Showing posts with label service order makanan. Show all posts
Showing posts with label service order makanan. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Yuk! Bebek, Delivery Service Indonesian Food Yang Sedap

Hi Korang,

Kekadang ada satu ketika memang kita malas benau nak keluar office time lunch, ermm betul tak? 

Betul kan!!

Ye aku pun rasa cam tuh jugaklah!!

Normally aku guna delivery Dominos Pizza je, maklumlah itu je yang senang. Sekarang dah ada service Yuk! Bebek plak, wah ni lagi menarik ni kan


Apa itu Yuk! Bebek?

Lah Yuk! Bebek tuh Bahasa Indonesia yang bermakna jom makan itik hehehehe.. Tak pi bukan setakat menu itik je yang boleh di hantar tapi ada jugak menu-menu lain ye. Yuk! Bebek ini di jalankan oleh usahawan Malaysia yang berpengalaman dalam makanan authentic Indonesia dan chefnya mempunyai 25 tahun pengalaman jugak tau. 


Actually banyak menu yang diaorang buat delivery tapi menu yang kat bawah ni merupakan best seller ye

  • Bebek Goreng Empuk (Signature Fried Duck) RM15.50
  • Pecel Lele Lamongan (Lamongan Fried Cat Fish) RM12.90
  • Ayam Goreng Bandung (Bandung Fried Chicken) RM14.50
  • Udang Asam Jawa (Jawa Tamarind Prawn) RM16.90

Aku cuba Ayam Goreng Bandung hari tuh, sekejapan je sampai office. On time plak tuh, before lunch dah sampai, apa lagi jom makan..


Aku cerita sket mengenai menu Ayam Goreng Bandung ni ek


Ayamnya di perap dan di masak secara ‘slow cook’ dengan kandungan rempah dari Bandung selama 2 jam dan kemudiannya di goreng secara minimal bagi menjaga rasa authentic Bandung tu tau. 

buah oren sebagai pencuci mulut


sambal ijo, sambal kicap special dan sup sayur asam

kerepok melinjo

Di hidangkan bersama Indonesian Nasi Uduk, sayuran, tauhu goreng, telur rebus, sup sayur asam, emping Melinjo dan buah oren sebagai pencuci mulut. Tak lupa jugak ada dihidangkan sekali dengan Sambal Ijo dan Sambal Kicap Spesial.

Harga cuma RM14.50 termasuk servis penghantaran, ok la tuh kan berbaloi ek.


Untuk order, korang boleh check it out di 


atau


atau 

call 012-420 2437 for minimum order of 5.

Operating Hours: 11am to 9pm

Korang boleh check it out, di laman social Yuk! Bebek iaitu:-

Facebook: 

Instagram:



Saturday, July 12, 2014

Order Makanan Online Dengan FoodPanda.MY

Hi Korang,

Rasanya ramai kot yang biasa dengar tentang Foodpanda.MY ni kan, yelah yang kaki order makanan secara online kemudian terus dihantar ke tempat yang korang nak kan. 

Hah, yang itu lah. 


Foodpanda.MY ni merupakan service pesanan dan penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin German dan kini sudah pun memasuki 2 tahun berada di pasaran Malaysia 

Bermula dengan 40 restoran dan kini hampir 580 restoran bekerjasama dengan Foodpanda.MY di seluruh semenanjung Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Penang, Melaka dan Johor Bahru. Dengar-dengar mereka juga akan memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.


“We are confident of sustaining our business here as well as revolutionizing the food ordering and delivery service through our unconventional approach. Food ordering can now be done conveniently using our mobile app and at an affordable fee,” kata Claudio Abitante, Managing Director of foodpanda Malaysia. “We look forward to expanding our partnership with more restaurant owners and we also hope to establish our network of delivery service to cover all parts of Malaysia. Our recent partnership with Chaswood Resources has opened up an even wider selection of food choices for our customers to enjoy”, tambah Abitante lagi.


Chaswood Resources Sdn Bhd (Chaswood Resources) baru sahaja menandatangani perjanjian bersama dengan foodpanda Malaysia, dimana mereka akan membekalkan makanan daripada restoran dibawah naungan mereka iaitu TGI Fridays, Italiannies, The Apartment, Malones, Bulgogi Brothers, Watami dan Teh Tarik Place. 


Di antara major restoran yang berada dibawah senarai foodpanda Malaysia delicery service adalah Din Tai Fung, Kenny Rogers Roasters, Wendy’s, Starbucks, Gongcha, Chatime and Tony Roma’s. 

Foodpanda Malaysia hanya mengenakan charges sebanyak RM4 untuk penghantaran sementara harga makanan adaalah sama mengikut apa yang dipaparkan di restoran.

Mesti korang dah teruja kan pasal bab makan-makan ni. Meh aku terangkan sedikit cara memesan makanan secara online.

Langkah-langkah menggunakan perkhidmatan  Foodpanda.MY


1. Download apps Foodpanda.MY di smartphone korang tak kiralah ios, android, windows, Nokia X dan Asha. Download dari computer pun boleh. Pergi ke www.foodpanda.my

2. Ikut segala arahan yang dipaparkan di skrin

3. Register dulu details korang untuk proses penghantaran dan pembayaran.


4. Dah boleh pilih makanan yang korang nak order dan lokasi yang sesuai ye.

5. Buat bayaran dan sms akan diterima mengenai status pesanan korang.

6. Tunggu sajelah makanan sampai


Ermm senang kan. So kalau time lunch memana yang tak sempat keluar atau pun malas nak keluar sebab takut dek panas matahari, bolehlah start order makanan di foodpanda.MY ni ek


Masa event ni, sempat jugaklah aku order online makanan di Foodpanda.MY ni. Rasanya tak sampai 1 jam pun makanan sampai. 

Korang pun patut cubalah ek..