Showing posts with label swimming pool Dash Box Hotel. Show all posts
Showing posts with label swimming pool Dash Box Hotel. Show all posts

Wednesday, August 8, 2018

Dash Box Hotel Cyberjaya, Seronok Bercuti Di Hujung Minggu

Hi Korang,


Ramai kot yang tertunggu-tunggu citer kak lily mengenai Dash Box Hotel ni ek. 

Padahal ramai ada blogger lain dah buat duduk dan buat review tentang hotel ni tapi nak jugak dengar ulasan kak lily ek huahauhauha korang ni memang tau.. 


Ok kalau korang nak tau kak lily menginap di Dash Box Hotel Cyberjaya ni sempena dengan Mini Reunion Ex-CTRP UiTM Perak hah. Alah jumpa kengkawan lama so kita buatlah mini meet up ni, fikir-fikir punya fikir so kami cari tempat yang dekat jelah dulu. Nanti citer pasal reunion la ek dalam entry lain, panjang nau plak entry ni karang 

Harga bilik Dash Box Hotel 


Nampak je Dash Box Hotel lalu lalang kat iklan FB ni so terus je suggest diorang untuk buat booking. Ada yang book thru Agoda , Trivago, Booking. Com jugak so harga semua orang langsung tak sama. Macam kak lily booking thru Booking.Com dan di sebabkan kak lily nak sangat bilik depan pool dan breakfast sekali so kak lily kena bayar RM329nett untuk semalam. Kira mahal jugak sebab ada kawan kak lily tuh book thru Agoda.com dalam RM200++ tapi bilik garden view la kan. 

Untuk bilik cabin lagi murah kalau book hari ahad onwards ni dalam RM150++ lebih tapi bilik tuh tak de TV walaupun luas.

yang belakang ni cabin room hah

Alah sekali sekala duduk bililk mahal apa salahnya yang penting bukak sliding door terus terjun pool hahaha So korang pilihlah mana yang sesuai dengan budget korang kan 

Kami check in hari ahad sebab apa? 

Sebab tak nak ramai sangat orang, itu yang sanggup memasing ambil cuti hari isnin tuh. Kalau weekend hotel ni macam pasar malam ramai benau orangnya even swimming pool pun jem macam mandi kat PD plak hah. 

Check in sepatutnya pukul 3.00pm tapi disebabkan bilik tak siap so lepak je depan area reception ni minum welcome drinks sampai kembung huahauha. Dalam masuk bilik dalam pukul 4.00pm cam tuh, apalagi bergambarlah kan. 

Bilik kami 302. 


Pool view,selak langsir terus nampak swimming pool tapi masa tuh matahari tengah mencarak naik so panas berdentinglah kan. 

simple amenities

tak de almari tapi ada rack-rack banyak so best senang nak simpan barang

bilik air luas

berus gigi tak de dengan shaver ek

wajib selfie dalam toilet

wajib bergambar depan cermin gak

wajib bergambar dengan sleeping partner

view depan bilik

nampak parking depan bilik

itu bilik garden view

So sabar je untuk tunggu masa nak terjun ke dalam pool. 

Yesza parking best sebab boleh parking depan bilik je hah, so nak angkat barang keluar masuk pun senang.

Disebab kami dah order makanan so malam tuh memang tak keluar pun so just lepak dulu tepi pool then borak-borak, yang terjun terjunlah, yang makan makan non stop sebab makanan banyak. 

Tapi kalau korang yang nak keluar makan don’t worry melambak-lambak kedai makan di sekeliling Cyberjaya ni, nak fastfood boleh, makanan arab boleh, Chinese muslim boleh, western food boleh, steamboat boleh, pendek kata semua jenis makanan ada di Cyberjaya ni. 

Kalau nak tengok wayang boleh je singgah di D’PULZE Shopping Mall adan TGV kat situ. Alah makan kat Dashbox hotel pun boleh sebab restaurantnya bersebelahan dengan reception tuh je hah order sajor. 

Swimming Pool di DashBox Hotel


Ada 2 pool ek, satu untuk kanak-kanak toddlers dan satu lagi untuk kanak-kanak besar sket dan dewasa. Alah tak delah dalam pun paling dalam 1.2m, ada indicator kat tepi pool tuh. 

swimming pool dewasa dan kanak-kanak

swimming pool kanak-kanak siap slide lagi

Memang tak de life guard so kite kena pantau pergerakan anak-anak bila berenang lah ek sebab tak debarrier tali untuk pisahkan antara dua tuh. Tak de apa lah sebab guest kat sini semua helpful tolong tengok-tengok anak-anak orang lain jugak sebab pool tuh senang nampak dari jauh. 

yang best tuh dia pendek je tangga dan tak licin so best



dugong terlepas hah


Kak lily puas main sliders tuh, walaupun pendek tapi seronok tak delah nak panjat tangga tetinggi dan turun, eh slide untuk kanak-kanak pun ada jugak. Diorang ada pool kecil untuk slide ni sebelah bawah. 

Memang waktu berenang tuh dari pukul 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam tapi as long as tak bising dan mengganggu guest lain, berenanglah sampai pagi. Kitaorang hari tuh pukul 11.30 malam pun duk berendam lagi, even masa Mr Big bangun kencing pukul 3.00pagi pun ada lagi orang berenang tapi senyap je. Ermm baguslah cam tuh kan tak ganggu orang lain tidur. 

Sarapan di Mya Restaurant 


Kalau korang ambil package dengan sarapan sekali memang untung. Memang namanya buffet breakfast tapi kita kena order. Kak lily pun takut-takut jugak nak order tapi bila budak waiter tuh dah explain then baru paham.


strawberry smoothies


Diorang akan berikan kita menu untuk oder apa yang kita nak makan, dan makanlah korang seberapa banyak kali pun. Kalau nak English breakfast tuh 3 pinggan so diaorang hantar 3 pinggan, nak nasi lemak 2 pinggan diorang hantar 2 pinggan tapi banyak mana plak korang boleh makan pun kan.


untuk kali berapa order pun tak tau lah

Macam ktorang hari tuh, order kopi 4 cawan, apple juice 3 cawan, English breakfast 2 pinggan, French toast, nasi lemak rendang ayam, strawberry smoothies, pancakes dan kenyang dah. Tapi bukan order serentak order 3-4 kali selagi waktu breakfat tak habis kan huahauhaua 

Rasanya memang betul-betul berehat bila bercuti di Dash Box Hotel ni sebab kak lily langsung tak keluar, masa habis kat dalam hotel je. Habis makan-makan berendam, habis sarapan berendam sampai time check out. Seronok benau main slide tuh, sebab tak yah nak berebut dengan ramai orang semua kengkawan je hah dengan anak-anak. 

Even nak bergambar di sekitar hotel pun tak de gangguan sebab tak de orang hehhehehehe 

Jeng jeng ini alamatnya: 

Dash Box Hotel, 
Magic Village, 
Persiaran Apec, 
Cyber 8, 63000 Cyberjaya, 
Selangor 

ni mapnya untuk senangkan korang..



Landmarks : Ikut persimpangan bangunan DELL tuh nanti nampaklah Magic Village jalan kedepan sket sebelah kanan hotel ni. 

So bolehlah start booking kalau korang nak pi hujung tahun ni, ramai jugak dah mula book masa kak lily tanya hari tuh, sampai awal Disember pun hado gak tau...















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com