Showing posts with label teppanyaki. Show all posts
Showing posts with label teppanyaki. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Makan FLAMING TEPPANYAKI Di KIN NO UMA JAPANESE RESTAURANT, Palace Of Golden Horses

Hi Korang,


Japanese food? 
Ermm siapa suke angkat tangan pls..


1, 2, 3, 4, 5, ermm ramai jugak yang minat Japanese food ni ek, especially sushi, sashimi, bento box, teppanyaki kan. Aku of courselah lagi minat kan, memang patutlah di gelar #bloggerkakimakan.



Last week, aku berkesempatan untuk pi merasai salah satu menu makanan jepun iaitu Teppanyaki di restoran Jepun Kin No Uma di Palace Of Golden Horses ni ek. Ermm dekat dengan office dan dinner time plak tu kan so why not, makan tuh oooo hehehhe



Kin No Uma Japanese Restaurant menghidangkan promosi istimewa yang menampilkan set Teppanyaki dari air tangan Sous Chef Mohd Rafidon. Para tetamu akan mendapat peluang untuk menikmati makanan mereka disediakan khas dengan ramuan yang paling segar dan premium.


Jom tengok apa yang hidangan teppanyaki yang aku citer ni ek,

Wakadori Age Dofu Soba Teppan (RM25 nett)
chicken, tofu and soba noodles served with mixed salad, miso soup and tropical fruits.

Saba Udon Teppan (RM28 nett)
blue mackerel fillet, udon noodles and butter garlic sauce vegetables, served with mixed salad, miso soup and tropical fruits.

Sanma Kabayaki Teppan (RM25 nett)
taste of pan-fried spike mackerel, served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

lka To Shake Teppan (RM28 nett)
some stir-fried squid with garlic butter sauce served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Shake Atama Kani Age Teppan (RM38 nett)
consist of grilled Norwegian salmon fish head and soft shell crab served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Ebi To Hotate Maruyaki Teppan (RM44 nett)
pan-fried prawns, scallops and butter prawn sauce vegetables, served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Gyuniku Hiyashi Sobayaki Teppan (RM28 nett) 
that has sliced beef with tomato and fried soba noodles with assorted vegetables

The Mongolian Teppanyaki (RM32 nett) 
teppan-style chicken, beef, prawns, fish, clams and vegetables with Mongolian Barbeque sauce.

So promosi ‘Flamming Teppanyaki’ ni sedang berlangsung dari April hingga penghujung bulan Mei 2016, dan harga serendah RM25 nett je tau untuk satu hidangan.

ni signature sushi tau sebab kena gigit 2 kali baru lepas masuk mulut sebab beso ooo

Selain daripada promosi teppanyaki, Kin No Uma Japanese Restaurant ada promosi lain seperti the Express Bento Box yang pilihan popular di waktu makan tengahari (RM49 nett) dan makan malam (RM73 nett) serta weekly Saturday Buffet Dinner at a promotional price of RM138 nett (adult) and RM69 nett (child).


Rebutlah peluang untuk menikmati bufet pada harga diskaun dengan Mines Privileges Card yang menawarkan diners diskaun sebanyak 30% bagi orang dewasa yang membayar sahaja. Diners boleh memohon untuk Kad di Hotel semasa ketibaan dan menikmati faedah-faedah yang sah untuk satu tahun.

So apa lagi, mari ke

Kin No Uma Japanese Restaurant
Level 1,
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Tel : 60 3 8946 4888
Website: www.palaceofthegoldenhorses.com.my

Meh cepat siapa nak banjer aku ni ek.. ke korang nak aku banjer korang kan... ermm....

Monday, January 14, 2013

Restoran Teppanyaki Bukit Bintang

Hi Korang,

Dengar nama pun dah tau dah, Teppanyaki ni adalah makanan Jepun.

Ktorg kalau pi area Bukit Bintang ni, memang selalu akan pi makan kat sini. Senang, mudah dan cepat.


Korang kalau masuk kedai ni jangan terperanjat pulak. Actually tempat duduk makan kat sini berbentuk kaunter. Kita boleh tengok secara LIVE tukang masak ni masak depan kita guna kuali besi empat segi yang rata dan hitam.

Sebab apa aku cakap cepat?

Bawah kuali besi lebar tu, ada dapur gas boleh kawal saiz api. So lagi banyak masak lagi besar lah apinya dah cepatla makan. Betul tak? Tapi jangan bimbang, ada gak dining table yang biasa macam kat umah tu bagi yang tak biasa duk kat kaunter ni.

Japanese Tea (RM1.20 - bottomless)

Untuk minuman, aku akan order Japanese tea yang panas tuh sebab green tea nya sedap tak delah rasa pelik pun.

Fuji Snow (RM5.90)

Ini memang specialty bagi Restoran Teppanyaki ni. Dia macam ais yang diblend dan di kepalkan, letak sirap gula, bahan-bahan seperti ABC, laici, logan, jagung banyak dan memacam lagi lah. Tak dela manis sangat pun, sedang-sedang aje.

Chicken Teppanyaki (RM9.50)

Makan plak, aku order Chicken Teppanyaki . Tengok ayam di goreng dengan butter dan sikit minyak dan juga bawang goreng, ada sayur kobis dan taugeh, nasi semangkuk dan lobak asin. Makan kena panas-panas baru terangkat.

Beef Teppanyaki (RM10.90)

Lelain semua sama cam aku punya but ayam tu di ganti dengan daging. Rasa daging tu tak delah kering sangat, ada lagi juicy taste.

SUKIYAKI (RM9.90)

Sup sayur gituh lah but ada telur udang, daging sket dan ayam sket. Sedap gak, adalah berkuah sket ktorg makan. Letak plak dalam kuali comel periuk tanah kot, so senantiasa je panas bila makan. Time demam ke, sejuk-sejuk elok makan.


Restoran Teppanyaki ni ada banyak outlet kat area Klang Valley ni. Ada lebih kurang 10 outlet yang aku perasan lah. Tapi yang ktorg suka pi kat sini lah

PUB-S1, 2nd Floor, Sungei Wang Plaza,
No. 009, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Aku pernah try kat outlet tempat lain but rasanya tak sama dan tak best macam kat Sg Wang ni. Walaupun tukang masaknya bangla but tastenya a bit different la. Alah yang penting, kenyang dan sedap masuk tekak.

Harga tak delah mahal sangat pun berbanding restoran jepun yang lain. Kira ni macam the cheapest one. Kalau nak belajar-belajar makan makanan jepun, meh try makan kat sini dulu tau.

Selamat makan korang!