Showing posts with label sinopsis oh my english. Show all posts
Showing posts with label sinopsis oh my english. Show all posts

Tuesday, July 26, 2016

Oh My English! After School Makin Best Tau!

Hi Korang,

Semalam merupakan press conference bagi Oh My English! After School, bertempat di Petaling Jaya. 

Of course aku tak lepaskan peluanglah untuk hadirkan diri sebab nak tau gak perkembangan rancangan kanak-kanak popular tapi penontonnya kebanyakan orand dewasa hahaha sebab seronoklah aku tengok tiap-tiap minggu kan

Meh aku share sket sekitar majlis sidang media tersebut ek

Jibam, SYS dan Zack

Rancangan edutainment paling popular di Malaysia, Oh My English! kembali menemui peminatnya menerusi siri terbaharunya, Oh My English! After School yang bakal bersiaran 31 Julai ini di Astro TVIQ, saluran 610 dan serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD, saluran 135. Bakal membawa pembelajaran Bahasa Inggeris ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dan dalam situasi yang berbeza, Oh My English! After School kali ini menampilkan barisan pelakon popular yang akan menghiburkan peminat setia siri ini dengan dialog lucu dan keletah bersahaja mereka.

Antara pelakon Oh My English! After School

Menampilkan tiga teraju utama yang sudah tidak asing lagi di kalangan peminat setia siri tersebut, Oh My English! After School membawa penonton mengikuti cabaran dan rintangan sahabat baik, Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Jibam (Akhmal Nazri)) mengusahakan perniagaan kafe hipster mereka sendiri. Buat julung-julung kalinya, pemenang Anugerah Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2014, Didie Alias akan tampil memegang watak Mak Yam, pesaing terdekat kafe hipster milik trio lucu ini. Di samping itu, penampilan pelakon dan personaliti jelita, Amelia Henderson juga kemunculan semula Juliana Evans menerusi watak Taylor Smith bakal memukau hati para jejaka dalam siri ini. Bukan itu sahaja, nama-nama besar seperti Nad Zainal, Kamal Adli, Zhafir Muzani, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Sherry Alhadad, Altimet dan Fikry Ceria Popstar akan menggamatkan lagi keluarga baru Oh My English! After School. Pelakon veteran Rama (Jangan Ketawa) akan turut menjayakan siri OME tahun ini. 

Oh My English! After School membawa penonton melihat kehidupan para pelajar kelas 5 Merah setelah mereka menamatkan persekolahan di peringkat SPM di SMK Ayer Dalam. Semuanya bermula apabila SYS telah diculik oleh lelaki misteri bergelar Mr A. Mr A menginginkan SYS menguruskan perniagaan makanannya. Disebabkan SYS bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, maka dia pun telah menerima tawaran tersebut dan meminta bantuan teman karibnya Zack dan Jibam. Ketiga-tiga sahabat ini merasa begitu teruja menjalankan perniagaan yang penuh cabaran dengan membuka kafe bernama “After School CafĂ©”. Pelbagai kejadian berlaku sewaktu mereka bertiga mahu membangunkan perniagaan ini. Berjayakah mereka memajukan perniagaan mereka dan apa lagi rintangan yang menanti mereka kali ini? 

Dari kiri; Puan Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Cik Lina Tan, Pengarah Urusan Red Communications Sdn Bhd, Puan Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden, Astro Tutor TV & Astro TVIQ

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro, berkata “Oh My English! telah 4 tahun menghiburkan dan mendidik seluruh rakyat Malaysia. Melihatkan sambutan dan penerimaan baik penonton terhadap siri ini, kami ingin Oh My English! terus menjadi sebahagian dari hiburan yang bermanfaat buat penonton di rumah. Oleh sebab itu, Oh My English! After School tampil dengan konsep baru yang lebih menarik, berbeza daripada elemen pembelajaran dalam bilik darjah yang telah pun sebati dengan jenama Oh My English! selama ini. Menerusi Oh My English After School, kami mahu menampilkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam konteks yang lebih besar lagi, dengan pendedahan kepada senario kehidupan seharian yang berupaya membantu penonton di rumah menuturkan Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi”

“Dengan kerjasama British Council, kami telah memperkenalkan Oh My English Big Challenge di mana semua penonton Oh My English! berpeluang menguji tahap kefahaman mereka terhadap Bahasa Inggeris dengan menguji kemahiran dan pemahaman membaca, menulis, mendengar dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dengan menjawab satu siri soalan atas talian di Oh My English Facebook. Soalan-soalan dan bahan pembelajaran disediakan khas oleh Astro dan pakar bahasa British Council. Sesiapa sahaja berpeluang mendapat sijil penamatan yang dikeluarkan bersama Astro dan British Council. Kami mahu meneruskan hasrat kami membantu para pelajar Malaysia bertutur Bahasa Inggeris yang lebih baik menerusi elemen pendidikan sebegini. Siri terbaru Oh My English! ini umpamanya memaparkan pertuturan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian kita yang sesuai dipraktikkan di mana juga kita berada. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada rancangan ini sejak ia diperkenalkan”, tambah Vickie lagi.

Selain OME Big Challenge, pelbagai elemen pendidikan interaktif lain seperti OME Board Game, Oh My English Buddy App, What Nasi Lemak Level Is Your English? dan juga OME Storybook turut diperkenalkan Astro untuk membantu memperkasa elemen pendidikan dalam jenama Oh My English. Lebih menarik lagi, elemen pendidikan Bahasa Inggeris dalam siri TV pula dipaparkan menerusi rakan Bahasa Inggeris Oh My English! yang hadir dalam bentuk jam pintar, ‘Mia’ yang akan membantu SYS, Zack dan Jibam memahami dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi. Elemen pembelajaran interaktif ini akan membantu para penonton memahami penggunaan kosa kata, tatabahasa mahupun sktruktur ayat Bahasa Inggeris dengan lebih tepat dan padat.

Para tetamu kehormat bersama barisan pelakon Oh My English! After School

Menyentuh mengenai elemen pendidikan yang menjadi intipati utama siri Oh My English!, pihak Astro tahun ini memperkenalkan lebih banyak pendekatan menarik untuk memastikan rakyat Malaysia terutama para pelajar dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Para pelajar boleh melayari laman sesawang Oh My English! untuk mengakses pelbagai kandungan interaktif merangkumi latihan mingguan, rencana dan permainan menarik. Mereka juga boleh berjumpa karakter kegemaran mereka dalam sesi bertemu peminat, ‘Oh My English! Day Out’ dan Gempak Desa yang akan diadakan tidak lama lagi. Oh My English! telah pun merekodkan lebih 22 juta tontonan di Youtube selain mempunyai pengikut melebihi 900 ribu di laman media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram serta impaknya dapat dilihat menerusi interaksi media sosial yang cukup aktif.

Oh My English! telah pun bersiaran sejak tahun 2012 lagi dan rancangan edutainment ini pernah membariskan pelakon hebat seperti Zain Saidin, Allahyarham Harun Salim Bachik, Allahyarham Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr Os), Aaron Aziz, dan ramai lagi. Sebanyak 13 episod bakal memeriahkan musim terbaharu Oh My English! After School bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan dalam jangka masa terdekat ini. 

Musim terbaharu Oh My English! ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Oh My English! After School akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 31 Julai 2016. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Oh My English!, layari www.ohmyenglish.com.my. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-9543 3838 ataupun layari www.astro.com.my