Aku baru je tengok berita tv3 pasal kes bapa sembelih anak nie. Ya Allah keciannya. Dalam bulan ramdhan nie sanggup buat cam nie, dengan anak sendiri plak tu. La korang tak tau lagi? Meh baca sini..
KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu
Sumber : BeritaHarian & TV3
Orang sembelih lembu pun aku takut nak tengok, inikan sembelih orang plak kan!
Ishk.... renungkanlah.. ini tanda2 akhir zaman nie..