masuk dalam bilik rawatan. 

Doktor kat dalam tu buat pemeriksaan kat diorang berdua ni. Tengok mata, tengok bulu, check ada kurap ke tak, timbang berat semualah.




Memula sekali Dak Uban yang kena dulu coz dia yang excited sangat, heboh nak kuar kan. Semua ok kecuali Dak Uban ni ada fungus yang baru nak jadi sekitar telinga dia. Lepas eject vaksin, terus doktor bagi ubat fungus plak. Lepas tu letak ubat kutu jenama ‘frontline’ ni.




Bila time Dak Nin kena checkup, rileks je. Tak de pun nak meronta-ronta. So far so good kesihatan, tak de kurap tapi kutu masyallah banyak giler. Sebab bulu dia ni tebal sket, so payah aku nak check. Apalagi terus letak ubat kutu gak. 

Settle dalam masa tak sampai 1 jam pun.

Harga vaksin untuk seekor kucing = RM35.00

Harga ubat kutu ‘FRONTLINE’ dalam tiub = RM24.00

Kena dalam RM118.00 untuk 2 ekor kucing.



Ala tak perlah, dengan kucing pun nak berkira. Selama dia diorang tolong bersihkan sawang bawah almari, kemaskan habuk-habuk kat kabinet tv, jumpakan balik misteri udang aku yang hilang. Ni kira sebagai upah diorang berdua la tuh.

Ok cukup bulan bawak lagi pi vet ek ..

Alah time tuh raya cina, ermm kena bawak awal sket la nampaknya.

Tuesday, December 31, 2013

Kucing Perlukan Teman Untuk Bermain

Hi Korang,

Sekarang ni kucing hitam legam aku Dak UBAN tu dah ada kawan baru.

ni masa memula bawak dia balik umah, kecik je. macam anak rimau

Namanya Abang Nin, sempena warna bulunya yang kuning tu kan.

Memula malas nak bela seekor lagi tapi ramai yang kata at least bela 2 ekor barulah si UBAN tu ada kawan nak memain nanti. So tak delah keje dia nak gigit tangan aku ajak main kan.

makan kena asing, kalau tak kang gaduh je

Si Nin ni adik ipar aku Si Siti yang bagi. 

Actually kucing ni dia jumpa dalam hujan kat bawah rumah dia, terperangkap dalam pokok-pokok. So si Siti ni amiklah dia then bela. Kemudian plak sibuk ktorang nak cari peneman Dak UBAN ni, itu yang dia bagi tuh.

Perangai Abang Nin berbeza langsung dengan Dak UBAN.

Si Nin ni macam kucing kartun Garfield tuh. Lazy fat cat. Sangat malas nak bergerak kecuali kalau Dak UBAN ajak main. Dia ni lepas je makan tup terus pi baring kat tempat-tempat yang dia rasakan selesa macam depan tv, atas katil aku, katil bilik belakang 2 bijik tuh.

Pemalas ya ampun.

Kekadang tuh sampai time makan pun kena kejutkan dia. Kuat tidur betul. Lepas makan kang, pi beri-beri then sambung tidur balik.

malaslah abg nin ni



Itulah kerja dia seharian, sampai Dak Uban paksa dia main dengan gigit-gigit leher dia nak suruh dia bangun.

Ermm

bangunlah wei

Itulah dia ragam 2 ekor kucing aku tuh. Memacam perangai, panjat-panjat tu tak kiralah. Kira sofa ktorang kat depan tv tu dah macam tempat PLKN diorang. Kejap terbang ke sana, kejap terbang ke situ. Diorang ni bukan berjalan kalau memain, semuanya melompat dan macma tupai je plak aku rasa.

Ok tu je aku nak citer, nanti sambung lagi ek pasal budak 2 ekor ni.


Oh ye, blogger K Jie ada tanye hari tuh, Dak UBAN tu jantan ke betina. Jantan K Jie, malas nak bela kucing betina nanti asyik beranak je. Bela dua-dua ekor jantan, barulah kucing GAY hahahaha havoc havoc havoc ee..

Urban sungguh kucing-kucing aku ni lah



Saturday, December 14, 2013

Lahirnya UBAN The Kucing Hitam

Hi Korang,

Dah lama nak citer tapi tak de timing bagus nak pos entry kan. Sudahnya upkan hari ni lah.

Kalau korang kaki stalker instagram aku memang akan perasan makhluk hitam yang wujud dalam hidup ktorang berdua ni.

Citernya cam ni.

Rasanya bulan lepas kot, aku pun tak ingat.


Ktorang nak kuar pi hospital untuk Mr Big pun follow up check up. Betul-betul kat sebelum simpang rumah tu, ada bas parking kat situ. Tup-tup cam ade menda nak berlari ke jalan. Cercepat aku brek, nasib baik takde kereta lain kat belakang.

Mr Big pun turun coz nak tengok apa menda tuh.

Eh cam landak dia kata, so dia pi dekat lagi rupanya anak kucing hitam yang bulunya cam landak. Agaknya anak kucing tu takut so dia sembunyi bawah bas tuh. Puas gak lah Mr Big merangkak-rangkak nak tangkap dia.

Dapat pun.

Bila dia pegang je, anak kucing tu duk diam je.


Terus dia bawak naik kereta dan cakap kat aku yang dia nak bela lah anak kucing ni. Berdesup aku drive bawak pi PetShop dekat dengan umah ni untuk hantar dia boarding 2 hari coz esoknya kitaorang ada event sepanjang hari.

Belikan dia makan dan masukkan dalam sangkar.


Masa register budak kedai pet tanya nak letak nama apa, terus je Mr Big cakap letak nama UBAN lah coz bulunya berselang seli hitam putih. Aku ok saje.

So masa pi amik untuk balik rumah tuh, sibuklah ktorang pi cari sangkar, pasir, tempat makan, dan memacam lagi lah keperluan kucing. Kira macam dapat baby lah. Semuanya nak beli.


Sampai rumah set upkan tempat tidur, makan dia semua baru masukkan ke dalam sangkar. So far tak de pun mengiau sangat, nampak cam takut tu ada lah. Biarkan dia duk dalam sangkar dulu, tengok cam ne kan.

Lepas 2-3 minggu, nampak cam dia ok je. Ktorang lepaskan dalam rumah waktu ktorang ada rumah. Kalau ktorang keluar, lepaskan dalam rumah gak but sliding door bukak sket so senang dia nak keluar masuk pi kat tempat pasir dia kan.


Ya ampun, keletahnya cam memang cam budak kecik. Camne perangai budak kecik cam tuh perangai si UBAN ni.Kitorang pun living hall tuh, dah macam tempat dia team building. Panjat sana, sembunyi sini, mencakar-cakar kat sofa kan. Aduyai, bersabarlah ye


Walaupun cam tu, si UBAN ni memang nampak mendengar kata. Bila kita kata no terus dia cam paham dan tak buat. Bila dipanggil, datang je kat ktorang. Tak de nak terpekik-pekik menjerit kan. Lagi plak, dia ni rajin nau menolong. Keluarkan habuk dari bawah katil, bawah sofa, bawah almari semualah yang aku tak sampai nak sapu hehehehhe. Sekali keluar, abis misai-misai bertanglung coz habuk ikut melekat sekali kan.

Itulah citer sket pasal kucing landak aku ni.


Nanti aku citer lagi cara-cara ktorang bersihkan dia ek. Mandi, potong kuku, korek telinga. Makan kuat budak ni tau.

Ermm tunggu tau