Showing posts with label sushi murah. Show all posts
Showing posts with label sushi murah. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Teringin Benau Nak Makan BENTO BOX Di Sushi King

Hi Korang,


Bab makan memang aku champion!

Itu pasallah badan bagai di pam-pam dengan pam basikal kan, kejap naik kejap turun hehehhe.

Dah 2-3 minggu ni memang teringin benau nak makan BENTO BOX kat Sushi King tuh. Sushi King tau bukan Sakae Sushi ke Sushi Zamai ke kan. Specified nak Sushi King gak. Sebab pilihan Bento Boxnya mengikut tekak aku. 


So sabtu lepas, lepas Mr Big balik dari ride ke Seremban terus je aku cakap nak pi makan sushi sebab teringin benau dah tekak ni sampai mimpi-mimpi kengkononnya. Ishkk auta je lebih kan. 

Lepas maghrib terus pi Metro Point Kajang, itu je yang dekat dan senang parking kalau naik motor betul-betul depan mall. 

Nasib baik orang tak ramai dapat lah duduk kat conveyor belt tuh. 

Belum pun budak waitress tu sampai Mr Big dah amik 2-3 pinggan sushi dari belt tuh, katanya lapau benau padahal baru je balik dari kenduri umah kawan dia tadi kan. Tekak kan macam tong, nak senantiasa penuh je hahahahha aku pun cam tu gak lah ek. Bila dah makan sushi baru lah start order Bento Box ni. 

Tengoklah apa yang ktorang order


Kan macam-macam ada..

Yang sebelah atas tu Mr Big punye, Chicken & Salmon Bento Set. Ayam deep fried, salmon deep fried, salad sayur, nasi jepun dan miso soup.

Yang bawah ni pulak aku punya, Deep Fried Chicken Set tapi tak letak dalam bento box sebab bawah pinggan ayam aku ni ada dapur kecik panas. So ayam dan sayur aku makan tuh sentiasa panas. Dihidangkan sekali dengan nasi jepun, chawanmusi dan miso soup. 

Lantak ko, makan sepuasnya. Padahal bukan tak leh masak kat umah pun kan tapi saje malas nak masak hari tuh hahahaha...

Sudahnya kena RM94++ termasuk GST, dengan sushi 10 pinggan lagi kan, nasib baik ada member card so kena bayo RM74 je..

Dah lagi 2 bulan baru pi makan sushi lagi ek...


Sushi King Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Thursday, June 20, 2013

RM3 Je Sushi Sepinggan Minggu Ni

Hi Korang,

Aku rasa Sushi King memang pandai menambat hati loyal customernya

untuk yang ada membercard je tau

Rasanya cam baru je 2 bulan lepas, promotion RM3 sepinggan ni diorg buat. Ni buat lagi ek. Bagus cam ni kan.

Itulah untungnya ada member card Sushi King, apa privilège di situ.

tengok pinggan aku,cam kucing

So isnin lepas, during lunchtime ktorg serbu Sushi King The Mines ni, dah outlet ni je yang dekat so pi lah situ kan.  Memandangkan lunchtime ktorg 12.00 – 1pm so time ktorg sampai tu memang tak ramai orang, so dapatlah seat dengan tak payah menunggu.

telur ikan beso

di antara yang dibedal

salmon kat atas tu

Dalam masa 45 minit, ktorg boleh makan seberapa banyak pinggan sushi dengan harga RM3 sepinggan. Apa lagi, amik amik amik dan amik apa je yang nak makan kat atas conveyor belt tuh. Aku cuma aim salmon, tempura, telur ikan dan telur udang.

rambang mata memiliH

Asal lalu je, aku sapu. Pantang nampak pakai amik je. Sudahnya bertingkat-tingkat pinggan yang ktorg bedal.

kira pinggan kali pertama

kira pinggan kali kedua

Sudahnya semua sekali RM76 termasuk tax. So bahagi 4 orang, jadi sorang kena RM19 je. Makan cam nak gile cuma RM19 je, haruslah seronok.

Keluar dari Sushi King terus naik tangga then berjalan sampai ke parking coz nak kurangkan pulut yang ada dalam perut tu kan. Teruk betul perangai kan, bila dah kenyang baru nak insaf.

Ah sudahlah semua itu auta belaka…

Anyway, Selamat Makan Korang..