Showing posts with label south africa. Show all posts
Showing posts with label south africa. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia : Antara Angin Dan Air

Hi Korang,

Nasib baik sempat aku tengok episod minggu ni punya Fear Factor Selebriti Malaysia

Yelah touch down kat LCCT dalam kul 6.30 cam tu dari Kota Bahru, kemudian pi dinner kat Shaftsbury Square dan akhirnya baru sampai rumah.


Minggu ni cabaran dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ni memang hebat. Mana tak nya kena berlawan dengan nature. Cam ne nak control nature kan? itu kan ciptaan semulajadi yang kita tak boleh predict. 


Cabaran Pertama

Para peserta kena alihkan bendera dari satu point ke point yang lain. Nampak macam senang tapi rasanya bila dah tergantung kat tempat tinggi tu memang cuak jugak lah. Sampai kan Azri AF tu tak boleh buat disebabkan gayat. Hebat jugak penyakit gayat ni ek? Sama hebat dengan sakit jantung. Zawen plak tak boleh buat disebabkan ligamen kat bahunya koyak masa last week punye challenge. 


Cabaran Kedua

Peserta kena melepaskan pasangannya di dalam kotak kaca bermangga yang di rendam secara perlahan-lahan di dalam kolam renang. Mudah kalau pandai control  breathing technique boleh duk lama dalam air tuh. Yang aku perasan kebanyakan peserta yang kena bukak mangga tu yang tak berapa pandai control breath. Maybe sebab panik dan nak cepat.


Keputusan minggu ini

Pemenang Imuniti : Akim dan Farish

Pemenang RM10K : Johan dan Kaka

Pasangan terkeluar : Zawen dan Iz Sulaihi  menarik diri disebabkan kecederaan bahu Zawen yang tak boleh teruskan challenge seterusnya.

Pandangan Aku:

Kalau aku untuk first challenge tu rasanya aku boleh buat dengan syarat jangan pandang bawah sebab kalau duk pandang bawah je memang seram dan gayat la kan. Cabaran kedua tu, aku memang tak boleh buat sebab aku tak pandai berenang so camne nak selamatkan orang lain kalau diri sendiri pun tak terselamat kan.

Kesimpulan:\

Air dan angin memang tak boleh di sangkalkan lagi, so terpulang pada nasib kita untuk tentukannya.

So kita tengok plak minggu depan cam ne plak cabarannya ye.




Sunday, January 13, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia, Confirm Aku Tak Boleh Buat

Hi Korang,

Baru je abis tengok Fear Factor Selebriti Malaysia tadi kat Ch 134 Mustika HD ni.


Cemas + geli pun ada


Ermm untuk minggu ketiga ni task diaorg kena bukak kunci dengan combination nombor yang ada dalam balang berisi ulat yang busuk, siput, ntah apa-apa lagi keladak yang aku sendiri pun tak sure itu apa.


Untuk second task, diorg kena pukul penanda sambil di tarik dengan kereta kuda. Alah nampak cam senang tapi bila dah tengok mak ai susah gak tuh

Bayangkan kalau aku yang kena buat kedua-dua tuh?

Memang la buat jugak but dalam hati ni mesti menjerit-jerit takut punyalah. Bukan apa takut ulat-ulat tu masuk dalam mulut terus termuntah nanti. Lagi pulak aku kan pakai lens, kang masuk mata oooo

Tapi bab pukul tiang tu aku suka coz rasanya boleh buat kot but bukan pukul tiang la, just tukang pegang tali tu boleh la.

Tapi personally speaking kalau Mr Big ajak masuk game-game cam ni memang aku tak nak. Rasanya fear aku belum lagi boleh dihilangkan kot

Kalau korang plak cam ne, BERANI ke PENAKUT cam aku?

Anway happy weekend korang...





Friday, July 9, 2010

Debaran Perlawanan Akhir Piala Dunia

Hi Korang,

Untuk hilangkan debaran piala dunia akhir yang akan berlangsung ahad nie. Cuba korang layan lawak bola sepak nie.


Hah apa macam hilang tak rasa berdebar tu? Aku berdebar? dah tak de makna langsung. Malas dah aku nak tengok bola lagi. Aku sangat kecewa... huhuhuhuhuhuhuhuhu..

Dahlah pemain idaman hati aku dari German team 'Klose' tu dah sakit belakang plak, camne nak lawan dengan Uruguay nanti ek.

Dah! enough this entry pasal world cup!

p/s: entry tak berapa nak sedih di pagi Jumaat yang indah ini. Sebab apa indah? Sebab aku dapat tulis entry pagi nie tanpa gangguan sesiapa pun... Hebat!

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010, Bermula Hari Ini

Morning Korang,

Di antara negara yang akan bertanding.

Walaupun aku bukan peminat piala dunia yang tegar akan aku rasa majoriti semua orang memperkatakan hal piala dunia yang akan bermula hari ini secara langsung dari South Africa selama sebulan nie. Aku rasa semua TV station yang terkemuka kat Malaysia akan menayangkan opening ceremony nie secara live.

Yang paling aku tak sabar nak tengok adalah persembahan penyanyi cantik lagi seksi Shakira dengan lagu world cupnya This Time For Africa 'Waka-Waka'. Dengar2 baju untuk persembahan itu nanti di reka bertemakan piala dunia bermotifkan zebra. (Wah! kuda belanglah jadinya si Shakira nie ek).

Comel kan, maskot dia.

Selepas itu juga, ada acara perlawanan bola sepak secara live iaitu pasukan tuan rumah South Africa akan menentang Mexico. Mintak2lah diorg nie menanglah, maklumlah tuan rumah kan. Mestilah tunjuk kejaguhan mereka. Betul tak?

So, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal World Cup, korang boleh layari web nie.


Macam-macam info yang korang boleh dapat dalam website nie. Jadual perlawanan ke, pasal pasukan bertanding ke. Pendek kata macam-macam ada lah kat dalam web nie.

Oh ini rupanya piala yang di panggil Piala Dunia nie.

Korang boleh juga follow up pasal World Cup nie thru Twitter. Best kan. Senang je nak tau informasi terkini.

p/s : nasib baik mrBig bukan peminat bola sepak tegar, kalau tak dengan aku2 sekali di angkut melanguk depan tv. So nak start hafal lah lagu waka-waka nie ek. nanti boleh nyanyi2.