Showing posts with label sunway giza. Show all posts
Showing posts with label sunway giza. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Mums Biggest Worries On Newborns Media Workshop

Hi Korang,

Cam ne kau leh terlupa nak update citer pasal event ni aku tak tau lah. Mungkin dah terlalu banyak kot.  Budget retis lah kononnya kan!


Rasanya 3 minggu lepas kot, aku sempat hadirkan diri ke 'Answering Mums Biggest Worries on Newborns Media Workshop yang di anjurkan oleh PET PET Diaper product kat Restoren My CookBook Sunway Giza. Diorang ni personally invite aku thru email. Eventho aku ni belum jadi hot mom lagi kan but aku join gak as tambahkan lagi experience aku if aku ada anak nanti. 


Media workshop ini memang bagus untuk aku tau tak langsung pasal hal2 baby ni kan. Dalam media workshop ini juga ktorg diajar macamana penjagaan seseorang bayi tu dari dia lahir sampai lah dia besar. Consultant pediatrician dari Sime Darby Medical Centre Dr Khoo Phaik Choo dan celebriti Dynas Mokhtar juga menceritakan pengalaman mereka bila berhadapan dengan masalah2 mengenai bayi ini.

Dynas Mokhtar bersama anak perempuanya

Dr Khoo menerangkan dengan terperinci.

Mereka ini membuat demontrasi cara pemakaian lampin bayi yang betul dan juga cara urutan lembut untuk bayi jugak.

PET PET Products

Bagi aku memang bagus, dari media workshop ini aku dapat tahu pelbagai info penting mengenai bayi ini. Yelah cara nak mandikan, dapat kesan punca2 bayi meragam, bagaimana cara pemakanan, breastfeeding,  dan memacam lagi lah. 


Anyway thank you kepada GSD iaitu distributor PET PET diapers yang sudi ajak aku pi media workshop ini.
Rasa2nya pas ni lebih bersemangat nak jadi 'supermak' hehehe

Eleh korang yang dah jadi mak ok lah kan, dah tau banyak benda tapi aku... nan ado ye lah.. 

Kenalah banyak bersabar ek..


Sunday, July 17, 2011

Sunday Post : Ice Cream Cake @ Baskin Robbins

Hi Korang,

Baru-baru ni masa aku kat Sunway Giza untuk event PET PET sempat jugak aku pi merasa ice cream cake dari Baskin Robbins ni. Actually tak banyak branch ada jual ice cream per slices ni. 


Banyak jugak flavour yang ada but aku mesti pilih chocolate punya. Tengok macam tak berapa menarik kan. Tapi bila dah rasa, memang kaw-kaw lah. Ice cream cake ni memang cepat cair so kenalah makan cepat2.

Rasa ice cream memang sedap yelah ice cream mahal kan but base cake tu kureng sedap sket lah. Sponge cake biasa je. Ingatkan cheese cake. 

Anyway korang nak cuba ice cream cake sekeping ke 2 keping je boleh lah singgah kat Baskin Robbins cawangan Sunway Giza ni. Branch lain aku rasa kene beli sebiji2 kan. Murah je RM11.00 + tax tau.

Hah, apa lagi moh kita yeop...

Happy Sunday Korang..

Thursday, June 2, 2011

Leka Layan DVD Baik Punya

Hi Korang,

Dah 2 minggu dvd ni sampai kat umah but aku still tak de masa nak tengok. So now tengah ada masa coz dah boring sangat tengok tv. Bukak lah dvd ni. Memang baik punya lah. Nak tau dvd apa?

Ermm nie lah...


Apa macam baik tak? Memang lah baik okeh. Memacam info yang kita boleh mengenai EXORA nie. Sebenarnya dvd ini adalah hasil daripada EXORA test drive event bulan april hari tuh. Alah yang aku dengan Mr Big pegi tu lah. Meh sini baca kat sini.

Yea yea ooo kan..

Kena interview

Memang enjoy sangat hari tuh, memacam benda yang aku  baru tahu mengenai EXORA ni. Walaupun dapat test drive sekejap je tapi pengalamannya memang cukup berbaloi lah. Tengoklah gambo2 tu kan.

Anyway thank you again Proton.

Monday, April 25, 2011

Seharian Di Exora VIP Test Drive Day

Hi Korang,
Last weekend ktorg dapat invitation untuk ke Proton Exora VIP Test Drive Day. Ermm itulah cam tak percaya jugak. Actually dah 2 minggu diorg ni call but confirmation last minute plak but dapat jua akhirnya pegi.


Ktorg adalah first couple yang sampai kat Sunway Giza ni. Mr Big kalau bab2 cam nie, dia memang puntual. Tak suke menyusahkan orang katanya. So sesampai je, kene register dulu. Then borak2 kejap dengan staff Proton yang lelain sambil breakfast. Tengah makan2 tu, makin ramai plak yang sampai. Tak sangka plak aku jumpa jugak bloggers yang lelain.


Dalam kul 9.30am cam tu acara dimulakan. Cam biasa ada speech sket dari Proton. Then ada talk about kids safety while travel dan memacam lagi lah.


So acara yang di tunggu iaitu mentest drive Exora lah kan. So every of every couple dapatlah rasa bawak Exora ni kan. Ktorg ditemani dengan host Proton iaitu Nik. Kelakar jugak mamat nie. Ktorg di arahkan untuk drive Exora ni dari Sunway Giza ke Desa Park City untuk acara selanjutnya. Memula bawak partner couple ktorg Si Nafnaf dan hubbynya. So ktorg duk belakang jelah. Bercamwhore bagai. Bila duk belakang ni best betul, rasa luas betul lah. Air-con pun kuat. Tapi disebabkan Si Nafnaf ni kakinya panjang so dia rasa cam tersepit sket lah kaki dia. Then sampai satu area, ktorg diarahkan untuk switch driver. Then mr Big plak yang drive sampai ke tempat yang seterusnya.


 
Ktorg sampai ke Desa Park City. Tempatnya cantik sekali. Kat sini ada 3 activities yang each couple kena buat. Satu susun barang dalam bonet Exora dengan pantas, drive Exora then break secara mengejut dan satu lagi parking Exora dengan tutup mata. Adui yay, dahlah tengah panas tapi ktorg harungi jua lah. Yang paling senang of course lah susun bag tu kan, ktorg dapat tak sampai satu minit pun. Yang paling susah, kena parking Exora tutup mata. Aduh, kena bambu jugak aku dengan Mr Big coz bagi instruction terbalik kan. Sampai tengahari jugak lah kat sana.


On the way balik ke Sunway Giza, aku plak kena drive. Kena mengharung jem teruk area 1 Utama tuh kan, nasib baik Exora ni memang smooth on the road lah. Walaupun Exora ni besau but still aku boleh bawak. Sampai Fullhouse. Apa lagi, makan dulu lah kenyang2. Memang sedap lah makanan kat Fullhouse ni. Dory fillet tu sedap sampai K Red pun sibuk tanya ikan tu ada lagi ke tak kan.

 

Lepas makan, ada sambungan lagi talk pasal personal image dan family financial. Langsung tak de rasa bosan dan sleepy sebab penceramahnya best2. Kaki lawak betul lah. Abis semua talk, diorg collect form untuk kira markah plak. Time nie lah ktorg duk sambung bercamwhore bagai abis semua sudut bergambo lah. Tak lupa jugak ada interview session untuk every couple. Ktorg lagi yg first kena lagi.


 
So acara yang di tunggu2 iaitu prize giving lah. Table ktorg, semua couple memang consolation prize je. Tak perlah janji enjoy kan. Dapat kenal ramai lagi bloggers kan.


Anyway thank you Proton coz bagi ktorg enjoy dengan Exora. Now tengah berkira-kira nak angkat colour merah punya. Boleh eksen sket dengan K Red kan hahahahaha